Monday

Damai Tawakal Ibadah Ekonomi Jana Islam



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Salam sejahtera semua dan Selamat Hari Raya Aidil Adha,

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketua Kampung Kurnia Melayu Islam Sdr Najib yang bijaksana lagi terpelajar, cenderung kepada perpaduan dan perdamaian, sentiasa mengajak semua warga Kg Kurnia Islam Melayu Bersatu di bawah barisan sedia ada, yang selari dengan saranan pesanan dan ingatan saudara Khatib semasa berkhutbah setiap kali Jumaat di seluruh masjid yang indah dan selesa tenteram aman dan damai. Inilah satu pentadbiran Islam sederhana berwawasan dan sentiasa berlandaskan fakta, sebenar dan fokus kepada keperluan warga Kg Kurnia indah tercinta.

Usaha murni membawa pasaran ekonomi negara ke persada dunia adalah wawasan setiap pimpinan Islam yang di buktikan dengan urus tadbir dan ketelusan Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin membawa ekonomi Kg Kurnia Malaysia Islam menjadi lebih kompetetif dan berdaya saing.

Enjin pengimbang persekitaran yang telus dan ikhlas dan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi semakin meningkat dari aspek kualiti dan pencapaian yang gemilang. Barisan pemuda Melayu Islam Kg Kurnia Islam Melayu yang berwibawa dan konsisten pimpinan Sdr Khairy dan Dr Khir menjadi pemacu terbesar yang kekal jayanya sejak puluhan tahun pimpinan Melayu Bersatu berkhidmat untuk rakyat dan warganya.

Professor Dr Shafiq dari Universiti Iskandariah kagum dengan pencapaian, taraf hidup, prasarana dan keselesaan umat Islam di Kg Kurnia menjalankan ibadah dan syariat Islam tanpa kerisauan dan was-was walau sekecil zarah atom. Why do you want to change the United Malay leadership and administration? I don’t believe Sang Bulan and Sang Pauh can do better than United Malays Muslim…. Tambah Professor Dr Shafiq dengan yakin.

Sekian, wassalam, jazakallah