Friday
Bahasa Melayu Bersatu Insaf Maal Hijrah
Salam sejahtera dan salam ukhwah,
Pemergian dan kembali dari tanah suci Masjidil Haram Mekah benar-benar menginsafkan warga Melayu Islam Bersatu Kampung Kurnia Islam Malaysia. Pertemuan dengan rakan Islam seluruh alam benar-benar menjadikan kepentingan bersatu Islam Melayu dipelihara. Warga Kg Kurnia yang ditemui bangga dengan tadbir urus Haji Islam Malaysia yang berdiri setanding dengan pengurusan taraf dunia. Perhubungan yang baik dan berkesan memainkan peranan utama dalam memastikan kestabilan dan kemakmuran Kg Kurnia Islam aman selamanya.
Bijak pandai dan hakim perundangan yang membuat penghakiman di Istana Kehakiman menyerlahkan lagi ketamadunan Bahasa Melayu di Kg Kurnia Islam Malaysia. Warga Kg Kurnia Islam Malaysia sedar berkembangnya Islam di Kg Kurnia adalah seiring dengan perkembangan Bahasa Melayu. Jika Bahasa Melayu tidak dibaja dan disiram, kemungkinan terhakis budi bicara dan tata cara Melayu Islam dalam dekad-dekad akan datang. Pimpinan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu khususnya Sdr Najib dan Mahyuddin sedar akan kepentingan Bahasa Melayu Bersatu. Warga Kg Kurnia sedar Ungkapan Pertubuhan Melayu Bersatu merupakan kunci penyatuan warganya. Penghayatan terma ‘Melayu’ lebih mendalam pada jiwa warganya berbanding terma versi bahasa Inggeris. Lebih membanggakan Bahasa Melayu adalah sebuah bahasa Austronesia dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Warga Kg Kurnia Bagan Luar yang ditemui minggu lepas bersetuju dan insaf akan hal ini.
Mereka harus memilih pimpinan Melayu yang arif, bersatu dan unggul dan mengelakkan diri dari Sang Bulan Mengambang dan Sang Pauh yang sabit kesalahan.
Sekian, Selamat Maal Hijrah dan Selamat tahun baru 2010.
Wassalam
Thursday
Jatidiri, Rasional, Muslimah Melayu Islam Mulia
Salam sejahtera semua,
Jatidiri kepimpinan Melayu Bersatu terbit dari hati naluri dan didikan serta pimpinan ikhlas warga Kg Kurnia Melayu Islam. Memang jelas, nyata, terserlah keperibadian mereka. Kunjungan Ke Kg Kurnia Islam Melayu Pangkor baru-baru ini memperlihatkan keikhlasan pimpinan Melayu Bersatu berbakti kepada warganya. Seboleh mungkin, prasarana bertaraf dunia diujudkan di Kg Kurnia Melayu Islam Pangkor agar warganya senang dan rehat menikmati kemajuan hasil pimpinan terancang tersusun Islam Melayu Bersatu.
Pimpinan Melayu Islam yang sentiasa rasional inilah dapat mempertingkatkan ketamadunan dan peradaban Islam di Kg Kurnia Islam Malaysia. Jelas terpancar di wajah anak-anak watan Kg Kurnia kegembiraan dan kepuashatian mereka memperoleh ilmu dari Universiti dalam dan luar negara. Siswa dan siswi dari Kg Kurnia bangga bercerita pada rakan pengajian tentang kemakmuran Kg Kurnia Islam hasil pimpinan Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin yang bijaksana dan berpandangan jauh menjangkau pemikiran biasa. Siswi di Universiti Manchester yang di temui fasih berbahasa Melayu dan Inggeris menggambarkan pada rakan UK bahawa Pimpinan Melayu Bersatu or United Malay banyak mempertingkatkan status Muslimah Melayu Islam dengan pendekatan awareness, focus, caring dan mengguna prinsip Islam is the Way of Life. ‘Tima kacih’ to pimpinan Kg Kurnia Islam Melayu Bersatu yang mempermudahkan mereka belajar di UK.
Muslimah Melayu Islam adalah mulia dan perlu sentiasa di bimbing, dihargai jasa-jasa mereka. Jauhilah dari pimpinan Sang Rang Bulan Mengambang yang menilai wanita setaraf dengan politik jalanan mereka. Di antara contoh jelas adalah Sang Rang Bulan membuat sumpahan politik yang meletakkan Muslimah Melayu di tahap paling rendah nilainya. Fikirlah secara rasional. Pimpinan Melayu Bersatu arif dalam hal ini. Sekian….
Wassalam, Selamat menyambut Hari Raya Qurban…
Wednesday
Sdr Khairy Jamaluddin, Wawasan dan Keunggulan
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam ukhwah...
Tahniah Sdr Khairy diatas amanah lantikan memimpin pemuda Melayu Islam Bersatu. Pendokong Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin yang berkebolehan, trampil, ikhlas dan taat beliau pada keluarga anak didik Dato' Jamaluddin Abu Bakar dan Dato' Rahmah Abdul Hamid memang diakui oleh penduduk dan pimpinan Kg Kurnia Rembau. Sesungguhnya warga pemuda Melayu bersyukur atas berkat dan izin Allah Yang Esa Sdr Khairy berada ditampuk pimpinan pemuda Melayu.
Warga Kg Kurnia Rembau memang terkenal dengan ketaatan tidak berbelah bahagi warganya kepada pemerintah Islam Melayu Bersatu. Begitu juga dengan Sdr Khairy.... sentiasa berhemah dan sentiasa berpegang kepada prinsip membela rakyat tercinta. Dari telahan warga Kg Kurnia Islam Malaysia, Sdr Khairy cukup bijaksana dan sentiasa berupaya memberi buah fikiran yang tepat dan jitu, cadangan bernas dan pimpinan teraju yang 'oustanding'. Gaya pimpinan beliau seaktif dan seiring dengan didikan pemuda Kg Kurnia Rembau yang kaya dengan budi bahasa pengalas bicara dan kata.
Kata Sifu dan Professor (Universiti di mana Sdr Khairy menimba ilmu) dari Oxford University dan University College London yang ditemui di UK baru-baru ini mengiyakan lagi telahan warga Kg Kurnia Islam Malaysia. Diantara ungkapan Sifu yang saya ingat 'He is brilliant but polite'... bijaksana, ikhlas dan berbudi bahasa.... we must support him.
Sekian, satu dan padu seiring pemuda Melayu Bersatu ke puncak jaya.
Jumpa lagi, Maaf Zahir Batin
Friday
Sdr Najib, Sdr Muhyiddin and Common Sense
Assalamualaikum wbt….
Salam Ramadan …
Kebolehan dan kelebihan kedua-dua pemimpin Melayu Bersatu dan pimpinan United Malay Number One ini adalah kemampuan saudara-saudara Islam kita ini yang berfikir secara ‘common sense’ atau ‘the ability to make sensible decisions, realistic and reasonable’. Warga Kg Kurnia Islam Malaysia seharusnya bersyukur kepada Allah yang Maha Bijaksana, Pemurah dan Penyayang atas KurniaNya menzahirkan Raja dan Sultan Melayu Islam dan kepimpinan Melayu Islam Bersatu yang arif dan bijaksana. Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita menzahirkan kesyukuran dan doa agar Organisasi Melayu Islam Bersatu dan pimpinan terus memimpin dan mentadbir urus bumi Kg Kurnia Malaysia tercinta ini. Menganalisa dan menyelesai sesuatu masalah atau perkara yang mendatang dengan cara ‘common sense’ dan berdasar kepada fakta-fakta dapat menjadikan urus tadbir Kg Kurnia Malaysia begitu cemerlang sehingga di cemburui oleh negara maju lain.
Secara ‘common sense’ lihatlah bagaimana Melayu Islam Berpecah Undi di Kg Kurnia Islam Malaysia. Sehingga warga Manchester sendiri bertanya kepada saya, kenapa Melayu Islam amat mudah di putar belit oleh Sang Pauh yang sabit kesalahannya?.
Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin yang bijaksana sedar akan hal ini…
Sekian, salam ukhwah dan padu Melayu. Selamat Hari Raya.
Maaf zahir dan batin.
Sunday
Melayu Islam Ulama Bersatu
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kekuatan Melayu Islam masakini dan 100 tahun akan datang akan ditentukan oleh warga Kg Kurnia Melayu sendiri. Kunjungan saya ke Manchester baru-baru ini memperlihatkan akan ketamadunan warga Manchester mengatur pelan kemajuan warganya dalam 50 tahun akan datang. Bandar Manchester begitu teratur dan warganya amat tertib dan terbuka fikiran. Yang uniknya warganya begitu bersatu dan menghormati hak majoriti warga asalnya. University Manchester umpamanya telah ujud hampir 200 tahun sejak 1824, membekalkan warga UK dengan ilmu tadbir urus negara. Mereka begitu tekun bekerja dan sentiasa bersatu terutama melibatkan kepentingan masyarakat. Warga Kg Kurnia Malaysia Melayu pula sewajibnya melihat perkara ini dengan teliti dan fokus. Dengan umur kemerdekaan baru setahun jagung warga Melayu harus fokus kepada memajukan diri dengan ilmu, agar bangsa dan anak watan lebih terdidik. Biarlah urus tadbir di jalankan oleh bijak pandai warga Melayu Islam sebagaimana kemajuan yang telah dicapai setakat ini. Jika paduan ini tidak diikat dengan ukhwah yang kuat, Melayu Islam akan pupus dalam 50 tahun lagi.
Janganlah terpedaya dengan keinginan politik Sang Pauh yang memang jelas dan nyata membelah pecah warga Melayu, malah ditakuti menderaikan Islam sehalus kaca yang akhirnya hilang dibawa angin lalu. Contohilah majoriti penduduk Manchester yang sedar akan keperluan berpadu. Ulama Islam Melayu harus memikir bagaimana merapatkan barisan dan ukhwah persaudaraaan sesama Melayu Islam agar lebih kukuh dalam seratus tahun akan datang. Mereka perlu sedar pencapaian Melayu Islam masih terlalu 'superficial' atau kecil dan tidak kukuh. Tidak perlu ulama Islam menjadi ahli politik yang hebat atau bercita-cita menerajui negara. Lihatlah negara Islam lain yang kebanyakan ditadbir oleh bukan 'tok guru' namun masih gagah melandaskan kemurnian Islam dijalan yang betul. Ahli bijak agama Islam Melayu patut fokuskan perpaduan sesama Islam dan bukan membawa budaya menolak Islam Melayu yang lain. Lihatlah dengan fikiran terbuka keikhlasan pimpinan Melayu Islam bersatu Sdr Najib dan Muhyiddin yang ikhlas bekerja dan sentiasa menekankan kepentingan berpadu dan saban hari tidak lekang untuk mengajak warga Melayu dan warga Malaysia berpadu demi kesejahteraan Kg Kurnia Islam Malaysia. Sesungguhnya bakti sekecil zarah atom akan diberkati oleh Allah yang Maha Bijaksana.
Sekiam, wassalam
Thursday
Miskin Sederhana Kaya Usaha Multi Sektor
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Peralihan dan urusan tadbir urus Kg Kurnia Malaysia oleh Kepimpinan Melayu yang Bersatu dan rakan gandingan perikatan kaum lain yang prihatin dan penyayang telah melahirkan warga Kg Kurnia Malaysia dari keadaan miskin kepada satu keadaan yang sederhana dan mewah kaya fizikal dan spiritual.
Kemajuan yang dikecapi oleh warga Kg Kurnia sentiasa disyukuri dan dinikmati sebaiknya oleh warga yang tahu menilai dan melihat dengan mata hati dan akal akan perubahan ketara Kg Kurnia Malaysia dari era pokok getah, sawah, kawanan ombak laut China Selatan dan Selat Melaka, menjadi era industri, otomotif dan khidmat yang lebih kompetetif dan maju. Lihat sahaja di bandar dan pekan semua warga Kg Kurnia Malaysia bersantai, berehat dan menikmati hirupan air kopi bagi menzahirkan kenikmatan hidup di Kg Kurnia Malaysia tercinta.
Begitulah hakikat hidup di bumi bertuah Kg Kurnia Malaysia. Yang berusaha pasti berjaya berkat dimudah cara oleh kepimpinan Melayu Bersatu dan sahabat kaum. Prasarana, mudah tunai, modal disediakan pada setiap individu, kumpulan, syarikat, koperasi dan termasuk warga kg kurnia Sang Rang Bulan semuanya asalkan sahaja usaha gigih berjayalah akhirnya. Para pimpinan Melayu Bersatu khususnys Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin dan barisannya sedar akan hal ini.
Apa yang dibelit oleh Sang Pauh dan rakan adalah bila warga kg Kurnia miskin semua adalah salah wakil Melayu Islam Bersatu atau Barisan, sedangkan setiap tugas dan tunjuk cara memajukan warga Kg kurnia Malaysia mestilah dibuat secara multi sektor, atau dengan erti kata lain beban atau tugas tersebut terletak pada, sebagai contoh, individu itu sendiri, ketua masyarakat, ketua kg, ahli majlis, majikan, imam, bilal dan ikut mudah kata 'setiap orang' dalam Kg Kurnia Malaysia. Warga Kg kurnia Malaysia yang sedar akan perkara ini berkata pada teman, ungkapan keliru kesukaan Sang Pauh dan rakan-rakannya, "kalau rakyat miskin ini mesti sebab wakil rakyat Melayu Bersatu sebagai punca". Itulah yang di ulang-ulang. Sedangkan kerajaan sekarang dan terdahulu diakui pimpinan dunia adalah yang terbaik. Orang Kg pun tahu Sang Pauh sememangnya sedang menikmati kemajuan Kg Kurnia Malaysia sementara penyokong Sang Pauh termundar mandir ditengah terik mentari 'menikmati' kesusahan belitan Sang Pauh sendiri.
Sekian wassalam, selamat menikmati percutian sekolah.
Saturday
Bersatu Melayu Jambatan Kepimpinan Satu Malaysia
Salam ukhwah......
Jelas satu idea yang padat, merangkumi semua, sesuai, mudah difahami, nyata dan jelas. Ketua Kg Kurnia Malaysia bijaksana, Sdr Najib dengan gagasan dengan misi dan visi yang mudah yang fokus kepada rakyat dan warga Kg Kurnia Malaysia diyakini dapat membawa warganya kemercu gemilang mengharungi ketidakstabilan ekonomi. Pimpinan masyarakat Melayu dan kaum lain mengakui dan menyedari dengan Bersatunya Melayu, pendukung kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Malaysia akan menderaskan pemulihan niaga bisnis dari pasar malam, kedai runcit, pasar rabu, pasaraya dan pasaran saham Kg Kurnia Malaysia. Ini dapat jelas dilihat di seluruh Kg Kurnia Malaysia ekonomi perniagaan bangkit disana sini.
Paksi kemajuan Kg Kurnia Malaysia bermula dari Kesultanan Melayu Melaka, diikuti Sultan Pemerintah Melayu Islam lain seperti Johor, Selangor, Pahang, Perak dan semua negeri kesultanan Melayu Islam. Satu bukti jelas kebijaksanaan Pemerintah Melayu Islam yang berjalan seiring dengan pimpinan organisasi pecinta negara Melayu Bersatu dapat membawa dan mengekalkan kelajuan pusingan paksi kemajuan Kg Kurnia Malaysia. Ikatan padu warga kg ini mesti dikekalkan bagi memastikan keharmonian ekonomi dan jalin mesra penduduk semakin gemilang.
Pegangan kukuh prinsip urus tadbir Kg Kurnia Malaysia Johor sebagai contoh, warganya yang tidak mudah digoyah dek mainan Sang Pauh penjana demo jalan yang tidak menghormati pimpinan Melayu Bersatu Islam . Warga-warga ini sedar kepahitan jerih membangun Kg Kurnia sehingga gah perlu kepimpinan Melayu Bersatu yang bijaksana. Kesyukuran pada Yang Esa lahir dibumi bertuah Melayu Islam perlu ditanamkan kepada semua warganya muda dan dewasa tanpa mengira kaum. Jadikan perbezaaan kaum dan agama sebagai satu keunikan bukan bebanan.... Melayu Bersatu Satu Malaysia
Sekian, jumpa lagi wassalam.
Berubah Dinamik Organisasi Gemilang Sejahtera
Perubahan pimpinan berhemah Melayu Bersatu kepada Sdr Najib yang bijaksana dan ikhlas berkhidmat secara bertata susila, terancang dan tersusun adalah antara kriteria penting dalam memastikan Kg Kurnia terus gemilang seiring dengan masa dan keadaan. Dinamik ‘dynamic’ berubah ‘change’ organsisasi atau pertubuhan perlu bagi memastikan sesuatu organisasi itu dapat menyesuaikan diri mengikut kemajuan dan ‘advance knowledge’ masa dan ilmu. Melayu Bersatu sebagai organisasi telah membuktikan atau memenuhi kriteria ini. Dengan cara yang sederhana dan ber tata susila, ‘change’ ini telah berjaya mengubah Kg Kurnia Malaysia dan warganya yang bijaksana dari landskap atau Kg tradisional kepada Kg Kurnia gemilang yang masih mengekalkan adat susila budaya tradisionalnya. Sdr Najib, Muhyiddin dan anak buahnya memang cukup jelas dengan keperluan Melayu Bersatu berubah dan apa yang perlu di buat. Syabas di ucapkan. Perubahan yang jelas dan nyata ini disokong oleh warga Kg Kurnia Malaysia yang bijaksana dan cendiakawan di menara gading. Tulisan-tulisan ilmiah dari warga para cendiakawan ini di media masa membuktikan dan mengiyakan ‘change’ atau perubahan tersebut. Cara urus tadbir dibincang bersama bagi menambahkan keberkesanannya.
Warga cendiakawan menara gading yang ditemui baru baru ini juga mengutarakan kebimbangan mereka atas media yang dipelopori Sang Pauh, Sang Lexus dan Sang Rang Bulan. Professor dan Pakar Perunding atau ‘Sifu’ dengan ikhlas berkata, dalam 50 tahun kita merdeka, lidah rasmi Sang Pauh, Sang Rang Bulan dan ‘geng-gengnya’ tidak pernah berubah, tidak ada unsur ilmiah, hanya tulisan orang yang kecewa dan putus asa, sementara Sang Pauh suka benar mencerca merba saudara serumpun seIslam Melayu Bersatu. Yang sedih, bila Sang Kar berkata-kata semua disetujui Sang Pauh. Tambah Sifu tersebut, antara ayat kesayangan Sang Pauh adalah ‘ lawan tetap lawan’ yang menjadikan ikutan segelintir warga muda Kg Kurnia Malaysia melawan ibu-bapanya sendiri, pelaksana undang-undang dan menimbulkan masalah peradaban kepada Kg Kurnia Malaysia tercinta ini.
Jom ke Masjid dan Solah. Ubah kepada ‘ Solah tetap solah’
Sekian. Wassalam
Thursday
Kedaulatan Undang-Undang Muzakarah Kualiti Rakyat Selamat
Salam sejahtera warga Kg Kurnia Malaysia…
Tadbir urus Kg Kurnia Malaysia diasaskan, dijalankan dan didokong oleh undang-undang. Warga Kg Kurnia Malaysia, baik yang tinggal di kampung di pulau terpencil di Daerah Mersing hinggalah di Kota Raya di Kg Kurnia Kuala Lumpur begitu setia dengan Sultan dan Raja Pemerintah Islam adil dan bijaksana. Kepatuhan kepada pemerintah dan undang-undang didorong dan dimudahcara dengan asas pendidikan bertaraf dunia warga Kg Kurnia Malaysia.
Menggubal undang-undang sudah tentunya didraf, dibincang, dihalusi oleh warga Kg Kurnia yang bekerja di jabatan yang berkaitan. Undang-undang alam sekitar sebagai contoh di gubal oleh pakar-pakar alam sekitar Kg Kurnia Malaysia. Penggubalan ini pada akhirnya bertujuan untuk melindungi dan menjaga keselamatan dan kepentingan warga, rakyat dan semua lapisan masyarakat Kg Kurnia Malaysia. Tidak kira samada undang-undang itu mudah, keras atau mungkin melanggar ‘hak asasi’ warga Kg Kurnia, keputusan mengadakan undang-undang adalah muzakarah dan hasil kerja kumpulan, persatuan, kesatuan, NGO dan lain-lain termasuk ahli politik. Fakta inilah harus didedah, disampai atau ‘reveal’ agar warga Kg Kurnia tidak terpengaruh dengan strategi belitan Sang Pauh dan rakan-rakan yang sering menimbulkan ketidakpuas hati jika sesuatu perkara atau keputusan tidak memihaknya, sehingga warga Kg Kurnia melihat pelaksana undang-undang (pasukan keselamatan) lebih buruk dari penjenayah. Sedangkan pelaksana undang-undang di Malaysia adalah yang terbaik, jujur dan ikhlas.
Dari pengamatan bijak pandai Kg Kurnia Malaysia, Sang Lexus, Sang Pauh dan Sang Siang akan terus mengelirukan warga Kg Kurnia Malaysia untuk ‘personal interest’ mereka. Dalam perbualan ringkas dengan Sang Pauh dengan selamba berkata “ biar saya buai warga Kg Kurnia Malaysia dengan impian kosong, my main priority” tersengih lalu berlalu.
Sekian, fikirkanlah. Daulatkan Undang-Undang. Ucapkan terima kasih kepada pelaksana undang-undang yang ikhlas berkhidmat demi meningkatkan kualiti hidup rakyat selamat.
Sekian, wasalam. Jom solah
Friday
Integriti Benar Mudah Melayu Bersatu ‘Islam is the way of life’
Salam sejahtera semua…
Jelas dan mudah akan kesederhanaan Melayu Bersatu Islam dalam mentadbir Kg Kurnia Islam Malaysia. Tidak terlalu ekstrim, pendekatan terbuka, berlandaskan hakikat atau fakta sebenar. Hasil dari cara hidup mudah ini telah menyatakan dengan terang bahawa Islam cukup sederhana atau ‘Islam is the way of life’.
Integriti ini sentiasa diamalkan oleh semua warga Kg Kurnia. Amat benar dan mudah pendekatan pimpinan Melayu Bersatu hingga ada kalangan warga Kg Kurnia berkata ‘masuk Islam’ bererti ‘masuk Melayu’- sungguh unik. Sdr Najib, Sdr Muhyiddin dan Tun memiliki kriteria ini dan perkara ini sentiasa disyukuri oleh anak-anak muda dan warga Kg Kurnia diseluruh pelusuk kampong dan bandar.
Bijak pandai warga Kg Kurnia Malaysia sedih melihat keekstreman ‘extreme’ perkara yang berlaku di Kg Kurnia Selangor di mana Sang Lexus mengamalkan budaya taksub dengan membenarkan Sang Lanjn berada di posisi tadbir, sedangkan orang yang berada diposisi tadbir Kg Kurnia sepatutnya bebas dari kontroversi yang jelas dan nyata. Ditakuti anak-anak muda Kg Kurnia terikut-ikut cara hidup Sang Lanjn yang bebas dan tidak berpendekatan Islam. Warga bijaksana merumuskan perkara taksub ini berlaku kerana Sang Lexus dipimpin oleh Sang Pauh yang telah sabit kesalahan dimasa lepas dan kes yang hampir serupa dengan Sang Lanjn.
Ya Allah jauhkan Kg Kurnia Selangor dari pimpinan Sang Lexus.
Sekian. Wassalam
Thursday
Sdr Najib Sdr Muhyiddin Exora Visi Misi
Salam sejahtera….
Integriti pimpinan Melayu Bersatu atau ‘United Malay (UM)‘ yang diterajui oleh Sdr Najib yang bervisi, bermatlamat dalam urus tadbir negara, tegas tetapi prihatin, terserlah sejak dari zaman pengajiannya di dalam dan luar negara. Kelebihan unggul Sdr Najib adalah dari aspek teknikal mentadbir, melaksana sesuatu program dan pelan pembangunan fizikal, mental dan sahsiah warga Kg Kurnia Malaysia. Aspek kemahiran teknikal tadbir urus negara dan politik yang dimilikinya melengkapkan terimaan baton pemerintahan Kg Kurnia Malaysia. Pada hemat saya dan rata-rata warga Kg Kurnia Malaysia mengiakan kebolehannya. Kepimpinan kaum Cina dan India, Kg Kurnia Terengganu yang saya temui hujung minggu lepas merasa begitu selesa dengan kepimpinan Sdr Najib. Seingat saya,beberapa pimpinan muda kaum Cina dengan begitu yakin berkata, “Air muka beliau begitu ikhlas dan tulus, saya yakin Kg Kurnia Malaysia akan terus maju, sejahtera dan aman, saya percaya sama dia”.
Dokongan Sdr Muhyiddin melengkapkan lagi bakat kepimpinan UM. Sdr Muhyiddin selain dari bijak berurusan tadbir negara beliau memang secara teknikal seorang yang ‘hands-on’, tidak menunggu orang lain melaksanakan sesuatu pelan tindakan tetapi beliau dahulu yang memulakannya. Dalam mentadbir negara beliau sentiasa mengimbangi keperluan masyarakat dan tidak terlalu berpolitik ketika menjalankan tugas. Itulah diantara keunggulan pimpinan Kg Kurnia Malaysia dokongan UM yang sentiasa memastikan kepentingan negara, rakyat dan agama berada di tempat yang sewajarnya.
Dengan paduan pimpinan pemuda, wanita dan anak-anak bijak pandai Melayu dan kaum-kaum Kg Kurnia Malaysia, adalah diyakini Kg Kurnia Malaysia akan terus maju, berpadu, prihatin dan warganya akan saling menyayangi antara satu sama lain. Bukti yang jelas dan mudah adalah kemunculan Exora berprestij, hasil dari kejuruteraan anak-anak warga Kg Kurnia Malaysia yang bijaksana, yang terhasil dari pelan pembangunan Kg Kurnia Malaysia, yang sudah tentu hasil kejayaan pimpinan UM terdahulu dan sekarang yang bervisi dan misi yang jelas. Pesan warga bijak berfikir dan rasional, “Jangan terpedaya dengan Sang Pauh yang sentiasa menggunakan perkataan ‘rakyat’ dalam ceramah, dan slogannya tetapi hakikatnya Sang Pauhlah yang menghalang, melambat dan menggangu perjalanan Kg kurnia Malaysia menjadi lebih gemilang”. Terima kasih Melayu Bersatu dan warga-warga Kg Kurnia Malaysia yang sentiasa bersyukur.
Sekian, wassalam
Saturday
Budaya Jiwa Sejahtera Cara Hidup Kekal Aman
Salam sejahtera Warga Kg Kurnia ….
Pembudayaan kemesraan warga Kg Kurnia di seluruh Malaysia jajahan Sultan Pemerintah Islam bijaksana telah melahirkan warga Kg Kurnia hidup selesa sejahtera. Hubungan yang erat antara pelbagai kaum warga di kampung-kampung Kg Kurnia begitu erat dan padu. Dengan berlandaskan Islam sebagai cara hidup, perjalanan kemasyarakatan warga Kg Kurnia ke arah Kg Kurnia Malaysia moden Islam bertaraf Negara Islam maju memang sentiasa disyukuri oleh warga Kg Kurnia. Kedominanan Islam dan warga Melayu yang berbudi bahasa, sedia berkongsi rezeki sesama kaum lain menjadikan Kg Kurnia Islam Malaysia begitu unik dan dikagumi, disebut dan cemburui oleh negara-negara lain yang berlandaskan demokrasi dan kebebasan sebenar (total).
Memang musuh-musuh Islam tidak sabar melihat Kg Kurnia Islam Malaysia tidak stabil, sering berbalah antara warga dan seterusnya huru-hara. Landasan berkembar Islam dan cara hidup yang dibina oleh pimpinan Melayu Islam terdahulu wajar di hayati dan dikekalkan oleh warga Kg Kurnia sekalian. Jasa Pimpinan Pertubuhan Melayu Islam Bersatu memimpin Kg Kurnia Malaysia telah membuktikan segalanya. Kunjungan ke`Kg Kurnia Malaysia Johor, Melaka, Kg Utara, Sabah dan Sarawak dimana warganya merasa pelik bagaimana disesetengah Kg Kurnia Malaysia warganya mudah dipengaruhi oleh Sang Pauh dan rakan-rakannya. Pada hemat saya dan warga Kg Kurnia lain, Sang Pauh bukan sahaja telah memecahkan perpaduan Melayu tetapi yang paling warga Islam Melayu terkilan dan sedih adalah Sang Pauh telah memecahkan padu jiwa warga Islam Melayu yang sahadahnya sama dan murni. Kuasa undi Islam telah dipecah oleh Sang Pauh yang masih mempunyai kes tata kelakuan peribadi berulang kali kedua yang tidak baik dan belum selesai. Bukti jelas yang tidak perlu menggunakan kaedah pemikiran yang mendalam.
Jangan sia-siakan kejujuran, keikhlasan, keperibadian tulus dan bersih pimpinan Melayu Bersatu Padu Islam.
Bersama Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin serta pimpinan lain membawa Kg Kurnia Malaysia kepuncak keamanan dan sejahtera.
Sekian wassalam
Sebenar Pemimpin Ikhlas Berbakti Tulus
Salam sejahtera...
Allahyarham Tun Razak telah lama meninggalkan Kg Kurnia Malaysia. Namun kegemilangan, kesabaran dan keperihatinan kepada warga Melayu Islam dan kemakmuran Kg Kurnia Malaysia amnya, jasa-jasa beliau memimpin Kg Kurnia Malaysia masih meniti dibibir setiap warga Kg Kurnia Malaysia dan Kg Kurnia Pahang Pekan. Itulah kelainan Tun Razak yang berkebolehan melihat dalam 50 tahun akan datang, anak-anak Melayu bijaksana akan terus memimpin Kg Kurnia Malaysia dengan taraf hidup yang setanding dengan negara lain. Pimpinan sepenuh hati Tunku, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Abdullah dan Tun Mahathir terhadap Kg Kurnia Malaysia melalui sebuah Organisasi Melayu Bersatu membuktikan keyakinan negarawan ini kepada Organisasi yang dianggotai mereka. Sebagai pemimpin dan ahli, mereka tahu bertanggungjawab dan apa yang perlu dibuat demi agama, bangsa dan negara.
Alhamdulilah, Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin dan Naib-Naib mewarisi keperluan dan ciri-ciri negarawan berkat didikan formal dan pergaulan dengan negarawan ikhlas hati berkhidmat. Yang uniknya kaum-kaum lain juga sama-sama membangunkan Malaysia tercinta dan masing-masing tahu peranan yang perlu dipikul. Kebolehan pimpinan ini membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan warga Kg Kurnia dan kemajuan selesa, bagaimanapun ada kalanya tidak dapat difahami oleh warga Kg Kurnia dek kesibukan bekerja selain faktor akses kepada maklumat. Jurang cara berfikir dan kurang maklumat ini perlu diatasi bagi mengelakkan disalah guna oleh Sang Penglipurlara yang buat masa ini didalangi oleh Sang Pauh dan Sang Lexus. Contoh yang jelas adalah kebolehan Tun membuat keputusan meminta Sang Pauh mengundur diri secara terhormat dari barisan kabinetnya.
Nyata Sang Pauh bukan seorang pemimpin ikhlas berjuang, kerana apabila kepentingan dirinya tidak dipenuhi, politik ‘sampai hati’ mencerca rakan karib semasa dalam kabinet sekarang menjadi falsafah politiknya. Yang paling menyayat hati adalah Sang Pauh, Sang Lexus dan Sang Pokok sanggup mencerca rakan karib Islam dalam setiap ucapan mereka demi meraih sokongan. Istigfarlah.
Kesimpulannya, bertautlah pimpinan Melayu, Islam berhemah. Keikhlasan berjuang untuk agama tercinta yang diperlihatkan oleh Melayu Bersatu perlu dibajai selalui agar akar tautannya bertambah kukuh.
Wassalam
Friday
Kg Kurnia Malaysia Pekan Pahang Fokus Bijaksana Berhemah Trampil Syukur
Salam Sejahtera Warga Kg Kurnia Malaysia…
Alhamdulilah, syukur semoga pimpinan Kg Kurnia Malaysia sentiasa diberkati Allah. Perlantikan Sdr Najib mengurus tadbir bumi tanah bertuah Melayu Islam tercinta ini benar-benar membawa rahmat pada warga Kg Kurnia Malaysia. Bumi bertuah Kg Kurnia Pekan Pahang Negeri Makmur dan warganya syukur dan bangga, warga anak didik Tun Razak tenang dan tabah berhati mulia. Kata-kata spontan warga Kg Kurnia Pekan semasa tugas rasmi di sana jelas menggambarkan keikhlasan warga Kg kurnia Pekan bersyukur kehadrat Allah Yang Esa. Satu lagi bukti jelas turutan pimpinan Kg Kurnia Melayu Berpadu yang berkualiti tinggi dan begitu fokus membawa warga Kg Kurnia Malaysia kearah warga berfikiran positif.
Warga Pekan Bandar Diraja Sultan Pemerintah Pahang Islam Bijaksana berjiwa Rakyat membesar bersama Sdr Najib berlatarkan temuan sungai Pahang mengalir jernih air menyuburkan tanah susur sungai mengurniakan warisan pimpinan Melayu Islam berjiwa kuat berhemah tinggi. Sokongan berterusan, padu kerja, muhibah, fokus warga kepada pimpinan Melayu Islam Bersatu Sdr Najib, Muhyiddin, Ketua kaum lain dan barisannya sudah pasti akan mendapat Rahmat Allah dan akan dapat membawa warga Malaysia sejahtera, aman, maju dan keterhadapan dalam segala segi.
Dari kaca mata, selidikan, amatan, telitian dengan fikiran terbuka dan insaf pada hemat hamba dan rakan, ciri-ciri pimpinan dan tutur ucap Sdr Najib dan pimpinannya sungguh fokus kepada sejahtera. Sebaliknya kata-kata dongeng belitan kuat oleh Sang Pauh, Sang Pokok dan rakan-rakannya sesungguhnya penuh dengan ketidak benaran, suka merendahkan Pimpinan Melayu Islam yang pernah menjadi rakannya sendiri satu ketika dulu. Sang Lexus umpamanya, di Kg Kurnia Selangor hanya pandai dan sangat sibuk mencari salah pimpinan Kg Kurnia terdahulu (mungkin kerana Sang Lexus berguru dengan Sang Pauh Penglipur yang apabila didepan pengikutnya perkataan-perkatan cerca marba kepada pimpinan Melayu Islam sentiasa dibibirnya), sedangkan ramai warganya yang hilang kerja tidak dibantu. Itulah dikatakan politik ‘sampai hati’ Sang Pauh yang bermaksud sanggup mengaibkan rakan Islamnya yang lepas atau yang tidak sependapat dengannya. Sepatutnya Sang Lexus memandu warga Kg Kurnia berfikiran positif, mengajar pekerti yang baik, bertamadun dan belajar bersyukur hasil kerja Keras Sdr Dr Pimpinan Melayu yang lepas.
Akhir kata, Ucapan Tahniah kepada Sdr Najib anak didik Kg Kurnia Pekan Pahang dan terima kasih Tun Abdullah atas jasa urus tadbir Kg Kurnia Malaysia Islam Tercinta ini. Dengan izin Allah Kg Kurnia Islam Malaysia akan bertambah sejahtera dan bertaut kukuh Pimpinan Melayu Islam.
Jauhkan politik ‘Sampai hati’
Wassalam…
Sunday
Perancang Tamadun Permudah Pelaksana Kg Kurnia Sejahtera
Assalamualikum dan Salam Sejahtera…
Tahniah atas Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin atas izin Allah berada dipersada urus tadbir Kg Kurnia Malaysia minggu lepas. Terserlah kebijaksanaan warga Kg Kurnia Melayu memilih pimpinan Kg Kurnia bumi bertuah dan makmur ini. Susun atur pimpinan Pemuda Muafakat Melayu Islam, Wanita Islam Bersatu Melayu, ‘United Malay’ dan semua wakil Kg Kurnia Islam cukup berhemah, adab susila disusun, perbahasan penuh makna dengan semua wakil warga Kg Kurnia silih berganti menyusun kata membawa pesan dari Kg Kurnia masing-masing. Pemilihan pimpinan dari kepelbagaian latarbelakang, profesionalisme, pengalaman dan ilmu dunia dan akhirat dikalangan warga Kg Kurnia Malaysia Melayu Muafakat dirahmati oleh Allah dan diterjemahkan kebijaksanaan dan keberkatan tersebut menjadikan keunikan pelan pembangunan warga dan Kg Kurnia dapat dicapai dengan berjaya bergemilang.
Setiap perancang ketamadunan Kg Kurnia Malaysia di permudahkan oleh pimpinan bijaksana terpilih Melayu bersama anak-anak watan bijak cerdik dilaksana dengan jayanya. Faktor - faktor penyebab kejayaan, faktor penggalak warga Kg Kurnia bekerja lebih keras dan faktor pemboleh jaya sesuatu pelan rancangan pembangunan memang sentiasa dan wajib diambil kira agar hasil dari sesuatu dasar dan pelan rancangan Kg Kurnia akhirnya menjadikan warga dan rakyat Kg Kurnia sejahtera. Dalam erti lain, sejahtera taraf hidup, pemikiran, budaya dan kualiti hidup seharian masyarakat bertambah baik dan sentiasa dirahmati Allah.
Sebagai warga Kg Kurnia Malaysia berhemah, kita perlulah bertindak secara berfikir dan menggunakan semua lima pancaindera kurniaan Allah ketika memilih pimpinan. Jauhi dari pimpinan Sang Pauh, Sang Bawah Pokok, Sang Kar, Sang Siang, Sang Gua dan Sang Rang Bulan yang tidak mengamalkan cara berfikir bertamadun dan cendiakawan, tetapi mengguna warga Kg Kurnia yang miskin segala segi untuk politik jalanan dan politik poket sendiri. Sang Pauh sebagai contoh hanya fikir bagaimana membelit fikiran pengikutnya yang memang miskin ilmu dan harta (ada pengikutnya jejak KLIA pun tak pernah akibat kekangan ekonomi/pendapatan). Walaupun ucapan Sang Pauh dan Sang Pokok seperti benar belaka, tetapi sebenarnya dalam benak fikiran mereka hanya terbayang hotel mewah luar negara yang akan dikunjungi saban bulan, sambil menikmati segelas air jus buah anggur berwarna biru coklat berais. Tentang makan minum pengikutnya, Sang Pauh dan Sang lain memang tidak peduli.
Sekian, bersyukurlah diatas kurnia Allah kepimpinan sejahtera Kg Kurnia Malaysia. Wassalam
Tuesday
Kekuatan Tiga Menteri Besar Unggul
Assalamualikum wbt,
Sdr Najib, Sdr Muhyiddin dan Sdr Dr Khir merupakan ‘Mitsubishi’ mengikut bahasa Jepun atau tiga permata Menteri Besar Kg Kurnia Pahang(P), Kg Kurnia Johor(J) dan Kg Kurnia Selangor(S). Mereka merupakan permata-permata yang melambangkan kualiti kepimpinan Melayu yang diakui kebolehannya dalam mentadbir Negara. Kualiti tadbir urus ketiga-tiga permata ini yang mempunyai pengalaman yang cukup luas, tenang menghadapi cabaran, yakin pada diri sendiri dan mempunyai nilai murni membangun warga Kg Kurnia Malaysia.
Keseimbangan pendekatan cara kerja saudara-saudara Islam kita ini diyakini akan dapat membawa jauh Malaysia ke mercu kejayaan yang gemilang. Bukti jelas didepan pancaindera warga Malaysia, ketiga-tiga negeri Kg Kurnia PJS ini amat menyerlah ketamadunannya berbanding dengan negeri Rang Bulan Mengambang.
Untuk warga Kg Kurnia Melayu Islam, kukuhkan dan kuatkan daya juang diri bersama Mitsubisi ini demi kemajuan Bangsa Melayu, Agama Islam dan Kg Kurnia Islam Malaysia.
Wassalam dan sejahtera sentiasa.
Sunday
Selesa Teratur Wibawa Melayu Muafakat
Kepimpinan Ketua Melayu Kampung Kurnia Malaysia akan berhimpun dengan Ketua Ketua Kg Kurnia seluruh Malaysia pada minggu hadapan. Pelepasan skrol urus tadbir dari Sdr Abdullah yang berhemah dan bijaksana kepada Sdr Najib yang taat setia, bertanggungjawab dan bervisi ketika menutur kata berkat dari didikan dan asuhan Yg Bhg Tun Razak yang amat bertumpu membela masyarakat Melayu Kg Kurnia Malaysia dizamannya, serta didokong Sdr Muhyiddin harus disyukuri dan disambut dengan doa ikhlas dari seluruh warga dan rakyat Kg Kurnia Malaysia. Pada hemat saya, peralihan urus tadbir ini sungguh bertamadun, penuh dengan aturan, selari dan seiring dengan sifat orang Melayu yang sayangkan pemimpin dan taat setia kepada Raja dan Sultan Pemerintah Islam.
Pertukaran yang berwibawa ini telah, dengan nyata dan jelas, terbentang didepan warga Kg Kurnia akan kemakmuran Kg Kurnia Malaysia. Seluruh warga Melayu dan kaum lain seiring dan bersama menikmati kebahagian hidup di bumi bertuah Kg Kurnia Malaysia. Kaum lain juga turut meraikan setiap kedatangan dan peralihan Ketua Kg Kurnia dengan sokongan kehadiran wakil kaum lain berhimpun bersama. Dengan berkat Allah jua akan bertambah makmur Kg Kurnia Malaysia tercinta ini.
Keberadaban peralihan ini sungguh cemerlang dan berbeza sekali dengan cara berpolitik Sang Pauh, Sang Pokok, Sang Siang dan Sang Kar. Sang Pauh dengan Sang Siang dengan putaran dongengnya telah pinta Sang Ikut di Pinang Pauh turun pangkat. Sungguh sedih melihat pengikut-pengikut Sang Pauh yang rata-rata Melayu dan kaum lain yang hidupnya kais pagi makan pagi di Kg Kurnia Pinang ditambah dengan ekonomi turun naik dan urus tadbir kelam kabut (chaos) akibat kepimpinan yang lemah, tidak berpengalaman, tidak yakin dan mementing kantung poket sendiri, maka makin sempit kehidupan pengikut dan warga Kg Kurnia Pinang. Perkara ini diakui secara spontan (sukarela bercerita) oleh warga-warga Pinang ketika jejak kaki ke utara baru-baru ini. Memang gaya Sang Pauh yang suka duduk senang di Hotel Mewah (hasil dari elaun wakil rakyat dan titik peluh pengikutnya) di luar negara menghirup Jus Oren manis lazat bagi menghilangkan sakit tekak membelit cerita kepada Sang pengikutnya. Itulah hakikatnya.Sedarlah.
Walau apa pun, syukur kehadrat Allah atas kurniaNya Kg Kurnia Malaysia sentiasa aman dan tenteram. Sudah tentu limpahan Kurnia Allah yang Maha Kaya dan Maha Mengasihani dan berkat kepimpinan Melayu Islam yang bijaksana, mudah dan praktikal. Kepada Sdr Najib, Muhyidin dan pimpinan lain selamat menerima tadbir urus Kg Kurnia Malaysia Tercinta moga sentiasa sihat sejahtera warga Malaysia.
Sekian. Selesa Teratur Wibawa Melayu Muafakat. Wassalam
Friday
Melayu Kg Kurnia Kekuatan Padu Malaysia
Assalamualaikum semua,
Ketua Kg Kurnia Malaysia, Sdr Abdullah akan melepaskan baton pimpinan kepada Ketua Kg Kurnia Malaysia yang memang sudah diakui kewibawaannya,Sdr Najib, hasil didikan Yg Berbahagia Tun Razak yang cukup ikhlas berjuang, bekerja, memikir dengan bijaksana, mengutamakan rakyat penduduk Kg Kurnia dalam segala segi supaya sejahtera aman sentiasa. Gaya penyampaian baton yang cukup berhemah ini melambangkan bahawa Melayu Kg Kurnia Malaysia telah mencapai tahap dan aras ketamadunan yang tinggi, berilmu, jatidiri kuat, urus tadbir Islam gemilang dan bervisi jelas dan praktikal. Kombinasi pimpinan Melayu dengan Sultan pemerintah Melayu Islam adil bijaksana berjiwa rakyat, akan berjaya dengan gagahnya membawa Kg Kurnia Islam Malaysia ketahap yang selesa serta dapat mengharungi ketidaktentuan ekonomi sejagat yang melanda masa kini.
Begitu juga dengan peralihan kepimpinan muda Melayu gemilang yang memang cerdik pandai anak-anak watan Kg Kurnia Malaysia lahir selepas merdeka yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada pimpinan Melayu Islam terdahulu. Mereka juga mempunyai latar belakang urus tadbir Kg Kurnia yang setiap keputusan dibuat pertimbangan demi kesejahteraan hidup warganya. Sdr Khir, Khairy dan Mukriz memang diakui mempunyai kelebihan masing-masing dan saling melengkapi diantara satu sama lain dan jika andainya dibenarkan Kg Kurnia mempunyai lebih dari seorang, ketiga-tiga pimpinan ini dapat membawa Kg Kurnia Malaysia kearah yang lebih gemilang.
Bagi warga Kg Kurnia yang masih terikut-ikut Sang Lexus dan Sang Pauh, perlu memikir dengan aman, sejahtera, sedar dan berdasarkan bukti didepan mata bahawa kesenangan yang dikecapi bersama bukan datang secara semula jadi tetapi berkat Kurnia Allah, hasil kekuatan padu Malaysia. Jauhkan diri dari umang-umang Sang Pauh dan Sang-Sang lain yang saban tahun bercuti ke luar negara, bersenang lenang di Eropah, minum jus manis lazat di hotel mewah yang sudah tentu hasil elaun sebagai wakil rakyat pilihan rakyat yang dikelirukan oleh Sang dan rakan-rakannya, sementara penyokongnya yang kebanyakan miskin, berpendapatan cukup makan seperti kehilangan arah panduan, berdemo tidak sudah-sudah.
Yang sedihnya Ketua Kg Kurnia yang di ketuai Sdr Abdullah, Najib dan barisannya yang bekerja tanpa mengira masa dicemuh begitu sahaja oleh Sang Pauh dengan kata-kata yang tidak enak didengar.
Sekian, Melayu Islam Padu Malaysia Gemilang. Wassalam
Bajet Stimulus Kg Kurnia Sejahtera
Salam sejahtera semua warga Kg Kurnia Malaysia...
Bajet, belanjawan, rangsangan ekonomi berhemah penduduk sejahtera. Belanjawan bijaksana dari Ketua Kg Kurnia jelas akan memberi kesan sejahtera kepada warga penduduk semuanya. Bagi penduduk Kg Kurnia yang arif, berfikir, menilai dan menganalisa sesuatu perkara dengan sedar dan sentiasa yakin dengan rahmat Allah, mereka amat gembira kerana pemerintah Kg Kurnia masih mempunyai kewangan yang kukuh berkat dari kesungguhan semua warga Kg Kurnia bekerja dan mencari rezeki di bumi bertuah ini.
Persoalannya adalah siapa yang menyumbang, menyedia dan memberi buah fikiran bajet kg Kurnia Malaysia? Sudah pasti mereka adalah anak-anak Kg Kurnia sendiri yang terdiri daripada pakar-pakar ekonomi, bijak pandai anak Kg Kurnia Malaysia yang terhasil dari rancangan urus tadbir Kg kurnia. Warga Kg Kurnia telah maklum akan penghantaran anak-anak Kg Kurnia ke luar negara untuk menimba pelbagai ilmu urus tadbir yang akan diguna pakai oleh Kg Kurnia. Kebijaksanaan anak-anak bangsa kita itu, ditambah dengan kegigihan Ketua Kg Kurnia yang diteraju Sdr Abdullah dan Sdr Najib dan didokong oleh barisan bijaksana pelbagai parti dan kaum telah merumuskan bajet yang pada hemat saya bijaksana dan berimbang. Kebenaran ini harus dan wajib dijelaskan pada warga Kg Kurnia agar sentiasa memberi sokongan padu kepada Ketua Kg Kurnia Malaysia mengurus tadbir ekonomi. Dengan sokongan ini, secara sendirinya kita mengakui bijaksana, cerdik pandai anak bangsa kita sendiri.
Dalam banyak perkara kita mesti yakin dengan anak-anak kita sendiri yang merancang dan menyedia bajet tersebut. Janganlah seperti Sang Lipur yang hanya tahu menghiburkan warga Kg Kurnia dengan cerita yang tidak sahih dan berbelit tetapi dalam hati mereka penuh dengan sifat umang-umang, yang hanya memikir kantung poket mereka sendiri.
Sdr Najib dan pimpinan 'National Front' teruskan dan jayakan Bajet Bijaksana anak-anak bangsa sendiri semoga berjaya dengan gemilang menangani sebarang permasalahan ekonomi, kehidupan dan cabaran dari masa kesemasa. Amin
Jumpa lagi. Wassalam
Wednesday
Iktiraf Akreditasi Kampung Kurnia
Bismillah Sejahtera semua...
Pengiktirafan harus diberi kepada kepimpinan Kg Kurnia yang begitu berjaya memacu kecemerlangan Kg Kurnia Malaysia dalam masa yang singkat selepas merdeka, juga kredit (pujian) patut diberi kepada Raja Pemerintah Kg Kurnia Malaysia Islam yang begitu memahami hasrat rakyat jelata. Ikatan bagai aur dan tebing begitu kukuh, hinggakan ombak, badai dan hentakan kayu ke tebing tidak sesekali memusnahkan ikatan tersebut.Bagaimana ikatan antara penduduk, Ketua Kg dan Sultan Pemerintah boleh bertahan sekian lama. Jawapan yang mudah kerana semua lapisan penduduk sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah. Begitu jelas dibacakan doa oleh Imam setiap Jumaat agar Jajahan Takluk Kg-Kg Kurnia Islam ini diberkati Allah sentiasa.
Atas Pengasih Allah penduduk Kg Kurnia telah dianugerahkan oleh Allah zuriat dan anak-anak yang bijaksana. Anak-anak inilah juga yang pada masa ini berada di pentadbiran kerajaan Kg Kurnia memikir, membentuk dasar, berdiskusi, menganalisa apa yang perlu dibuat perubahan demi kemajuan Kg Kurnia. Apa yang jelas adalah anak-anak muda Kg Kurnia menggunakan kaedah, cara dan model yang menjurus kepada faedah yang boleh didapati, dirasai dan dinikmati oleh penduduk atau rakyat (people focus), budaya menambahbaik kehidupan rakyat dan amalan yang terbaik.
Keunikan Kg Kurnia Malaysia mestilah dijaga, semai dan siram sepanjang masa. Janganlah terikut budaya Sang Pauh, Sang Lexus, Sang Pokok, Sang Bulan, Sang Siang dan Sang Gua. Mereka mempunyai nilai dan latar belakang yang berbeza antara satu sama lain, selfish dan suka 'lepas tangan'. Sang Pauh misalnya cukup suka ke luar negara duduk di hotel mewah, berhawa dingin, meneguk segelas jus buah-buahan manis dan lazat sementara pendukung mereka yang percaya cerita Sang-Sang Lipur, berbaring di atas jalan tar yang panas terik, berdebu, berteriak dan jerit dibawah separuh sedar yang mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan bagi menghalang Raja Pemerintah yang ikhlas mentadbir jajahan takluknya kearah kecemerlangan Islam dan negara.
Sdr Najib, teruskan usaha murni dan kekalkan keunikan Kg Kurnia. Sdr Khir, Khairy dan Mukhriz kekalkan momentum bersama pimpinan Kg Kurnia yang lain.
Sekian, wassalam.
Saturday
Prihatin Akses Sesuai Berkesan Aman Tumpu Warga
Salam kepada Junjungan Nabi Muhammad dan Salam keamanan seluruh warga Kg Kurnia...
Bermula dengan prihatin yang berterusan selama 50 tahun, akses (kebolehan mendapat / mencapai sesuatu kemudahan) warga Kg Kurnia dan keboleh terimaan sesuatu pelan adalah diantara dasar, prinsip, 'standard' atau tahap tertinggi yang diamalkan bekas Ketua-Ketua Kg Kurnia Malaysia dan Raja Pemerintah dalam memastikan Kg Kurnia Malaysia menjadi negara dengan 'OA' Outstanding Achievement atau negara maju gemilang. Prinsip, dasar dan standard yang diamalkan kemudian ditumpukan, dipusatkan dan dikaitkan dengan warga penduduk Kg Kurnia Malaysia supaya pelan yang dilaksanakan akhirnya akan menjurus kepada kecemerlangan Bangsa Kg Kurnia (modal insan) sendiri yang terbit dari acuan Kg Kurnia.
Prinsip keseimbangan dalam urus tadbir Kg Kurnia telah terjalin dengan secara semulajadi atau natural. Hubungan erat antara Raja pemerintah dengan Ketua Kg Kurnia telah di akui oleh warga Kg Kurnia sendiri dan juga para penduduk Tokyo, London, USA dan OIC. Peluang bertemu, berbual dan mengiringi Duta-Duta OIC baru-baru ini mengiyakan pengiktirafan dari negara lain terhadap kepimpinan Ketua Kg Kurnia terdahulu dan sekarang. Teraju Tunku, Tun, Sdr Abdullah, Sdr Najib, Sdr Hisham dan Sdr Khir membuktikan Kg Kurnia Malaysia cukup stabil berdiri megah di angkasa.
Peranan Sang Pauh, Lexus, Sang Pokok, Sang Kar, Sang Kit dan Sang Bulan hanya memporak-peranda keseimbangan urus tadbir. Bak kata sahabat saya dari Kg Kurnia Mersing, Sang-Sang tersebut umpama umang-umang atau 'krustasia dekapod' yang sebaik sahaja bertumbuh besar, mencari cangkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan yang lama.
Sekian untuk renungan.
Wassalam.
Kampungku Kurnia Sultan Islam Jiwa
Salam sejahtera semua dan selamat menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW esok 12 Rabiul Awal 1430 Hijrah ...
Syukur, benar dan nyata umat Nabi Muhammad Kg Kurnia dibawah jajah takluk Raja dan Sultan Islam yang kaya dengan jiwa keislaman. Penduduk Melayu Islam saling menghormati sesama sendiri. Kg-Kg Kurnia cukup stabil dan semakin mantap.
Pada hemat seluruh penduduk Kg Kurnia, kenapa kebenaran ini perlu dipersoal. Jati diri segelintir penduduk perlu dipertingkat. Amalkan menganalisa sesuatu berita, cerita manis dari Sang Pauh dan rakan-rakannya yang hakikatnya pada hemat saya, cerita dan lipur lara Sang Pauh penuh dengan khayalan, kosong, tidak berprinsip dan penuh dendam. Lihatlah sekitar Sang Lexus umpamanya yang hidupnya mewah hasil kejayaan pelan Rancangan Kg Kurnia Malaysia yang dipantau, disemak, ditambah baik perlaksanaanya setiap 5 tahun oleh anak-anak bijak pandai Kg Kurnia sendiri. Yang menyedihkan, Sang Lexus dan Sang Pauh telah lupa pada jasa pimpinan Kg Kurnia lepas. Politik huru hara pula yang diturunkan pada penduduk Kg Kurnia yang miskin harta benda dan pengetahuan, diajak menapak di jalanraya, meminum air kosong, sementara Sang Pauh sibuk ke luar negara merehatkan diri, duduk di hotel mewah meminum jus oren berais. Insaflah
Sdr Najib dan barisannya nyata jelas dalam susun atur kata akal fikirannya. Moga keberkatan Maulidur Rasul Kg Kurnia aman, tenteram dan sejahtera
Wassalam. Selamat berehat..
Monday
Kampung Kurnia Johor Resam Adat Budaya
Salam sejahtera semua, semoga dikurniakan rahmat dan ketenangan diri...
Kampung Kurnia Johor merupakan kampung yang paling unik, mesra, aman dan teratur. Itulah gaya, teras, pegangan, jati diri dan resam adat budaya penduduknya. Kg Kurnia Johor juga sinonim dengan masyarakatnya yang sentiasa bersyukur, siap siaga hadapi dugaan dan cabaran. Penduduknya begitu matang dan sentiasa terbuka fikiran kepada idea-idea baru. Yang paling indah adalah prinsip pimpinan, penduduk dan Ketua Kg Kurnia yang tidak mudah goyah dengan cerita Sang Pauh, Sang Kar, Sang Siang, Sang Lexus, Sang Lipur dan Sang Demo. Penduduknya masak benar dengan tabiat Sang Pauh yang 'pakar' memusing gasing dongengannya yang penuh dengan cerita khayalan. Ini bertitik tolak kerana jasa pimpinan 'National Front'yang memang sentiasa memberi panduan cara hidup harmoni dan selesa. Jelas berbeza di setengah kg yang ditadbir oleh Rang Bulan (yang saya lawati) yang nyata terkebelakang dari segi fasiliti dan kualiti hidup.
Untuk warga Kg Kurnia Johor, Kekalkan usaha membawa Kg Kurnia Johor di bawah pimpinan Sdr A Ghani dan rakan-rakan kemercu kejayaan, gemilang dan unggul.
Amin Ya Rabbaalamin
Wassalam
Thursday
Islam Kg Kurnia Harmoni Tenang
Salam sejahtera semua semoga dirahmati Allah ...
Budaya berbahasa kasar Sang Lipur dan Sang Demo semalam ke atas pemuda Melayu Kg Kurnia mengesahkan sikap sebenar Sang Lipur, Sang Demo dan Sang Pauh. Itulah bahasa yang diguna oleh Sang Pauh semasa muda, dewasa dan 'tua'. Yang menyedihkan penduduk Kg Kurnia yang rata-rata miskin serba-serbi terikut-ikut dengan kebiadapan Sang Pauh. Memang itulah yang dinyatakan oleh Sang Lexus kepada penduduk Kg Kurnia semasa berbicara dengan rakan bukan Melayu bahawa semua Melayu sekarang lemah. Ini menjadikan Sang Kar lebih berani mengeluarkan kata kesat kepada pemuda Kg Kurnia. Saya menghalusi jiwa para pemimpin Kg Kurnia Malaysia khususnya Sdr Najib, Sdr Hisham dan Khir yang sentiasa harmoni dan tenang walaupun di asak dari pelbagai sudut oleh Sang Pauh dan pengikutnya.
Mudah-mudahan semua pemuda Melayu Kurnia yang bersama pimpinan Sdr Najib sentiasa tenang, tabah dan harmoni. Amin. Wassalam
Tuesday
Ringkas Mudah Berlapang Fikir Syukur
Salam sejahtera semua... Itulah sebenarnya ciri-ciri ketua Kampung Kurnia Selangor yang lepas. Dari Khir di Universiti Malaya, Dr Khir dan sekarang Dato Seri Dr Khir sikap dan tertibnya ringkas dan sentiasa berlapang dada dan fikiran menerima apa jua pendapat dan idea yang diberi oleh rakan, orang Kg Kurnia Selangor dan Sultan Pemerintah. Rakan di universiti masih bersama sehingga sekarang dan malah bertambah rapat. Sebenarnya sikap inilah yang perlu ditanam dalam sanubari anak muda Kg Kurnia. Kurniaan dari Allah wajib kita jaga dengan sebaik yang mungkin agar sikap-sikap positif sentiasa menjadi cara hidup kurnia anak kita.
Saya juga tertarik dengan sikap dan tertib Sdr Najib yang jarang sekali menggunakan bahasa kasar yang biasa diguna oleh Sang Demo dan Sang Lipur. Itulah keperibadian yang ditanam dan dibaja oleh Tun Razak yang unggul dan prihatin kepada bangsa Melayu dan penduduk Kg Kurnia Malaysia. Jumpa lagi
Wassalam
Friday
Sejahtera Rumah Ilmu 'National Front'
Salam Sejahtera..,
Pimpinan-pimpinan Kg Kurnia Malaysia dahulu dan sekarang termasuklah Ketua-ketua Kg Kurnia sungguh serius dan bersungguh meningkatkan status penduduk Melayu yang serba daif kepada serba berada ditahun 2009. Kaum lain dalam Kg Kurnia dibawa seiring dan tidak ditinggalkan. Pimpinan merdeka Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir, DS Abdullah dan Pimpinan muda Sdr Najib, Sdr Muhyiddin, Sdr Dr Khir, Sdr Khairy dan Sdr Muhkriz cukup memahami keperluan, asas dan sumber kecemerlangan Bangsa Malaysia adalah Kg Kurnia Malaysia yang penduduknya sejahtera, ada tempat berlindung yang selesa dan ILMU pendidikan sempurna (Agama dan Teknologi). Ketiga-tiga faktor ini memang diserap dalam teras strategi Pelan pembangunan Kg Kurnia Malaysia yang dilaksana, pantau dan dikaji secara berkala lima tahun. Aliran kepimpinan merdeka yang melepaskan baton kepada pimpinan muda selepasnya begitu sempurna, jelas dan teratur dan hasilnya ada didepan penduduk Kg Kurnia Malaysia yang tercinta ini.
Kelicinan pertukaran ini perlu di teruskan agar penduduk Kg Kurnia akan lebih mantap, sejahtera dan berpendidikan. Jadi pada hemat saya, kita tidak sewajarnya menyerah baton kepada Sang Jalanan, Sang Lipur dan Sang Demonstrasi yang mementingkan diri sendiri (selfish) sebagaimana yang berlaku di Kg Kurnia Perak. Yang menyedihkan, Sang Lexus di Kg Kurnia Selangor pula mengguna wang rakyat sesuka hati membaiki Lexusnya, sedangkan ada lagi penduduk di kawasannya yang kurang bernasib baik, menaiki bas, erl, teksi dan menapak kaki ke tempat kerja, cukup-cukup makan pendapatannya yang sudah pasti mengguna wangnya sendiri secara berhemah.....
Marilah kita bertindak secara bertanggungjawab dan berdasar kepada bukti depan mata, bukan dengar cerita Sang Lipur.
Sekian --- Peace, Shelter and Knowledge--
Jumpa lagi. Wassalam
Wednesday
Piagam, Dasar Kampung Kurnia
Piagam Kg Kurnia telah dimeterai dan digubal dengan begitu teliti sekali oleh Ketua Kg Kurnia bersama penduduk dan pemimpin warisan dari 'National Front'. Piagam ini dijadikan panduan oleh semua Ketua Kg Kurnia diseluruh Malaysia bagi memudahkan tadbir urus Kg masing-masing. Prinsip-prinsip dari piagam ini perlu diambil kira bagi memastikan pembangunan yang holistik atau menyeluruh dapat dinikmati dan berjaya mencapai sasaran yang diinginkan semasa peringkat perancangan.
Saudara Dr Khir semasa memimpin Kg Kurnia Selangor telah melaksanakan prinsip-prinsip berkaitan, di era pimpinannya yang sungguh dinamik. Salah satu prinsip dalam piagam tersebut ialah menyediakan satu dasar atau polisi yang sihat, fokus kepada kesejahteraan, bina sahsiah dan rohani (berlandaskan ajaran Islam), memudahkan atau 'facilitate' rakyat hidup sejahtera dan ketahanan atau 'ability to sustain'. Alangkah ruginya Kg Kurnia kerana tidak meneruskan pimpinan Sdr Khir yang fokus dan tahu tuju arah Kg Kurnia Selangor 100 tahun akan datang.
Berbeza ketua Kg Kurnia dari Sang Lipur dan Sang Demo Jalanan yang tidak fokus, lemah, lesu, 'malaise', dan bekerja sekadar melepas batuk ditangga.
Kesimpulannnya, rasanya tidak terlambat untuk menukar pimpinan Sang Lipur Jalanan.
Pimpinan muda Kg Kurnia 'National Front' Dr Zambry, Sdr Khir, Khairy dan Mukriz perlu dicontohi dan dikekalkan bagi memastikan piagam dan urus tadbir Kg Kurnia Malaysia dan Kg Kurnia Selangor, Perak berjaya. InsyaAllah.
Wassalam
Saudara Dr Khir semasa memimpin Kg Kurnia Selangor telah melaksanakan prinsip-prinsip berkaitan, di era pimpinannya yang sungguh dinamik. Salah satu prinsip dalam piagam tersebut ialah menyediakan satu dasar atau polisi yang sihat, fokus kepada kesejahteraan, bina sahsiah dan rohani (berlandaskan ajaran Islam), memudahkan atau 'facilitate' rakyat hidup sejahtera dan ketahanan atau 'ability to sustain'. Alangkah ruginya Kg Kurnia kerana tidak meneruskan pimpinan Sdr Khir yang fokus dan tahu tuju arah Kg Kurnia Selangor 100 tahun akan datang.
Berbeza ketua Kg Kurnia dari Sang Lipur dan Sang Demo Jalanan yang tidak fokus, lemah, lesu, 'malaise', dan bekerja sekadar melepas batuk ditangga.
Kesimpulannnya, rasanya tidak terlambat untuk menukar pimpinan Sang Lipur Jalanan.
Pimpinan muda Kg Kurnia 'National Front' Dr Zambry, Sdr Khir, Khairy dan Mukriz perlu dicontohi dan dikekalkan bagi memastikan piagam dan urus tadbir Kg Kurnia Malaysia dan Kg Kurnia Selangor, Perak berjaya. InsyaAllah.
Wassalam
Tuesday
Kredential, Pimpinan dan Keutuhan
Sejahtera semua,
Kredential Ketua Kampung atau mengiktiraf pimpinan boleh ditakrifkan sebagai langkah-langkah pengiktirafan pemimpin dengan melihat kriteria-krteria yang pimpinan yang dimiliki oleh pemimpin tersebut. Selain dari latarbelakang pendidikan yang dimiliki oleh pimpinan, pendedahan kepada urus tadbir, kemas kini isu semasa dan prinsip jati diri kepimpinan adalah kriteria-kriteria yang mesti di ambilkira oleh penduduk Kg Kurnia apabila memilih pemimpin. Ini dapat membantu rakyat membuat pemilihan yang tepat semasa pemilihan Ketua Kg Kurnia.
Selain dari kriteria tersebut, gandingan (blended) muda dan yang berpengalaman ketua-ketua masyarakat dapat memperkuatkan lagi urus tadbir Kg Kurnia. Syukur pada Allah Gandingan Merdeka atau 'National Front' sentiasa mengamalkan prinsip ini dan adalah bijak jika kredential ini dihebahkan secara formal dan dijadikan budaya memilih pimpinan Kg Kurnia agar keutuhan tadbir urus stabil sepanjang masa.
Sebagai ringkasan, Ketua Kg Kurnia perlu memandang serius sebab dan punca setengah penduduk memilih Sang Lipur dan Sang Jalanan yang mempunyai kredential tahap terendah dan lemah.
Pada hemat saya Saudara Najib Tun Razak, dan pimpinan Kg Kurnia terdahulu, mematuhi kredential ini sementara pimpinan-pimpinan muda seperti Saudara Khir, Sdr Mukriz dan Saudara Khairy wajar diberi pengiktirafan.
Jumpa lagi. Wassalam
Monday
Islam, Kg Kurnia, Malaysia
Salam semua.
Peluang, masa, kemampuan dan ruang untuk setiap penduduk Kg Kurnia merantau Ke Luar Negara terbatas. Kemampuan sebahagian besar penduduk Kg Kurnia melihat dengan pancaindera sendiri keadaan negara-negara Islam dan negara lain juga amat terhad. Malah untuk melawat Kg di negara sendiri biasanya tidak kesampaian akibat sibuk dengan kerja selain memperuntukkan pendapatan bulanan untuk pendidikan anak-anak.
Jika mereka yang disebutkan tadi melawat negara-negara Islam lain, pasti mereka akan berkata 'syukurnya saya hidup di Kg Kurnia Malaysia'. Dari surau yang indah, masjid yang selesa, Pusat Pengajian Islam dimana ceruk kampung, hingga Universiti Islam yang gah semua ada di Malaysia. Perbezaan yang cukup jelas akan ketamadunan Negara Islam Malaysia berbanding dengan negara lain sudah pasti tidak datang dengan sendirinya. Ini diakui oleh Sang Lipur dan Sang Demo, kerana kebanyakan mereka memang berkemampuan untuk ke luar negara(hingga tak perlu guna kenderaan kerajaan - Lexusnya cukup canggih) dari segi material hasil dari kesuburan ekonomi Kg Kurnia Malaysia.
Rumusan yang boleh dibuat adalah Sang Lipur cukup berjaya menipu rakyat Kg Kurnia dan mereka mengambi kesempatan ini dengan cukup licik dan licin agar tidak dapat dihidu oleh sebahagian penduduk Kg Kurnia yang kurang bernasib baik, yang sudah pasti mereka akan hidup lebih melarat dan perit akibat ketidaktentuan politik, sementara Sang Lipur dan Sang Jalanan sekadar lepas tangan kerana itulah sikap mereka sebenar.
Moga-moga Allah memberi petunjuk. Amin
Peluang, masa, kemampuan dan ruang untuk setiap penduduk Kg Kurnia merantau Ke Luar Negara terbatas. Kemampuan sebahagian besar penduduk Kg Kurnia melihat dengan pancaindera sendiri keadaan negara-negara Islam dan negara lain juga amat terhad. Malah untuk melawat Kg di negara sendiri biasanya tidak kesampaian akibat sibuk dengan kerja selain memperuntukkan pendapatan bulanan untuk pendidikan anak-anak.
Jika mereka yang disebutkan tadi melawat negara-negara Islam lain, pasti mereka akan berkata 'syukurnya saya hidup di Kg Kurnia Malaysia'. Dari surau yang indah, masjid yang selesa, Pusat Pengajian Islam dimana ceruk kampung, hingga Universiti Islam yang gah semua ada di Malaysia. Perbezaan yang cukup jelas akan ketamadunan Negara Islam Malaysia berbanding dengan negara lain sudah pasti tidak datang dengan sendirinya. Ini diakui oleh Sang Lipur dan Sang Demo, kerana kebanyakan mereka memang berkemampuan untuk ke luar negara(hingga tak perlu guna kenderaan kerajaan - Lexusnya cukup canggih) dari segi material hasil dari kesuburan ekonomi Kg Kurnia Malaysia.
Rumusan yang boleh dibuat adalah Sang Lipur cukup berjaya menipu rakyat Kg Kurnia dan mereka mengambi kesempatan ini dengan cukup licik dan licin agar tidak dapat dihidu oleh sebahagian penduduk Kg Kurnia yang kurang bernasib baik, yang sudah pasti mereka akan hidup lebih melarat dan perit akibat ketidaktentuan politik, sementara Sang Lipur dan Sang Jalanan sekadar lepas tangan kerana itulah sikap mereka sebenar.
Moga-moga Allah memberi petunjuk. Amin
Saturday
Pimpinan Responsif - Kg Kurnia, Negara, Sejahtera
Salam pada semua...
Pimpinan responsif bermaksud sentiasa peka kepada kehendak masyarakat dan bertindak dengan segera mengatasi kekalutan dan permasalahan jika benar-benar ujud tetapi setiap pelan tindakan yang dirancang perlu dibuat penilaian mendalam agar penyelesaian yang akan terhasil dapat mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan penduduk dikemudian hari. Prinsip pimpinan inilah yang sentiasa dipegang oleh Ketua Kg Kurnia terdahulu sehingga kini. Contoh bukti yang jelas adalah keresahan penduduk bumiputra Kg Kurnia setengah abad yang lalu dimana mereka tertinggal dalam segala aspek merangkumi ekonomi, pendidikan, prasarana, kemudahan asas, perniagaan, akses kepada ilmu, akses kepada air bersih, kesihatan, pengangkutan dan ilmu agama. Ketua Kg Kurnia bersama ketua-ketua masyarakat dalam Kg Kurnia sentiasa bermesyuarah, berbincang dan berbahas dalam memastikan pelan tindakan dan teras strategi benar-benar tercapai.
Ternyata selepas 50 tahun, didepan mata warga Kg Kurnia sekarang , segalanya ada, walaupun tidak disemua kampung, akibat faktor-faktor tertentu misalnya keadaan geografi yang menyukarkan perhubungan. Yang sahih, dari minum air sungai, telaga, perigi, air hujan dan air parit, rata-rata penduduk Kg Kurnia sekarang , Alhamdulilah mempunyai akses kepada air bersih, air paip malah ada yang mampu minum air mineral setiap hari. Syukur juga, tempat ibadah seperti Masjid dan surau sungguh selesa kerana ada penghawa dingin yang pada suatu masa dulu hanya bangsawan sahaja yang merasainya. Keselesaan tidak datang sekelip mata tetapi perlu teras strategi-strategi dan pimpinan yang baik yang sememangnya telah dibukti didepan mata berkat pimpinan terbilang. Syabas di ucapkan kepada Ketua-Ketua Kg Kurnia terbaik sejak merdeka dan mengekalkan ‘Gandingan Kemerdekaan’ ini demi kemakmuran Malaysia.
Sang Lipur dan Sang Jalanan sedar dan mengakui selama 50 tahun pimpinan yang ada sungguh responsif. Tetapi kenapa Sang-Sang lipur tersebut sentiasa mengolah kebenaran ini dan sanggup menipu rakyat? Kerana gila kuasa, balas dendam atau Sang Lipur terikut-ikut ‘ketua’ pimpinan Sang Lipur sekarang?. ‘Ketua’ yang memang pandai bermuka-muka dan tabiat serta sikapnya dari dulu mengguna ‘jalanan dan demo’ menarik simpati penduduk Kg Kurnia.
Semoga Allah meredhai pimpinan ‘Gandingan Merdeka’ terdahulu dan sekarang. Syabas kepada Saudara Najib yang akan memimpin Kg Kurnia dan mengetuai Gandingan Merdeka. Kekalkan pimpinan responsif. Wassalam
Friday
Kg Kurnia Islam Sejahtera
Berkat kepimpinan berhemah oleh pimpinan Ketua Kg Kurnia serta berpayungkan Sultan dan Pemerintah Islam yang bijaksana telah menjadikan negara Malaysia dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan sepanjang masa. Sejahtera inilah yang menjadi idaman setiap insan di Kg Kurnia. Peliharalah keamanan ini dan jauhkan diri dari Ketua Sang Lipur dan Sang Jalanan yang telah terang melakukan kebiadapan kepada Sultan dan Pemerintah Islam di Kg Kurnia Perak khususnya dan seluruh Kg Kurnia amnya.
Salam...
Mudah Seimbang Sesuai Diterima
Kg Kurnia Selangor telah diterajui oleh Ketua-Ketua Kg terdahulu dengan begitu cemerlang, tersusun, mudah, seimbang dan berintegriti. Pembangunan yang dilaksana begitu seimbang dengan pembangunan insan. Ini dapat dilihat dari kepelbagaian penduduknya yang terdiri daripada anak-anak muda, keluarga dan bijak pandai berasal dari Kampung-kampung Kurnia diseluruh negara 'Perlis sampai ke Sabah' yang berpusu-pusu mencari rezeki di bumi bertuah Kg Kurnia Selangor.
Alhamdulilah Ketua Kampung Kurnia Selangor sedar akan limpah Kurnia Allah kepada Jajahan Pemerintah Selangor, dan kesedaran inilah telah menjadikan 'landskap' Kg Kurnia berubah pesat setanding dengan bandar maju dunia. Apa yang pasti, kemudahan seperti rumah, air dan pendidikan diutamakan agar anak-anak yang akan mewarisi pimpinan dibekalkan dengan ilmu secukupnya.
Fakta ini diakui sendiri oleh penduduk Tokyo dan Hakata yang rata-rata melahirkan kekaguman prasarana Kg kurnia Selangor. Salah seorang Ketua Kg Kurnia yang saya kenali secara dekat di Kampus Universiti Malaya adalah Saudara Dr Mohamad Khir yang pada hemat saya beliau merupakan Ketua Kampung yang paling mudah diajak berbincang, seimbang bila membuat keputusan yang melibatkan penduduk kg, sentiasa memastikan samada sesuatu dasar dan strategi pembangunan insan dan fizikal di kg kurnia serasi dan sesuai dengan masyarakat dan sekitar.
Atas`sebab itulah Saudara Dr Khir mudah diterima bukan sahaja oleh Pemerintah malah oleh semua lapisan umur di kampungnya. Kesederhanaan beliau dalam mentadbir, bagaimanapun telah diambil kesempatan oleh Sang-Sang lipur jalanan yang bijak bermuka-muka dan memutar belit fakta sehingga ada warga Kg Kurnia Selangor yang 'berilmu' terpengaruh dengan dendangan Sang Lipur Jalanan.
Menukar ketua kampung kurnia kepada Si Sang Lipur jalanan adalah pilihan yang tidak patut dibuat kerana diantara contoh yang jelas dan mudah (tanpa perlu memikir secara mendalam), Sang Lipur lebih mementingkan Lexusnya daripada Perdana buatan anak-anak Kg Kurnia Selangor. Kepada Saudara Dr Khir, teruskan perjuangan. Mudah-mudahan diberkati Allah .... bersambung
Tuesday
Integriti Beramanah Berwibawa
Menilai integriti dan wibawa Ketua Kampung Kurnia mesti berlandaskan kepada fakta, bukti yang jelas dan pencapaian semasa. Inilah antara ciri-ciri, kehendak dan penilaian yang perlu ditanam dalam pemikiran setiap insan dan penduduk di kampung kurnia. Walaubagaimanpun kriteria atau ciri-ciri ini tidak diambilkira oleh segelintir penduduk semasa memilih Ketua Kg, mereka lebih gemar mendengar cerita Sang Lipur yang cukup mahir mendendangkan dongengan yang jika sekali pandang atau dengar seperti cerita benar tetapi hakikatnya hanya penipuan untuk yang tujuannya untuk memperlihatkan pimpinan kini dan terdahulu penuh dengan kepincangan. Sebagai contoh seperti dalam tulisan yang lepas berkaitan pembelian kelengkapan untuk perwira kita, di olah ceritanya oleh Sang Lipur seolah-olah ianya seperti tidak berwibawa, sedangkan setiap tender yang dibuat dalam pentadbiran kg kurnia mempunyai kawal selia yang cukup berhati-hati, dibuat keputusan melalui berbagai jawatankuasa penilaian sebelum diluluskan.
Membuat keputusan berdasarkan bukti serta memikirkan sejenak samada dongengan Sang Lipur benar atau tidak seharusnya menjadi amalan penduduk Kg Kurnia. Ini kerana berfikir dengan sejenak dengan hati yang ikhlas, dengan izin Allah, kebenaran akan menjelma. Keputusan sebahagian penduduk memilih Sang-Sang Lipur, yang mempunyai rekod dipenjara, berdemonstrasi dan menghasut pengikutnya supaya melawan dan menyaman Pemerintah, menjadi 'ketua' mesti dihentikan dan perlu dicegah agar masyarakat kg Kurnia hidup lebih harmoni. Semoga warga Kg Kurnia sentiasa berfikir sejenak (evidence-based thinking)buruk baik sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Syabas Exco-Exco Kg Kurnia Perak yang baru dilantik semoga sentiasa diberkati Allah. Selamat Maju Jaya. Amin
Sunday
Tatasusila, Pegangan Hidup dan Keikhlasan
Keengganan Sang Lipur berundur sebagai Ketua Kg Kurnia Perak dengan jelas mengesahkan bahawa beliau seorang yang tidak menghormati penduduk Kg Kurnia. Sepatutnya sebagai penduduk yang tinggal di jajahan pemerintah wajib akur dengan titah Pemerintah Kg Kurnia. Jika dipandang dari sudut 'rasional'atau dengan kata hukum akal, adalah tidak manis, tidak wajar dan tidak beradab bagi seseorang yang tinggal di jajahan takluk pemerintah, menyanggah pemerintah untuk terus melakukan kerja yang telah diberikan kepada orang lain. Dalam erti kata lain, Sang Lipur boleh juga disamakan, mengikut bahasa pasar, 'kurang ajar'.
Semua penduduk di Kg Kurnia sedar atas limpah kurnia pemerintah Kg Kurnia Perak sejahtera dan aman sentiasa.
Sokongan yang penuh patut diberi kepada Ketua Kg Kurnia Perak yang berasal dari Pangkor yang pegangan hidup sederhana, ikhlas dalam membela nasib penduduk kampungnya dan sentiasa mendengar nasihat dari pemerintah.
Friday
Hala Tuju Kg Kurnia
Ketua Kg Kurnia bersama pemimpin masyarakat setempat sentiasa menganalisa, mempertimbang dan memperhalusi setiap pelan strategi yang akan dilaksana bagi pembangunan masyarakat dan infrastruktur Kg Kurnia. Analisa dan pertimbangan didasarkan kepada input penduduk, hasil kajian setempat dan antarabangsa serta membuat perbandingan dengan negara-negara lain yang telah melaksana sesuatu dasar dengan berjaya. Sistem tadbir ini telah berjalan dengan licin tanpa gangguan yang boleh merencat pembangunan. Buktinya, majoriti anak muda Kg Kurnia telah berjaya dalam pendidikan dan menikmati kehidupan yang mewah.
Ketua Kg memang sedar oportunis dan Sang-Sang Lipur akan sentiasa cuba mengubah landskap pembangunan yang baik ini. Yang terbaru, Sang Lipur cuba pula mengganggu-gugat Sistem Beraja di Kg Kurnia yang memang diakui berdaulat dan sepanjang zaman melindungi semua penduduk termasuk Sang-Sang Lipur sendiri. Sang-Sang Lipur mengakui kehebatan dasar dan pelan yang dirancang cukup baik untuk penduduk, malah ramai Sang Lipur hidup mewah, tetapi dek ketamakan kuasa, mereka sentiasa hilang arah dan peranan dan cuma berminat membuat huru-hara dan lepas tangan jika sesuatu perkara buruk berlaku.
Kepada penduduk Kg Kurnia, teruskan perjuangan. Biarkanlah Sang Lipur dengan dongengan mereka.
Salam
Ketokohan Ketua Kampung Kurnia Pangkor
Perlantikan Ketua Kampung Kurnia Pangkor sebagai Ketua Kampung Kurnia Perak yang baru membuktikan salah satu dasar yang dibentuk dan digubal oleh Ketua Kg Kurnia terdahulu berjaya. Ketua Kg Kurnia Pangkor sesungguhnya menyedari perit jerih pemimpin terdahulu mengatur strategi membangunkan Kg Kurnia Pangkor. Pembangunan selari diantara kemudahan dan Modal Insan telah menyedarkan Ketua Kg Perak yang baru ini akan ketelusan pemimpin terdahulu membangunkan semua Kg Kurnia di seluruh negara sehingga setanding dengan Tokyo, Yokohama dan Hakata. Hayatilah dan renungkanlah perkara yang hakikat. Jangan terikut Sang-Sang Lipur yang hanya mementingkan diri sendiri... bersambung.
Tahniah Ketua Kg Pangkor atas lantikan. Mudah-mudahan sentiasa diberkati Allah.
Thursday
Kampung Kurnia Perak
Teryata kebijaksanaan Ketua Kampung Kurnia Perak terserlah pada hari ini. Ini dapat dilihat hasil dari perancangan, perlaksanaan tadbir urus kawasan yang telus, berhemah dan menjunjung tinggi Sultan dan Raja yang sentiasa memberi perlindungan, panduan, bimbingan, galakan dan jati diri kepada penduduk Kg Kurnia. Kg Kurnia Perak telah kembali tenang sekarang berkat kurnia Allah kepada sekelian penduduk, Raja yang bijaksana dan Ketua Kg yang berwawasan.
Ketidakupayaan dan kelemahan Penglipurlara mentadbir Kg Kurnia telah terbukti. Ketidak ikhlasan Sang Penglipur dengan tidak mahu turun dari 'takhtanya' jelas menunjukkan Penglipur tidak rasional dan tidak berpijak dibumi nyata dan mementingkan diri sendiri (selfish).
Tahniah kepada semua warga Kg Kurnia Perak.
Saturday
Bagaimana Dasar, Perundangan, Rancangan Pembangunan di bentuk ...
Kampung kurnia memang terkenal dengan kemajuan, keamanan, kebijaksanaan penduduknya. Bagaimana sesuatu dasar, undang-undang dan seumpamanya dibentuk? Bagi yang terlibat mereka sedia maklum, tetapi bagaimana penduduk Kg Kurnia yang sentiasa sibuk bekerja dan yang duduk nun jauh di hujung Kg. tahu? Yang sibuk bekerja inilah yang sentiasa diuli dengan dendangan Sang Penglipurlara.Juga yang pasti Sang-Sang Lipur tahu juga bagaimana dasar dibentuk kerana Sang-Sang ini pernah bersama Ketua Kampung mentadbir kawasannya. Ketika Ketua Kg merancang, jalankan, pantau dan menilai dasar yang baik, Sang Lipur (kerana masa yang banyak terluang) mulalah mendendangkan ceritanya. Penduduk Kg yang 'pandai' akan bersorak mengiyakan...
Bersambung................
Friday
Urus Tadbir Kampung Kurnia
Hasil dari pemuafakatan penduduk Kg Kurnia, setiap dasar, prinsip, undang-undang, peraturan tadbir dan urus sebenarnya di bentuk dan digubal oleh anak-anak penduduk Kg Kurnia sendiri. Ketua Kg kurnia telah menghantar bijak pandai, anak-anak bijaksana ke serata dunia termasuklah US, Canada, Jepun, Uk, Mesir, Lebanon, Indonesia, Pakistan... senarai yang cukup panjang. Hasil dari kepelbagaian ilmu, kepakaran dan pengetahuan inilah yang telah membawa Kg Kurnia setanding dengan masyarakat lain didunia. Setiap dasar dan urus tadbir ini memang dirangka oleh bijak pandai anak muda Kg Kurnia.
Penduduk Kg Kurnia sedar akan hal ini, tetapi segelintir penduduk amat mudah dipesongkan oleh penglipurlara, hingga memilih ketua dikawasan mereka dari kalangan penunjuk perasaan jalanan..... yang sudah pasti tidak ikhlas dalam membawa Kg Kurnia ke peringkat yang lebih maju, aman dan bertamadun
Thursday
Kekuatan Kg Kurnia
Kekuatan, kemesraan, ikatan, cara hidup, muhibbah, penduduk Kg Kurnia Selatan perlu dikaji, dianalisa, dihayati oleh bakal Ketua Kg kurnia yang baru.
Kematangan, pegangan, iltizam dan keyakinan mereka kepada bekas, bakal dan Ketua Kg sekarang boleh dijadikan garis pengukur prestasi Kg Kurnia.
Stabil, bersyukur dan berpegang kepada perkara sebenar adalah rahsianya.
Syabas Kg kurnia Selatan J, M dan P.
Friday
Kampung Kurnia
Ketelusan, strategi, perancangan dan pelaksanaan pembangunan sejak 1957 yang telah merubah kampung kurnia menjadi setanding Tokyo, Yokohama dan Hakata wajar di syukuri. Pimpinan yang mantap, hubungi antara kaum berbilang parti yang telus mesti dikekalkan.
Walau bagaimana pun budaya, pemikiran dan sesetengah masyarakat di Malaysia yang mudah dibuaikan dengan cerita yang tidak didasarkan kepada fakta, telah menyebabkan perubahan kepada sistem politik yang telah diketahui sungguh mantap kepada pimpinan yang dipenuhi kontroversi.
Ketua Kampung Kurnia perlu mendedahkan masyarakat Malaysia kepada bagaimana sentiasa berfikir secara bijak dan tidak berdasarkan cerita yang didengar.
Jangan biarkan penduduk di Kampung Kurnia kehilangan hak-hak.... di kampung sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)