Sunday

Maal Hijrah Islam Melayu Gemilang

















Salam sejahtera semua,

Surah Muhammad: ayat 7 bermaksud:

" Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. "


Sempena dengan Maal Hijrah 1 Muharam 1432 bersamaan 7 Disember 2010 warga Kg Kurnia Islam akan menyambut hari ini dengan penuh kesyukuran.

Pimpinan Negara Sdr Najib dan Muhyiddin dengan tulus dan ikhlas merancang memajukan warga Kg Kurnia terus maju, sederhana dan berhemah disamping menyeru semua warga bersatu dibawah Islam yang sederhana dan mulia.

Sdr Najib sedar bahawa gerak kerja tadbir urus harus diatur oleh warga Islam bagi memastikan kemajuan dan kemuliaan Islam yang cemerlang dengan memastikan warga Kg Kurnia menceburkan diri dalam pelbagai kajian, perniagaan, penambahan ilmu yang berfaedah dan tidak bercanggah dengan batas-batas syarak.

Warga Kg Kurnia Islam Malaysia perlu bergerak dan bekerja secara terbuka tanpa terikat dengan kongkongan pemikiran yang sempit dan merugikan, serta perlu menghidupkan dan menghayati semangat jihad iaitu bersungguh-sungguh dan berkorban dalam mencapai cita-cita murni yang bertepatan dengan ajaran Islam yang sederhana.

Warga Melayu Kg Kurnia Islam tidak dapat tidak mesti memperkukuhkan tonggak kekuatan yang terdiri dari kekuatan akidah, fizikal dan material dan perlu mempertingkatkan usaha melahirkan masyarakat yang soleh dan seimbang dari segi rohani dan jasmani kerana ia menjadi syarat mewarisi teraju kepimpinan bumi ini.

Pimpinan Melayu Bersatu Islam yang sungguh terbuka dan mulia cemerlang ini sentiasa disyukuri. Pimpinan Islam dunia terkejut dengan sesetengah warga Kg Kurnia Islam yang amat mudah dibelit oleh sang rang Bulan Mengambang dan Sang Pauh Sabit. Ujar Sheikh Dr Ahamad dari Al Azhar menyatakan, dengan nada kesal berkata, “ Tidak semestinya yang ada Ilmu Agama Islam ikhlas berjuang untuk Islam, malah mereka dengan senang hati telah melakukan kemungkaran, tipu daya yang lebih dahsyat dari orang kebiasaan. Inilah yang berlaku…. Perhatikanlah dengan hati terbuka”.

Sekian, Majulah Warga Islam Kg Kurnia.

Selamat Tahun Baru Hijrah dan Tunaikan Zakat Pendapatan

Wassalam

Friday

INOVASI ISLAM MAJU BERJAYA SATU




Salam sejahtera semua,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Kita merasa bangga warga Kg Kurnia Islam Malaysia hari ini diiktiraf sebagai umat yang inovatif, kreatif dan produktif dimana atas usaha ini setiap inci bumi Kg Kurnia Islam Malaysia akan mendapat rahmat Allah SWT . Rasulullah bersabda dalam hadithnya:

Maksudnya : Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanafaat kepada orang lain.”(Riwayat at-Tabarani)

Jelas sekali Kg Kurnia Islam sungguh bertuah atas kurnia Allah dipimpin oleh pimpinan Kepimpinan Melayu Bersatu yang diteraju oleh Pimpinan hebat Tunku… hinggalah masa kini Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin yang memimpin Negara Kg Kurnia Islam dengan idea-idea kreatif dan pemikiran yang fokus dan sentiasa berinovasi. Agenda meningkatkan dan meninggikan syiar Islam sentiasa dalam agenda utama pimpinan Melayu Bersatu yang diterjemahkan melalui sumbangan dan pelan dan dana pembangunan yang berorientasikan Islam. Warga Kg Kurnia sendiri dapat melihat pembangunan dakwah Islamiah dan infrastuktur dan kemudahan asas warga Islam yang hebat di Kg Kurnia masing-masing.

Sekian

Wasalam

Ibadah Gemilang OIC G7 Islam Gemilang



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Salam sejahtera semua dan Selamat Hari Raya Korban

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali Imran, ayat 185)

Pada hari agung kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan warna kulit berkumpul di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita Kg Kurnia Islam Malaysia dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia warga Kg Kurnia Islam sehinggalah ke hari kiamat. Islam yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang memperikatkan manusia dari pelbagai rupa bangsa di pelusuk dunia dan ceruk kg Kurnia, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.

Dari sisi yang lain, haji ialah adalah ibadah yang diperintahkan untuk kita mengingati dua Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam dan Nabi Muhammad SAW. Di dalam duduk tahiyyat ketika solat, kita menyebut nama kedua-dua nabi ini manakala di dalam ibadah haji, kita menjadikan amalan yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim dan disahkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai amalan haji.

Kenapa kedua-dua nabi ini begitu dominan dalam ibadat solat dan haji? Antaranya ialah kerana sejarah kedua-duanya yang begitu gemilang dengan pengorbanan di dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan tadbir urus Negara sehingga warga Kg Kurnia Islam Malaysia mengecapi kenikmatan menyebut nama Allah dan Nabi Muhammmad dan Nabi Ibrahim dalam solat. Jelas sekali, kedua-duanya merupakan contoh yang sangat baik dan praktikal untuk dijadikan ikutan di dalam hidup sebagai seorang mukmin.

Mengambil iktibar sirah dan sejarah Islam, urus tadbir Kg Kurnia Islam Malaysia yang diteraju oleh Melayu Bersatu sejak 50 tahun lepas sentiasa bertambah cemerlang kesederhanaan Islam warganya yang memang di akui oleh pimpinan OIC, G7, APEC dan EU. Baton urus tadbir Sdr Najib yang di dokong penuh tertib oleh warganya Sdr Muhyiddin, Sdr Hisham, Sdr Khairy, Sdr Khir dan Puteri Islam bijaksana lagi berhemah meyakinkan semua warga Kg Kurnia bahawa mereka akan membawa Kg Kurnia Islam Malaysia ke aras yang tertinggi, lebih tinggi dari Menara Dubai, KLCC dan Warisan.

Memang lumrah, di mana-mana Negara, Sang Umang-umang akan sentiasa mengambil kesempatan. Jelas sekali Sang Umang dan Sang Pauh bersama Sang Rang Bulan Mengambang hanya mengajar pendengarnya yang keliru dan bermasalah menjadi lebih khayal, hanya berfikir untuk goyang kaki dan menunggu subsidi.

Doakanlah agar pemergian ke Rumah Allah warga Kg Kurnia pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya diberkati oleh Allah SWT dengan pemergian dan kepulangan yang aman sejahtera, Insya-Allah. Hajjun Mabrur wa Sa’yun masykur.

Sekian, wassalam

Monday

Damai Tawakal Ibadah Ekonomi Jana Islam



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Salam sejahtera semua dan Selamat Hari Raya Aidil Adha,

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketua Kampung Kurnia Melayu Islam Sdr Najib yang bijaksana lagi terpelajar, cenderung kepada perpaduan dan perdamaian, sentiasa mengajak semua warga Kg Kurnia Islam Melayu Bersatu di bawah barisan sedia ada, yang selari dengan saranan pesanan dan ingatan saudara Khatib semasa berkhutbah setiap kali Jumaat di seluruh masjid yang indah dan selesa tenteram aman dan damai. Inilah satu pentadbiran Islam sederhana berwawasan dan sentiasa berlandaskan fakta, sebenar dan fokus kepada keperluan warga Kg Kurnia indah tercinta.

Usaha murni membawa pasaran ekonomi negara ke persada dunia adalah wawasan setiap pimpinan Islam yang di buktikan dengan urus tadbir dan ketelusan Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin membawa ekonomi Kg Kurnia Malaysia Islam menjadi lebih kompetetif dan berdaya saing.

Enjin pengimbang persekitaran yang telus dan ikhlas dan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi semakin meningkat dari aspek kualiti dan pencapaian yang gemilang. Barisan pemuda Melayu Islam Kg Kurnia Islam Melayu yang berwibawa dan konsisten pimpinan Sdr Khairy dan Dr Khir menjadi pemacu terbesar yang kekal jayanya sejak puluhan tahun pimpinan Melayu Bersatu berkhidmat untuk rakyat dan warganya.

Professor Dr Shafiq dari Universiti Iskandariah kagum dengan pencapaian, taraf hidup, prasarana dan keselesaan umat Islam di Kg Kurnia menjalankan ibadah dan syariat Islam tanpa kerisauan dan was-was walau sekecil zarah atom. Why do you want to change the United Malay leadership and administration? I don’t believe Sang Bulan and Sang Pauh can do better than United Malays Muslim…. Tambah Professor Dr Shafiq dengan yakin.

Sekian, wassalam, jazakallah

Saturday

Ekonomi Islam Hakikat Raya Korban


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Salam sejahtera semua,

“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Bajet 2011 yang dibentangkan oleh pimpinan berwibawa lagi bijaksana Sdr Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, selaku Menteri yang Menjaga Perbendaharaan Kg Kurnia Islam Malaysia pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh para pemimpin dan cadangan bernas dari Ketua Kampung Melayu Bersatu dari Kg Kurnia Perlis hinggalah Ke Kg Kurnia Sabah akan membawa Kg Kurnia dan warganya, Khususnya Melayu Bersatu Islam berdiri gagah menempuh arus perdana dan arus ekonomi dunia yang masih dikuasai oleh Kumpulan G7 yang tidak diwakili oleh mana-mana Negara Islam. Bukti jelas Sdr Najib dengan sokongan padu Melayu Bersatu dan kaum lain yang ada di bumi bertuah Kg Kurnia Malaysia Islam. Jelas pelan dan tindakan gandingan Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin sungguh menumpu dan mengarah kemana Kg Kurnia Malaysia akan di bawa kearah kesejahteraan, aman, sihat, memudah rakyat, moden, sederhana dan yang akhir sekali menambah kekuatan Melayu Islam Kg Kurnia yang akan menikmati tanaman pemimpin Kg Kurnia.

Komen Profesor Akhbar dari University of London yang pernah berkunjung ke Kg Kurnia Islam Malaysia berkaitan Kg Sang Rang Bulan Mengambang dan Kg Sang Pauh sebenarnya masih berpusing di takuk lama dan tidak berinisiatif. Tambah Prof Akhbar, Sang Niki dan Sang Had suka menaburkan kata-kata yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan membelitkan apa saja idea dan pelan saudara Islam Melayu yang ikhlas membina modal insan yang akan menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi Islam Melayu. Jelas sekali, akibat dari sistem pemerintahan yang tidak mempunyai hala tuju di Kg Rang Bulan, maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang nyata bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh Rang Bulan gagal dalam mencapai matlamat Kg Kurnia Melayu maju dan sejahtera setelah diberi peluang memerintah selama lebih 20 tahun, bagaimana mungkin kerajaan Rang Bulan Mengambang dan Sang Pauh boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik sandi dan wara terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa?

Jelas pimpinan Melayu Islam Bersatu menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin melalui fasa di mana cadangan dan maklumbalas rakyat teramai ini menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara.

Semoga kita semua memperoleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Hari Raya Korban 10 Zulhijjah 1431
Wasalam

Tuesday

Rohani Jasmani Warisan Melayu Bersatu Puncak Menara


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh warga Kg Kurnia Malaysia

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Allah SWT menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Jelas, gandingan pimpinan Melayu Bersatu Islam Sdr Najib, Sdr Muhyiddin dan Warga Muslimah Melayu Bersatu begitu terserlah praktikal dan amali membina syiar Islam dan tadbir urus, sederhana dalam pendekatan membangun Islam dan negara, pentadbiran yang cekap dan baik walaupun berdepan dengan sandiwara Sang Pauh, Sang Rang Bulan Mengambang dan Sang Kar.
Jelas, mudah, berobjektif, sederhana, fokus rakyat dan pelan strategik yang mantap dan meyakinkan…………… ujar Professor Nasrudin dari Nilam Puri dan Professor Madya Hakimin dari Bukit Kayu Hitam. Begitu indah kehidupan di Galas dan Batu Sapi seindah prasarana Menara Warisan Kg Kurnia Islam di Kuala Lumpur yang di reka bentuk oleh warga Melayu Islam Bersatu kreatif dan inovatif.

“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah.

Sdr Najib...Teruskan usaha secara sederhana dan bijaksana……

Sekian.
Salam Hormat,

Saturday

Bersatu Melayu Muslim Muafakat




Assalamualaikum wbt semua warga saudara Melayu Islamku

Allah SWT menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam Surah al Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

Selamat Hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Syukur kehadrat Allah berkat kurniaNya, sekali lagi pimpinan Melayu Kg Kurnia Islam Malaysia berhimpun di persada Bangunan Putra Pusat Perniagaan persisir sungai Lembah Kelang yang airnya mengalir membelah Kg Kurnia Kuala Lumpur. Taat setia tidak berbelah lagi pimpinan Melayu bersatu kepada Sultan Pemerintah Islam Kg Kurnia begitu meyakinkan dengan membawa Kg Kurnia kemercu puncak dunia. Model kepemimpinan sederhana ini berjaya membawa kegemilangan Kg Kurnia ke mata dunia dan menjadi sebutan warga kota Hakata dan Manchester.

Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin begitu menyerlah menyusun kata dan fikiran bersama meneliti dan menganalisa setiap rintihan pimpinan Kg Kurnia dari pelusuk Negara bagi memastikan setiap saranan bijak dari pimpinan Kg Kurnia diberi perhatian sewajarnya. Sdr Khairy juga telah memberi buah fikiran yang matang dan bernas lagi bijaksana bagi memastikan kesinambungan pimpinan Melayu terus gah memimpin Negara tercinta.

Semua warga Melayu Islam Kg Kurnia cukup berbangga dengan kebijaksanaan Sdr Najib dan pimpinan pemuda, pemudi tiang Negara. Kehebatan pimpinan Melayu bersatu ini ini diakui sendiri oleh Sang Rang Bulan dan Sang Had. Begitu juga Sang Niki yang tidak ketinggalan mengikuti himpunan warga Melayu Kg Kurnia Islam Malaysia. Sang Had dan Sang Niki sebenarnya mengakui kekuatan Sdr Najib yang tegas, tepat dan bijak serta mahir benar mengurus Negara Kg Kurnia Islam Malaysia.

Sang Niki dan Sang Pauh mengakui pelik dengan sesetengah warga Kg Kurnia Melayu Islam yang mudah di belit mereka melalui ceramah mingguan. Pengikutnya sering bertindak tidak rasional akibat percaya cerita dongeng Sang Niki yang jelas tiada apa-apa yang manafaat. Sang Niki memaklum pada Sang Pauh bahawa Rang Bulan tidak berbuat apa-apa di Kg Bulan Mengambang, tetapi menambah dan menyukarkan kehidupan warga Kg Kurnia amat ternyata. ‘Kawe tidak mahir mengurus tadbir Kg Kurnia kawe’ ujarnya.


Marilah sama-sama kita kukuhkan bersama Pimpinan Melayu Bersatu, Sdr Najib keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang warga Melayu Islam, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Semua pimpinan Melayu Bersatu meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinan. Pimpinan Melayu bersatu benar dan ikhlas mengujudkan sebuah kerajaan yang komited mengamalkan dan memastikan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya di laksana.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat bersidang dan bermesyuarah saudara-saudaraku.

Sdr Najib, Sdr Muhyiddin, Sdr Khairy dan Sdr Khir, teruskan perjuangan ikhlas dan bersih kalian….. fokus pada warga Kg Kurnia tercinta. Biarkan pimpinan Sang Pauh yang sabit dengan masalah moralnya.


Sekian,


Wasalam

Wednesday

Ramadan Shawwal September Islam Mulia Sejahtera Melayu Bersatu





The Night preceding ‘Eid-ul-Fitr'
It had been the practice of the Holy Prophet that he did not sleep in the night preceding the day of ‘Eid ul –fitr. This night has been named in a Hadith as, ‘THE NIGHT OF REWARD'. It means that Allah Almighty bestows his rewards to those who have spent the month of Ramadhan abiding by the dictates of Shari ‘ah, and all their prayers in this night are accepted. Therefore, it is desirable to perform nafl prayers in this night. The Holy Prophet is reported to have said:
“Whoever stands up (in worship) in the nights preceding the two Eids expecting rewards from his lord, his heart will not die when the other hearts will die.


Salam Ramadan yang ke 30 hari ini 9 September 2010 / 30 Ramadan 1431. Pesanan dari Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin kepada warga Islam Melayu di Kg Kurnia Islam Malaysia kurnia Allah sejahtera aman damai sejak 53 tahun merdeka supaya sentiasa bersatu berulang kali dilepaskan dari hati yang iklhlas bagi membina bangsa Melayu tercinta terus kekal berkembang dari segenap segi rohani dan jasmani. Pimpinan Melayu Bersatu amat fokus membawa seiring Warga Melayunya menempuh 53 tahun kemerdekaan dan seterusnya mengekalkan perpaduan sebagaimana perpaduan penduduk Hakata di Kyushu dan Manchester di England yang pemurah dan menjadikan perpaduan serumpun bangsa sebagai agenda utama. Pendekatan pelbagai pimpinan Melayu Bersatu kearah memajukan bangsa diterjemahkan dengan pelan tindakan yang pelbagai meliputi pembanguna sahsiah, rohani dan fizikal bagi memastikan pembangunan yang tahan serangan penyangak ekonomi dan serangan minda maklumat cyber.
Pertemuan saya dengan ketua yang sabit Sang Pauh dan ketua Rang Bulan Sang Niki baru-baru ini jelas menyerlahkan ke tidak jujuran mereka dalam membawa warga Melayu Islam maju bersama minda fikiran Islam. Sang Niki mengakui kehebatan Melayu Bersatu membawa Melayu Islam gemilang dan pencapaian menakjubkan hingga ada diantara pendekatan yang begitu cemerlang hingga tidak terfikir oleh Sang Niki. Persoalan di minda Melayu Bersatu, kenapa Melayu Islam masih tidak bersatu? …jelas Sang Niki dan Sang Pauh, peduli apa dengan orang Melayu, yang penting, poket kami penuh dengan elaun dari hasil cuba nasib politik. Yang menyentuh perasaan adalah apabila Sang Niki membisik ‘ kami sedar kemunduran fikiran dan harta warga Melayu Islam di negeri kami, namun kami tidak salah, ini kehendak warga kami sendiri yang memang sentiasa menunggu tazkirah dari saya saban minggu’… tersenyum dengan nada serius.

Selamat Menyambut Shawwal.... Maaf Zahir dan batin

Bersatu Melayu Islam Sejahtera.

Friday

ISLAM, SEDERHANA, MAJU, SEJAHTERA


The Holy Prophet stated in a Hadith that the condition of a believer outside the Masjid is that of a fish out of water. A fish obviously has no desire to be out water, and if it is taken out will long to return, and will remain restless for as long as it is out of water. In the same Hadith, the sign of a Munafiq (hypocrite) has been described as a bird in a cage longing to be released from there as soon as possible. A Munafiq anxiously waits for the Salaah or speech to end so he can leave.


Salam Ramadan saudara-saudaraku,

Kembara di London jelas memperlihat kesederhanaan Islam warga London. Warga Islam London berkeperibadian sederhana dapat memajukan ummah Islam disana dengan acuan sendiri. Begitulah juga akan warga Kg Kurnia yang rata-rata sederhana fikiran dan menolak taksub, puja pemimpin dan putar belit. Ramadan suci di London dan Kg Kurnia sentiasa diterangi cahaya limpahan masjid dari rumah Allah yang pasti warga yang ingin menyemarakkan. Begitulah juga dengan masjid-masjid di Kg Kurnia Johor, Melaka, Pahang, Tokyo dan Hakata.
Kesederhanaan ini hilang sebaik sahaja Sang Pauh yang sabit dan Sang Kit Berjaya membelit sebahagian warga Kg Kurnia dengan cerita dongeng mereka. Rumah Allah mulia di noda hanya untuk meraih bagi mengekal kuasa dunia tanpa menghirau kesucian Ramadan.

Warga Islam Attoko, Hokkaido berpesan, kembalilah kepada Jamaah Melayu Bersatu yang diteraju Sdr Dr Khir dan Sdr Najib yang berkaliber, karisme, berwawasan Islam dan fokus kepada kesejahteraan ummah seluruhnya.

Wassalam,

Saturday

Gubal, Deraf, Pokok, Laksana Jaya



Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu

“Whosoever builds a masjid, intending Allah’s pleasure, Allah would build for him a palace in paradise” (Narrated by Bukhari)

Keamanan Kg Kurnia Islam Malaysia diakui oleh semua warga Kg Kurnia Tokyo dan Hakata. Warga Candevish juga mengiakan hakikat tersebut dengan harapan keamanan ini dikekalkan sepanjang waktu bagi menjamin keterbukaan dan aras pemikiran warga Kg Kurnia seiring dengan kemajuan Kg Kurnia Islam Malaysia dan lebih pantas dari perubahan pemikiran warga penduduk UK di Greater Manchester. Pimpinan Melayu Bersatu Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin sedar kepentingan kemajuan cara berfikir dan berwacana secara ‘evidence-based’ atau bukti-kukuh dalam menyelesaikan sesuatu isu.
Penyelesaian sesuatu isu atau cabaran yang mendatang memerlukan kepada pengalaman dan pengetahuan-bagaimana menangani sesuatu perkara itu hingga Berjaya. Memikir dan menyelesai resah gelisah rakyat dan warga Kg Kurnia sudah menjadi isi dan kuku pimpinan Melayu Bersatu. Kebolehan ini di warisi oleh pimpinan Melayu Bersatu kini dan pimpinan mudanya. Kompetensi pimpinan saudara dan saudari barisan Melayu Bersatu memang tidak boleh di sangkal. Malah, Profesor Hj Suhaimi dari institusi tersohor di Kg Kurnia Islam Selangor dengan ikhlas berkata… rakan pemuda Sdr Khairy dan Sdr Dr Khir adalah diantara pimpinan kita yang berkebolehan dan kompeten untuk membawa Kg Kurnia Malaysia lebih JAYA.

Perkara ini di akui oleh Profesor Abrrue dari University College London bahawa kedua-dua pimpinan Melayu ini perlu diketengahkan dan didokong bagi mengembalikan kegemilangan Melayu Bersatu Bijaksana terutama sekali mengubah pemikiran rakyat agar lebih rasional, bijak, timbang tara dan melandas Islam sebagai pegangan. Kedua-dua Profesor bersependapat bahawa kedua-dua pimpinan muda dan pimpinan Melayu masakini memfokuskan kepada hasil dan produk masyarakat yang progresif , terbuka dan mengamalkan nilai-nilai murni dan agama Islam yang suci.

Komen Profesor Suhaimi dan Prof Abrue berkaitan Sang Bulan Putih Mengambang, Sang Pauh Belakang dan Sang Roke, pimpinan Sang Bulan Putih dan rakan mengaku bahawa mereka setakat mencuba nasib politik berdasar untung sabut timbul, untung batu tenggelam…. Bila ditanya hala tuju…….. hanya tergagap-gagap tidak keruan kemudian mula berkata sesedap rasa tanpa bukti nyata bak penglipurlara.

Sekian, wasalam
Melayu Bersatu Islam Sejahtera Selamanya

Friday

Ikhlas, Padu, Telus, Wibawa, Sejahtera Islam




Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Salam buat Rasul tercinta Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda.
Keikhlasan pimpinan Melayu Bersatu sah terserlah, sentiasa dirasai di hati warga Kg Kurnia Islam bijaksana lagi berbudi bahasa. Galur pemerintahan Kg Kurnia Islam Gemilang dari era Tunku Abd Rahman ke era Sdr Najib. Jelas terbayang di air muka warga Kg Kurnia Tokyo Hakata kepuasan dan bayangan ceria terukir senyuman puas menunjukkan betapa kemajuan Kg Kurnia cukup mengkagumkan setiap insan di Kg Kurnia Islam.
Profesor Saito yang di hubungi berkata, betapa bertuahnya Kg Kurnia Islam Malaysia mendapat pimpinan bijaksana Melayu Bersatu. Hakikatnya, tambah Profesor Saito, pimpinan Melayu Bersatu telah membuktikan visi, misi yang di bayangkan oleh bijak pandai warga Kg Kurnia telah di capai di hampir kesemua kampong di Kg Kurnia Islam. Sungguh mengkagumkan pencapaian Kg Kurnia Islam. “Sdr Najib dan Muhyiddin dan barisan pimpinan mudanya perlu di permudahkan pimpinan, semua warga Kg Kurnia mesti melaksanakan strategi pelan dan tindakan yang dapat memastikan pembangunan insan dan infrastruktur, saya yakin dengan pimpinan Melayu” ujarnya sambil menghirup teh ‘O’ made in Malaysia.
Apa yang menarik, mahasiswa disekitar Hakata maklum, majoriti warga Kg Kurnia Islam Malaysia berpegang teguh kepada pimpinan Melayu Bersatu. Kata mereka, Sang Pauh dan rakan seperti Sang Siang, Sang Gua, Sang Lexus Lid dan Sang Rang Bulan hanya membantutkan pencapaian keseluruhan Kg Kurnia Islam. Jelas dan nyata Sang Pauh sabit dan membelit, cuma mengisi poket dengan wang rakyat yang 'di gorengnya' ...that is the fact… biarkan Sang Pauh dan Sang Rang Bulan hanyut.

Wasalam……
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 10 Ogos depan. Jom Tarawikh

Thursday

Semangat, Kuat, Didik, Sedar , Pemimpin Gemilang


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Salam buat Rasul tercinta Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan

Bertemu kembali kita…….Memetik kata-kata Professor Yaakob, kekuatan Kg Kurnia Islam Malaysia adalah terletak kepada warga Melayu yang Bersatu, baik dari Perlis hingga ke Sabah. Hal ini memang sentiasa dalm pemikiran, perkiraan dan keprihatinan pimpinan Kg Kurnia Islam Malaysia dulu hingga masa kini dan masa akan datang. Semua orang kampong termasuk Kg Kurnia Sungai Petani setuju dan yakin benar kebolehan, keberanian, semangat, kekuatan dan pemimpin terdidik dari galur Melayu Bersatu yang terbukti di depan panca indera dan fizikal Menara Berkembar tertinggi di dunia setinggi harapan pimpinan Kg Kurnia Islam Malaysia berwawasan. Ketua Kg Kurnia Sg Petani senyum puas dan bangga…. Ujarnya, ‘Sg Petani sekarang sepatutnya di gelar Sg Orang Kaya’ kerana kemajuan fizikal dan spiritual yang setanding dengan Fukuoka dan Manchester.

Ketika menikmati mee goreng terhebat di Sg Petani, warga penjaja bersemangat kental mengenggam tangan dengan tenang dan serius berkata ‘mari bersama pimpinan Melayu Bersatu gemilang dan bijaksana ke arah Negara yang maju dan sejahtera’. Banyak perkara yang boleh dicapai jika bergerak bersama pimpinan Melayu Bersatu Lagi Bijaksana Sdr Najib, Sdr Muhyiddin dan pimpinan muda Melayu Bersatu. 'Jangan terikut-ikut Sang Pauh dan Sang Rang Bulan yang mengakui kehadiran sang-sang hanyalah mencuba nasib politik dan mengisi poket dengan elaun. Tentang rancangan masa depan Kg Kurnia Islam Malaysia, Sang Pauh dan rakan ‘malas’ ‘maleh’ nak fikir dan tak peduli, tambahan pula Sang Pauh memang sabit …….'

Sekian, selamat maju jaya. Wassalam

Friday

Ikhlas, Tegas, Impian, Islam Melayu Berjaya


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat Rasul tercinta Nabi Muhammad s.a.w.
Kekuatan ukhwah Kg Kurnia Islam Malaysia terbit dari hati yang ikhlas ketua kampung, barisan pimpinan yang berpengetahuan, sentiasa menimbang tara segala persoalan kecil dan besar, prihatin kepada masyarakat, flexible dan komited menjaga kebajikan, kehidupan dan susah payah warganya yang berbilang tutur kata dan gaya bahasa. Pimpinan Melayu Islam Bersatu sentiasa berimpian meningkatkan kehidupan bahagia tiga rumpun warganya menghirup kopi o panas di kompleks beli belah di KLCC hinggalah di gerai Asam Pedas Parit Jawa di Johor. ‘Alangkah indahnya kehidupan warga Kg Kurnia Islam Melayu Bersatu’, ujar warga yang di temui di Daya Bumi dan Kuala Nerang.
Pak Man, seorang warga lama Kuala Nerang yang peramah dengan penuh semangat memberitahu dan memaklum rakan sekerja saya Prof Ahmad dan Prof Lewis, bangga dengan pencapaian anak cucunya. ‘Cucu saya dah belikan kereta yang canggih untuk saya hanya kerana saya mengadu kaki sakit sebab pandu kereta lama’ sungguh bangga punya cucu prihatin. Apa yang menarik lagi cucunya cukup berilmu dunia dan rohaninya dan beliau yakin dan percaya serta tegas berkata pimpinan Melayu Bersatu telah berjaya membuktikan pelan rancangan yang berfokus rakyat dan hasil yang gemilang dapat menzahirkan kegemilangan bangsa Islam Melayu Berjaya dan Negara tercinta Kg Kurnia Malaysia Islam. Impian dan pendekatan sederhana tetapi Islamik Melayu Bersatu teraju Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin benar-benar dapat meneruskan kemajuan Kg Kurnia Islam.
Seterusnya Pak Man menzahirkan ‘benar fihrasat Prof Lewis dan Prof Ahmad, bahawa Sang Rang Bulan Mengambang dan Sang Pauh hanya pandai dan sampai hati cuba melenyapkan pengaruh Islam dalam peribadi warganya. Lihatlah sendiri ketamakan dan kelemahan tadbir urus Sang Pauh dan Sang Rang Bulan akibatnya warganya kebingungan serta tenggelam punca pertimbangan….

Sekian, salam sejahtera semuga di berkati Allah Yang Esa.

Tuesday

HASIL, SASAR, JAYA, ISLAM MELAYU MULIA


Salam sejahtera saudara-saudari sekalian,

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat Rasul Allah tercinta Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jejaknya serta meneladani tingkahlaku baginda hingga ke hari pembalasan.

Kejayaan gemilang dan unggul anak didik, warga cendiakawan Kg Kurnia Malaysia di setiap pelusuk dunia Institusi Pengajian Tinggi dari timur hingga ke barat jelas menunjukkan pelan urus tadbir Melayu Bersatu yang memimpin, menumpu, fokus kepada hasil yang di ingini, disasar dan dimuafakati bersama cukup berjaya, sukses dan di akui pemimpin dunia akan strategi pembangunan warganya. Professor dari Sekolah Undang-Undang dari University of Manchester yang ditemui baru-baru ini amat kagum, bangga dengan kejayaan anak didik Kg Kurnia Malaysia yang menurutnya pelajar dan warga Kg Kurnia amat tulus, fokus dan amat suka saing dan sentiasa memberi kerjasama dan buah fikiran di kelas.
Menumpu kepada hasil yang terbaik dan JAYA merupakan falsafah setiap pemimpin Melayu Bersatu Kg Kurnia Islam Malaysia. Strategi dan pelan atur kepimpinan Melayu bersatu amat tertib bagi memastikan tiada sesiapa pun tertinggal dalam arus pembangunan Kg Kurnia Islam Malaysia. Teraju pimpinan dan serah baton urus tadbir cukup manis dan lebih unggul dari sesetengah Negara maju. Negara-negara Islam seluruh dunia mengakui kehebatan pelan tindakan semua peringkat pimpinan Melayu bersatu gemilang. Serahan skrol pemerintah kepada Sdr Najib dan Sdr Mahyuddin akan memastikan Islam Melayu lebih berkaliber dan mulia.
Tegas Professor tersebut, ‘Believe in me’ undang-undang Kg Kurnia Malaysia cukup unik dan teratur ditambah dengan kebijaksanaan Pimpinan Melayu Bersatu Islam, jangan biarkan Sang Umang, Sang Pauh, Sang Lexus, Sang Rang Bulan Mengambang dan Sang Pokok mendendangkan sandiwaranya, kelak Melayu Islam luput ditelan masa.
Sekian, semoga semua diberkati Allah
Wassalam

Saturday

Islam Pemimpin Berilmu Maju Tenang United Malay


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam kepada Rasul tercinta Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jejak dan perilaku baginda hingga ke hari penentuan.
Syukur juga atas kurnia pemimpin Islam Melayu berilmu dan berhemah Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin berwibawa. Sdr Najib memang terkenal dengan ketenangannya, terbit dari hati nurani ikhlas memimpin warga Kg Kurnia Malaysia Islam ke puncak singgahsana berperibadi mulia. Sebagai rakan pemimpin Melayu kepada Sdr Najib yang bijaksana, anak didik Universiti Malaya tersohor dipelusuk dunia Sdr Muhyiddin memang diakui sebagai gandingan yang hebat pemimpin Melayu Islam tercinta. Barisan pemimpin pendokong Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin memang cukup padu dan berilmu dari pimpinan pemuda yang cergas berilmu dan sentiasa berlapang dada hinggalah kepada pimpinan muslimah yang sentiasa prihatin pada warga Kg Kurnia, sedia mencurah tenaga dan ilmu memimpin semuanya ke arah yang aman dan tenteram.
Pelbagai pendekatan dan cara bagi membawa Kg Kurnia Islam kearah yang lebih tinggi sentiasa dalam agenda dan pemikiran Pimpinan Melayu Bijaksana, berilmu dan rasional. Apa yang menarik pendekatan serta merta, pelan jangka pendek dan jangka panjang sentiasa difikiran bagi memaju dan meningkat ilmu dan taraf kehidupan warga Kg Kurnia Malaysia tercinta. Pimpinan Rang Bulan Mengambang, Sang Pauh, Sang Kar dan Sang Pokok pula jelas kucar dan kacir (2K), tidak jelas tujuan, caca dan merba dan singkat ilmunya.
Sekian, kuatkan, padukan, ilmuan, mantapkan dan dukunglah pimpinan Islam Melayu Kg Kurnia Islam bersama Melayu Bersatu.
Salam sejahtera semuanya

Thursday

Pemimpin Pimpinan Urus Mudah Sejahtera


Salam sejahtera semuanya,
Cara tadbir urus sesebuah negara mesti berteraskan keikhlasan pemimpin yang terdidik dari akar umbi asas kepimpinan terjalin dari kesedaran membela warga tercinta. Hadirnya pemimpin perlu melalui pelbagai tapisan dan pilihan dari kalangan pemimpin kampung-kampung kurnia seluruh Malaysia tercinta. Dari situlah proses pembinaan pemimpin lahir yang dapat melengkapkan pengetahuan, kemahiran berfikir, membuat keputusan, memimpin warga lain dan menyusun pelan tindakan memajukan Kg Kurnia tercinta. Galur pimpinan ini telah membawa kg Kurnia Islam ke arah paras tertinggi dan dikagumi penduduk Tokyo dan London. Begitulah urus tadbir Kg Kurnia terbina dan berterusan saling mengimbangi dan ganti silih pimpinan tidak akan merobohkan ketamadunan Kg Kurnia.
Professor K Lewis yang ditemui di Cavendish baru- baru ini bersetuju dan kagum dengan susun organisasi pimpinan Melayu bijaksana yang diteraju ole Saudara-Saudara Melayu Islam kita. Pimpinan berilmu dan luas pandangan membawa baton urus tadbir yang akan di hulur kepada pimpinan muda terpelajar dengan cukup berhemah. Begitulah indahnya Kg Kurnia Malaysia. Prof Lewis seterusnya setuju dan benar yakin Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin bersama pimpinan Melayu lain akan berjaya membawa Kg Kurnia Malaysia lebih maju lagi kehadapan baik dalam aspek urus tadbir negara bahkan tadbir urus ketamadunan Islam. Komen Prof Lewis berkenaan Ketua Kg Rang Bulan Mengambang…jika dibiarkan Rang Bulan Mengambang meneraju Kg kurnia, Islam akan pupus secara perlahan-lahan akibat pengetahuannya yang cetek dalam urus tadbir Kg Kurnia, banyak masanya hanya menghayalkan warga Kg Kurnia, dah setelah warga percaya kepadanya, tadbir urus di serah pula pada sakat dan sukunya dan keluarganya yang juga cetek ilmu tadbir urus negara.
Sekian, wassalam.
Selamat menyambut Maulidur Rasul…..

Monday

Tumpu, Fokus, Nilai, Jaya, Padu Islam, Melayu


Assalamualaikum wbt dan salam ukhwah…

Beri salam dan doa terbaik untuk warga Islam, rakyat, warga kota, warga desa, pimpinan pelajar, jawatankuasa masjid, kumpulan penghibur, doktor, penoreh getah, warga FELDA, FELCRA dan semua warga Melayu Kg Kurnia…Inilah ucapan yang tidak lekang dari bibir seluruh pimpinan Melayu Bersatu yang diteraju oleh Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin yang Ikhlas dan jujur. Keyakinan diri, sentiasa tumpu dan fokus, menilai cabaran dengan baik bagi memastikan jaya dan Islam Melayu sentiasa padu aman. Pimpinan ikhlas dari era Tunku hingga Tun M memang ikhlas membimbing tangan warga Kg Kurnia.
Pimpinan ikhlas inilah yang memberkati pembangunan Kg Kurnia Malaysia ini setengah abad lepas. Teratur dan aman walaupun ada cabaran mendatang, pimpinan Melayu sentiasa gemilang. Hakikat pimpinan Melayu Islam berkebolehan, trampil dan bijaksana di akui oleh Pelajar University Hokkaido dan University Manchester.
Pesan warga pemimpin Kg Melayu Islam, jauhi Sang Pauh dan Sang Rang Bulan Mengambang… tanya diri sendiri, apakah yang boleh dicontohi oleh Sang-Sang ini. Sang-sang ini sering melipur pengikutnya dengan cerita yang sebenarnya mencerita kelemahan mereka sendiri. Bak kata pepatah ‘ jangan meludah ke langit, kelak ke badan sendiri……

Sekian, salam ukhwah.