Friday
Ikhlas, Padu, Telus, Wibawa, Sejahtera Islam
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Salam buat Rasul tercinta Nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda.
Keikhlasan pimpinan Melayu Bersatu sah terserlah, sentiasa dirasai di hati warga Kg Kurnia Islam bijaksana lagi berbudi bahasa. Galur pemerintahan Kg Kurnia Islam Gemilang dari era Tunku Abd Rahman ke era Sdr Najib. Jelas terbayang di air muka warga Kg Kurnia Tokyo Hakata kepuasan dan bayangan ceria terukir senyuman puas menunjukkan betapa kemajuan Kg Kurnia cukup mengkagumkan setiap insan di Kg Kurnia Islam.
Profesor Saito yang di hubungi berkata, betapa bertuahnya Kg Kurnia Islam Malaysia mendapat pimpinan bijaksana Melayu Bersatu. Hakikatnya, tambah Profesor Saito, pimpinan Melayu Bersatu telah membuktikan visi, misi yang di bayangkan oleh bijak pandai warga Kg Kurnia telah di capai di hampir kesemua kampong di Kg Kurnia Islam. Sungguh mengkagumkan pencapaian Kg Kurnia Islam. “Sdr Najib dan Muhyiddin dan barisan pimpinan mudanya perlu di permudahkan pimpinan, semua warga Kg Kurnia mesti melaksanakan strategi pelan dan tindakan yang dapat memastikan pembangunan insan dan infrastruktur, saya yakin dengan pimpinan Melayu” ujarnya sambil menghirup teh ‘O’ made in Malaysia.
Apa yang menarik, mahasiswa disekitar Hakata maklum, majoriti warga Kg Kurnia Islam Malaysia berpegang teguh kepada pimpinan Melayu Bersatu. Kata mereka, Sang Pauh dan rakan seperti Sang Siang, Sang Gua, Sang Lexus Lid dan Sang Rang Bulan hanya membantutkan pencapaian keseluruhan Kg Kurnia Islam. Jelas dan nyata Sang Pauh sabit dan membelit, cuma mengisi poket dengan wang rakyat yang 'di gorengnya' ...that is the fact… biarkan Sang Pauh dan Sang Rang Bulan hanyut.
Wasalam……
Selamat Menyambut Bulan Ramadan 10 Ogos depan. Jom Tarawikh