Friday
Kg Kurnia Malaysia Pekan Pahang Fokus Bijaksana Berhemah Trampil Syukur
Salam Sejahtera Warga Kg Kurnia Malaysia…
Alhamdulilah, syukur semoga pimpinan Kg Kurnia Malaysia sentiasa diberkati Allah. Perlantikan Sdr Najib mengurus tadbir bumi tanah bertuah Melayu Islam tercinta ini benar-benar membawa rahmat pada warga Kg Kurnia Malaysia. Bumi bertuah Kg Kurnia Pekan Pahang Negeri Makmur dan warganya syukur dan bangga, warga anak didik Tun Razak tenang dan tabah berhati mulia. Kata-kata spontan warga Kg Kurnia Pekan semasa tugas rasmi di sana jelas menggambarkan keikhlasan warga Kg kurnia Pekan bersyukur kehadrat Allah Yang Esa. Satu lagi bukti jelas turutan pimpinan Kg Kurnia Melayu Berpadu yang berkualiti tinggi dan begitu fokus membawa warga Kg Kurnia Malaysia kearah warga berfikiran positif.
Warga Pekan Bandar Diraja Sultan Pemerintah Pahang Islam Bijaksana berjiwa Rakyat membesar bersama Sdr Najib berlatarkan temuan sungai Pahang mengalir jernih air menyuburkan tanah susur sungai mengurniakan warisan pimpinan Melayu Islam berjiwa kuat berhemah tinggi. Sokongan berterusan, padu kerja, muhibah, fokus warga kepada pimpinan Melayu Islam Bersatu Sdr Najib, Muhyiddin, Ketua kaum lain dan barisannya sudah pasti akan mendapat Rahmat Allah dan akan dapat membawa warga Malaysia sejahtera, aman, maju dan keterhadapan dalam segala segi.
Dari kaca mata, selidikan, amatan, telitian dengan fikiran terbuka dan insaf pada hemat hamba dan rakan, ciri-ciri pimpinan dan tutur ucap Sdr Najib dan pimpinannya sungguh fokus kepada sejahtera. Sebaliknya kata-kata dongeng belitan kuat oleh Sang Pauh, Sang Pokok dan rakan-rakannya sesungguhnya penuh dengan ketidak benaran, suka merendahkan Pimpinan Melayu Islam yang pernah menjadi rakannya sendiri satu ketika dulu. Sang Lexus umpamanya, di Kg Kurnia Selangor hanya pandai dan sangat sibuk mencari salah pimpinan Kg Kurnia terdahulu (mungkin kerana Sang Lexus berguru dengan Sang Pauh Penglipur yang apabila didepan pengikutnya perkataan-perkatan cerca marba kepada pimpinan Melayu Islam sentiasa dibibirnya), sedangkan ramai warganya yang hilang kerja tidak dibantu. Itulah dikatakan politik ‘sampai hati’ Sang Pauh yang bermaksud sanggup mengaibkan rakan Islamnya yang lepas atau yang tidak sependapat dengannya. Sepatutnya Sang Lexus memandu warga Kg Kurnia berfikiran positif, mengajar pekerti yang baik, bertamadun dan belajar bersyukur hasil kerja Keras Sdr Dr Pimpinan Melayu yang lepas.
Akhir kata, Ucapan Tahniah kepada Sdr Najib anak didik Kg Kurnia Pekan Pahang dan terima kasih Tun Abdullah atas jasa urus tadbir Kg Kurnia Malaysia Islam Tercinta ini. Dengan izin Allah Kg Kurnia Islam Malaysia akan bertambah sejahtera dan bertaut kukuh Pimpinan Melayu Islam.
Jauhkan politik ‘Sampai hati’
Wassalam…