Saturday
Gubal, Deraf, Pokok, Laksana Jaya
Assalamu alaikum wa rahmatullahi wa barakatuhu
“Whosoever builds a masjid, intending Allah’s pleasure, Allah would build for him a palace in paradise” (Narrated by Bukhari)
Keamanan Kg Kurnia Islam Malaysia diakui oleh semua warga Kg Kurnia Tokyo dan Hakata. Warga Candevish juga mengiakan hakikat tersebut dengan harapan keamanan ini dikekalkan sepanjang waktu bagi menjamin keterbukaan dan aras pemikiran warga Kg Kurnia seiring dengan kemajuan Kg Kurnia Islam Malaysia dan lebih pantas dari perubahan pemikiran warga penduduk UK di Greater Manchester. Pimpinan Melayu Bersatu Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin sedar kepentingan kemajuan cara berfikir dan berwacana secara ‘evidence-based’ atau bukti-kukuh dalam menyelesaikan sesuatu isu.
Penyelesaian sesuatu isu atau cabaran yang mendatang memerlukan kepada pengalaman dan pengetahuan-bagaimana menangani sesuatu perkara itu hingga Berjaya. Memikir dan menyelesai resah gelisah rakyat dan warga Kg Kurnia sudah menjadi isi dan kuku pimpinan Melayu Bersatu. Kebolehan ini di warisi oleh pimpinan Melayu Bersatu kini dan pimpinan mudanya. Kompetensi pimpinan saudara dan saudari barisan Melayu Bersatu memang tidak boleh di sangkal. Malah, Profesor Hj Suhaimi dari institusi tersohor di Kg Kurnia Islam Selangor dengan ikhlas berkata… rakan pemuda Sdr Khairy dan Sdr Dr Khir adalah diantara pimpinan kita yang berkebolehan dan kompeten untuk membawa Kg Kurnia Malaysia lebih JAYA.
Perkara ini di akui oleh Profesor Abrrue dari University College London bahawa kedua-dua pimpinan Melayu ini perlu diketengahkan dan didokong bagi mengembalikan kegemilangan Melayu Bersatu Bijaksana terutama sekali mengubah pemikiran rakyat agar lebih rasional, bijak, timbang tara dan melandas Islam sebagai pegangan. Kedua-dua Profesor bersependapat bahawa kedua-dua pimpinan muda dan pimpinan Melayu masakini memfokuskan kepada hasil dan produk masyarakat yang progresif , terbuka dan mengamalkan nilai-nilai murni dan agama Islam yang suci.
Komen Profesor Suhaimi dan Prof Abrue berkaitan Sang Bulan Putih Mengambang, Sang Pauh Belakang dan Sang Roke, pimpinan Sang Bulan Putih dan rakan mengaku bahawa mereka setakat mencuba nasib politik berdasar untung sabut timbul, untung batu tenggelam…. Bila ditanya hala tuju…….. hanya tergagap-gagap tidak keruan kemudian mula berkata sesedap rasa tanpa bukti nyata bak penglipurlara.
Sekian, wasalam
Melayu Bersatu Islam Sejahtera Selamanya