Friday

Ibadah Gemilang OIC G7 Islam Gemilang



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Salam sejahtera semua dan Selamat Hari Raya Korban

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali Imran, ayat 185)

Pada hari agung kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan warna kulit berkumpul di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita Kg Kurnia Islam Malaysia dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia warga Kg Kurnia Islam sehinggalah ke hari kiamat. Islam yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang memperikatkan manusia dari pelbagai rupa bangsa di pelusuk dunia dan ceruk kg Kurnia, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.

Dari sisi yang lain, haji ialah adalah ibadah yang diperintahkan untuk kita mengingati dua Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam dan Nabi Muhammad SAW. Di dalam duduk tahiyyat ketika solat, kita menyebut nama kedua-dua nabi ini manakala di dalam ibadah haji, kita menjadikan amalan yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim dan disahkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai amalan haji.

Kenapa kedua-dua nabi ini begitu dominan dalam ibadat solat dan haji? Antaranya ialah kerana sejarah kedua-duanya yang begitu gemilang dengan pengorbanan di dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan tadbir urus Negara sehingga warga Kg Kurnia Islam Malaysia mengecapi kenikmatan menyebut nama Allah dan Nabi Muhammmad dan Nabi Ibrahim dalam solat. Jelas sekali, kedua-duanya merupakan contoh yang sangat baik dan praktikal untuk dijadikan ikutan di dalam hidup sebagai seorang mukmin.

Mengambil iktibar sirah dan sejarah Islam, urus tadbir Kg Kurnia Islam Malaysia yang diteraju oleh Melayu Bersatu sejak 50 tahun lepas sentiasa bertambah cemerlang kesederhanaan Islam warganya yang memang di akui oleh pimpinan OIC, G7, APEC dan EU. Baton urus tadbir Sdr Najib yang di dokong penuh tertib oleh warganya Sdr Muhyiddin, Sdr Hisham, Sdr Khairy, Sdr Khir dan Puteri Islam bijaksana lagi berhemah meyakinkan semua warga Kg Kurnia bahawa mereka akan membawa Kg Kurnia Islam Malaysia ke aras yang tertinggi, lebih tinggi dari Menara Dubai, KLCC dan Warisan.

Memang lumrah, di mana-mana Negara, Sang Umang-umang akan sentiasa mengambil kesempatan. Jelas sekali Sang Umang dan Sang Pauh bersama Sang Rang Bulan Mengambang hanya mengajar pendengarnya yang keliru dan bermasalah menjadi lebih khayal, hanya berfikir untuk goyang kaki dan menunggu subsidi.

Doakanlah agar pemergian ke Rumah Allah warga Kg Kurnia pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya diberkati oleh Allah SWT dengan pemergian dan kepulangan yang aman sejahtera, Insya-Allah. Hajjun Mabrur wa Sa’yun masykur.

Sekian, wassalam