Tuesday

Integriti Beramanah Berwibawa


Menilai integriti dan wibawa Ketua Kampung Kurnia mesti berlandaskan kepada fakta, bukti yang jelas dan pencapaian semasa. Inilah antara ciri-ciri, kehendak dan penilaian yang perlu ditanam dalam pemikiran setiap insan dan penduduk di kampung kurnia. Walaubagaimanpun kriteria atau ciri-ciri ini tidak diambilkira oleh segelintir penduduk semasa memilih Ketua Kg, mereka lebih gemar mendengar cerita Sang Lipur yang cukup mahir mendendangkan dongengan yang jika sekali pandang atau dengar seperti cerita benar tetapi hakikatnya hanya penipuan untuk yang tujuannya untuk memperlihatkan pimpinan kini dan terdahulu penuh dengan kepincangan. Sebagai contoh seperti dalam tulisan yang lepas berkaitan pembelian kelengkapan untuk perwira kita, di olah ceritanya oleh Sang Lipur seolah-olah ianya seperti tidak berwibawa, sedangkan setiap tender yang dibuat dalam pentadbiran kg kurnia mempunyai kawal selia yang cukup berhati-hati, dibuat keputusan melalui berbagai jawatankuasa penilaian sebelum diluluskan.
Membuat keputusan berdasarkan bukti serta memikirkan sejenak samada dongengan Sang Lipur benar atau tidak seharusnya menjadi amalan penduduk Kg Kurnia. Ini kerana berfikir dengan sejenak dengan hati yang ikhlas, dengan izin Allah, kebenaran akan menjelma. Keputusan sebahagian penduduk memilih Sang-Sang Lipur, yang mempunyai rekod dipenjara, berdemonstrasi dan menghasut pengikutnya supaya melawan dan menyaman Pemerintah, menjadi 'ketua' mesti dihentikan dan perlu dicegah agar masyarakat kg Kurnia hidup lebih harmoni. Semoga warga Kg Kurnia sentiasa berfikir sejenak (evidence-based thinking)buruk baik sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Syabas Exco-Exco Kg Kurnia Perak yang baru dilantik semoga sentiasa diberkati Allah. Selamat Maju Jaya. Amin