Friday
Ikhlas, Tegas, Impian, Islam Melayu Berjaya
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat Rasul tercinta Nabi Muhammad s.a.w.
Kekuatan ukhwah Kg Kurnia Islam Malaysia terbit dari hati yang ikhlas ketua kampung, barisan pimpinan yang berpengetahuan, sentiasa menimbang tara segala persoalan kecil dan besar, prihatin kepada masyarakat, flexible dan komited menjaga kebajikan, kehidupan dan susah payah warganya yang berbilang tutur kata dan gaya bahasa. Pimpinan Melayu Islam Bersatu sentiasa berimpian meningkatkan kehidupan bahagia tiga rumpun warganya menghirup kopi o panas di kompleks beli belah di KLCC hinggalah di gerai Asam Pedas Parit Jawa di Johor. ‘Alangkah indahnya kehidupan warga Kg Kurnia Islam Melayu Bersatu’, ujar warga yang di temui di Daya Bumi dan Kuala Nerang.
Pak Man, seorang warga lama Kuala Nerang yang peramah dengan penuh semangat memberitahu dan memaklum rakan sekerja saya Prof Ahmad dan Prof Lewis, bangga dengan pencapaian anak cucunya. ‘Cucu saya dah belikan kereta yang canggih untuk saya hanya kerana saya mengadu kaki sakit sebab pandu kereta lama’ sungguh bangga punya cucu prihatin. Apa yang menarik lagi cucunya cukup berilmu dunia dan rohaninya dan beliau yakin dan percaya serta tegas berkata pimpinan Melayu Bersatu telah berjaya membuktikan pelan rancangan yang berfokus rakyat dan hasil yang gemilang dapat menzahirkan kegemilangan bangsa Islam Melayu Berjaya dan Negara tercinta Kg Kurnia Malaysia Islam. Impian dan pendekatan sederhana tetapi Islamik Melayu Bersatu teraju Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin benar-benar dapat meneruskan kemajuan Kg Kurnia Islam.
Seterusnya Pak Man menzahirkan ‘benar fihrasat Prof Lewis dan Prof Ahmad, bahawa Sang Rang Bulan Mengambang dan Sang Pauh hanya pandai dan sampai hati cuba melenyapkan pengaruh Islam dalam peribadi warganya. Lihatlah sendiri ketamakan dan kelemahan tadbir urus Sang Pauh dan Sang Rang Bulan akibatnya warganya kebingungan serta tenggelam punca pertimbangan….
Sekian, salam sejahtera semuga di berkati Allah Yang Esa.