Saturday

Bersatu Melayu Muslim Muafakat




Assalamualaikum wbt semua warga saudara Melayu Islamku

Allah SWT menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam Surah al Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

Selamat Hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Syukur kehadrat Allah berkat kurniaNya, sekali lagi pimpinan Melayu Kg Kurnia Islam Malaysia berhimpun di persada Bangunan Putra Pusat Perniagaan persisir sungai Lembah Kelang yang airnya mengalir membelah Kg Kurnia Kuala Lumpur. Taat setia tidak berbelah lagi pimpinan Melayu bersatu kepada Sultan Pemerintah Islam Kg Kurnia begitu meyakinkan dengan membawa Kg Kurnia kemercu puncak dunia. Model kepemimpinan sederhana ini berjaya membawa kegemilangan Kg Kurnia ke mata dunia dan menjadi sebutan warga kota Hakata dan Manchester.

Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin begitu menyerlah menyusun kata dan fikiran bersama meneliti dan menganalisa setiap rintihan pimpinan Kg Kurnia dari pelusuk Negara bagi memastikan setiap saranan bijak dari pimpinan Kg Kurnia diberi perhatian sewajarnya. Sdr Khairy juga telah memberi buah fikiran yang matang dan bernas lagi bijaksana bagi memastikan kesinambungan pimpinan Melayu terus gah memimpin Negara tercinta.

Semua warga Melayu Islam Kg Kurnia cukup berbangga dengan kebijaksanaan Sdr Najib dan pimpinan pemuda, pemudi tiang Negara. Kehebatan pimpinan Melayu bersatu ini ini diakui sendiri oleh Sang Rang Bulan dan Sang Had. Begitu juga Sang Niki yang tidak ketinggalan mengikuti himpunan warga Melayu Kg Kurnia Islam Malaysia. Sang Had dan Sang Niki sebenarnya mengakui kekuatan Sdr Najib yang tegas, tepat dan bijak serta mahir benar mengurus Negara Kg Kurnia Islam Malaysia.

Sang Niki dan Sang Pauh mengakui pelik dengan sesetengah warga Kg Kurnia Melayu Islam yang mudah di belit mereka melalui ceramah mingguan. Pengikutnya sering bertindak tidak rasional akibat percaya cerita dongeng Sang Niki yang jelas tiada apa-apa yang manafaat. Sang Niki memaklum pada Sang Pauh bahawa Rang Bulan tidak berbuat apa-apa di Kg Bulan Mengambang, tetapi menambah dan menyukarkan kehidupan warga Kg Kurnia amat ternyata. ‘Kawe tidak mahir mengurus tadbir Kg Kurnia kawe’ ujarnya.


Marilah sama-sama kita kukuhkan bersama Pimpinan Melayu Bersatu, Sdr Najib keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang warga Melayu Islam, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Semua pimpinan Melayu Bersatu meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinan. Pimpinan Melayu bersatu benar dan ikhlas mengujudkan sebuah kerajaan yang komited mengamalkan dan memastikan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya di laksana.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat bersidang dan bermesyuarah saudara-saudaraku.

Sdr Najib, Sdr Muhyiddin, Sdr Khairy dan Sdr Khir, teruskan perjuangan ikhlas dan bersih kalian….. fokus pada warga Kg Kurnia tercinta. Biarkan pimpinan Sang Pauh yang sabit dengan masalah moralnya.


Sekian,


Wasalam