Wednesday

Iktiraf Akreditasi Kampung Kurnia



Bismillah Sejahtera semua...

Pengiktirafan harus diberi kepada kepimpinan Kg Kurnia yang begitu berjaya memacu kecemerlangan Kg Kurnia Malaysia dalam masa yang singkat selepas merdeka, juga kredit (pujian) patut diberi kepada Raja Pemerintah Kg Kurnia Malaysia Islam yang begitu memahami hasrat rakyat jelata. Ikatan bagai aur dan tebing begitu kukuh, hinggakan ombak, badai dan hentakan kayu ke tebing tidak sesekali memusnahkan ikatan tersebut.Bagaimana ikatan antara penduduk, Ketua Kg dan Sultan Pemerintah boleh bertahan sekian lama. Jawapan yang mudah kerana semua lapisan penduduk sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah. Begitu jelas dibacakan doa oleh Imam setiap Jumaat agar Jajahan Takluk Kg-Kg Kurnia Islam ini diberkati Allah sentiasa.

Atas Pengasih Allah penduduk Kg Kurnia telah dianugerahkan oleh Allah zuriat dan anak-anak yang bijaksana. Anak-anak inilah juga yang pada masa ini berada di pentadbiran kerajaan Kg Kurnia memikir, membentuk dasar, berdiskusi, menganalisa apa yang perlu dibuat perubahan demi kemajuan Kg Kurnia. Apa yang jelas adalah anak-anak muda Kg Kurnia menggunakan kaedah, cara dan model yang menjurus kepada faedah yang boleh didapati, dirasai dan dinikmati oleh penduduk atau rakyat (people focus), budaya menambahbaik kehidupan rakyat dan amalan yang terbaik.

Keunikan Kg Kurnia Malaysia mestilah dijaga, semai dan siram sepanjang masa. Janganlah terikut budaya Sang Pauh, Sang Lexus, Sang Pokok, Sang Bulan, Sang Siang dan Sang Gua. Mereka mempunyai nilai dan latar belakang yang berbeza antara satu sama lain, selfish dan suka 'lepas tangan'. Sang Pauh misalnya cukup suka ke luar negara duduk di hotel mewah, berhawa dingin, meneguk segelas jus buah-buahan manis dan lazat sementara pendukung mereka yang percaya cerita Sang-Sang Lipur, berbaring di atas jalan tar yang panas terik, berdebu, berteriak dan jerit dibawah separuh sedar yang mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan bagi menghalang Raja Pemerintah yang ikhlas mentadbir jajahan takluknya kearah kecemerlangan Islam dan negara.

Sdr Najib, teruskan usaha murni dan kekalkan keunikan Kg Kurnia. Sdr Khir, Khairy dan Mukhriz kekalkan momentum bersama pimpinan Kg Kurnia yang lain.

Sekian, wassalam.