Saturday
Ekonomi Islam Hakikat Raya Korban
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Salam sejahtera semua,
“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.
Bajet 2011 yang dibentangkan oleh pimpinan berwibawa lagi bijaksana Sdr Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, selaku Menteri yang Menjaga Perbendaharaan Kg Kurnia Islam Malaysia pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh para pemimpin dan cadangan bernas dari Ketua Kampung Melayu Bersatu dari Kg Kurnia Perlis hinggalah Ke Kg Kurnia Sabah akan membawa Kg Kurnia dan warganya, Khususnya Melayu Bersatu Islam berdiri gagah menempuh arus perdana dan arus ekonomi dunia yang masih dikuasai oleh Kumpulan G7 yang tidak diwakili oleh mana-mana Negara Islam. Bukti jelas Sdr Najib dengan sokongan padu Melayu Bersatu dan kaum lain yang ada di bumi bertuah Kg Kurnia Malaysia Islam. Jelas pelan dan tindakan gandingan Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin sungguh menumpu dan mengarah kemana Kg Kurnia Malaysia akan di bawa kearah kesejahteraan, aman, sihat, memudah rakyat, moden, sederhana dan yang akhir sekali menambah kekuatan Melayu Islam Kg Kurnia yang akan menikmati tanaman pemimpin Kg Kurnia.
Komen Profesor Akhbar dari University of London yang pernah berkunjung ke Kg Kurnia Islam Malaysia berkaitan Kg Sang Rang Bulan Mengambang dan Kg Sang Pauh sebenarnya masih berpusing di takuk lama dan tidak berinisiatif. Tambah Prof Akhbar, Sang Niki dan Sang Had suka menaburkan kata-kata yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan membelitkan apa saja idea dan pelan saudara Islam Melayu yang ikhlas membina modal insan yang akan menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi Islam Melayu. Jelas sekali, akibat dari sistem pemerintahan yang tidak mempunyai hala tuju di Kg Rang Bulan, maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang nyata bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh Rang Bulan gagal dalam mencapai matlamat Kg Kurnia Melayu maju dan sejahtera setelah diberi peluang memerintah selama lebih 20 tahun, bagaimana mungkin kerajaan Rang Bulan Mengambang dan Sang Pauh boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik sandi dan wara terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa?
Jelas pimpinan Melayu Islam Bersatu menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin melalui fasa di mana cadangan dan maklumbalas rakyat teramai ini menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara.
Semoga kita semua memperoleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Hari Raya Korban 10 Zulhijjah 1431
Wasalam