Thursday

Semangat, Kuat, Didik, Sedar , Pemimpin Gemilang


Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Salam buat Rasul tercinta Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan

Bertemu kembali kita…….Memetik kata-kata Professor Yaakob, kekuatan Kg Kurnia Islam Malaysia adalah terletak kepada warga Melayu yang Bersatu, baik dari Perlis hingga ke Sabah. Hal ini memang sentiasa dalm pemikiran, perkiraan dan keprihatinan pimpinan Kg Kurnia Islam Malaysia dulu hingga masa kini dan masa akan datang. Semua orang kampong termasuk Kg Kurnia Sungai Petani setuju dan yakin benar kebolehan, keberanian, semangat, kekuatan dan pemimpin terdidik dari galur Melayu Bersatu yang terbukti di depan panca indera dan fizikal Menara Berkembar tertinggi di dunia setinggi harapan pimpinan Kg Kurnia Islam Malaysia berwawasan. Ketua Kg Kurnia Sg Petani senyum puas dan bangga…. Ujarnya, ‘Sg Petani sekarang sepatutnya di gelar Sg Orang Kaya’ kerana kemajuan fizikal dan spiritual yang setanding dengan Fukuoka dan Manchester.

Ketika menikmati mee goreng terhebat di Sg Petani, warga penjaja bersemangat kental mengenggam tangan dengan tenang dan serius berkata ‘mari bersama pimpinan Melayu Bersatu gemilang dan bijaksana ke arah Negara yang maju dan sejahtera’. Banyak perkara yang boleh dicapai jika bergerak bersama pimpinan Melayu Bersatu Lagi Bijaksana Sdr Najib, Sdr Muhyiddin dan pimpinan muda Melayu Bersatu. 'Jangan terikut-ikut Sang Pauh dan Sang Rang Bulan yang mengakui kehadiran sang-sang hanyalah mencuba nasib politik dan mengisi poket dengan elaun. Tentang rancangan masa depan Kg Kurnia Islam Malaysia, Sang Pauh dan rakan ‘malas’ ‘maleh’ nak fikir dan tak peduli, tambahan pula Sang Pauh memang sabit …….'

Sekian, selamat maju jaya. Wassalam