Friday

Mudah Seimbang Sesuai Diterima


Kg Kurnia Selangor telah diterajui oleh Ketua-Ketua Kg terdahulu dengan begitu cemerlang, tersusun, mudah, seimbang dan berintegriti. Pembangunan yang dilaksana begitu seimbang dengan pembangunan insan. Ini dapat dilihat dari kepelbagaian penduduknya yang terdiri daripada anak-anak muda, keluarga dan bijak pandai berasal dari Kampung-kampung Kurnia diseluruh negara 'Perlis sampai ke Sabah' yang berpusu-pusu mencari rezeki di bumi bertuah Kg Kurnia Selangor.
Alhamdulilah Ketua Kampung Kurnia Selangor sedar akan limpah Kurnia Allah kepada Jajahan Pemerintah Selangor, dan kesedaran inilah telah menjadikan 'landskap' Kg Kurnia berubah pesat setanding dengan bandar maju dunia. Apa yang pasti, kemudahan seperti rumah, air dan pendidikan diutamakan agar anak-anak yang akan mewarisi pimpinan dibekalkan dengan ilmu secukupnya.
Fakta ini diakui sendiri oleh penduduk Tokyo dan Hakata yang rata-rata melahirkan kekaguman prasarana Kg kurnia Selangor. Salah seorang Ketua Kg Kurnia yang saya kenali secara dekat di Kampus Universiti Malaya adalah Saudara Dr Mohamad Khir yang pada hemat saya beliau merupakan Ketua Kampung yang paling mudah diajak berbincang, seimbang bila membuat keputusan yang melibatkan penduduk kg, sentiasa memastikan samada sesuatu dasar dan strategi pembangunan insan dan fizikal di kg kurnia serasi dan sesuai dengan masyarakat dan sekitar.
Atas`sebab itulah Saudara Dr Khir mudah diterima bukan sahaja oleh Pemerintah malah oleh semua lapisan umur di kampungnya. Kesederhanaan beliau dalam mentadbir, bagaimanapun telah diambil kesempatan oleh Sang-Sang lipur jalanan yang bijak bermuka-muka dan memutar belit fakta sehingga ada warga Kg Kurnia Selangor yang 'berilmu' terpengaruh dengan dendangan Sang Lipur Jalanan.
Menukar ketua kampung kurnia kepada Si Sang Lipur jalanan adalah pilihan yang tidak patut dibuat kerana diantara contoh yang jelas dan mudah (tanpa perlu memikir secara mendalam), Sang Lipur lebih mementingkan Lexusnya daripada Perdana buatan anak-anak Kg Kurnia Selangor. Kepada Saudara Dr Khir, teruskan perjuangan. Mudah-mudahan diberkati Allah .... bersambung