Saturday

Sebenar Pemimpin Ikhlas Berbakti Tulus



Salam sejahtera...

Allahyarham Tun Razak telah lama meninggalkan Kg Kurnia Malaysia. Namun kegemilangan, kesabaran dan keperihatinan kepada warga Melayu Islam dan kemakmuran Kg Kurnia Malaysia amnya, jasa-jasa beliau memimpin Kg Kurnia Malaysia masih meniti dibibir setiap warga Kg Kurnia Malaysia dan Kg Kurnia Pahang Pekan. Itulah kelainan Tun Razak yang berkebolehan melihat dalam 50 tahun akan datang, anak-anak Melayu bijaksana akan terus memimpin Kg Kurnia Malaysia dengan taraf hidup yang setanding dengan negara lain. Pimpinan sepenuh hati Tunku, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Abdullah dan Tun Mahathir terhadap Kg Kurnia Malaysia melalui sebuah Organisasi Melayu Bersatu membuktikan keyakinan negarawan ini kepada Organisasi yang dianggotai mereka. Sebagai pemimpin dan ahli, mereka tahu bertanggungjawab dan apa yang perlu dibuat demi agama, bangsa dan negara.

Alhamdulilah, Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin dan Naib-Naib mewarisi keperluan dan ciri-ciri negarawan berkat didikan formal dan pergaulan dengan negarawan ikhlas hati berkhidmat. Yang uniknya kaum-kaum lain juga sama-sama membangunkan Malaysia tercinta dan masing-masing tahu peranan yang perlu dipikul. Kebolehan pimpinan ini membuat sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan warga Kg Kurnia dan kemajuan selesa, bagaimanapun ada kalanya tidak dapat difahami oleh warga Kg Kurnia dek kesibukan bekerja selain faktor akses kepada maklumat. Jurang cara berfikir dan kurang maklumat ini perlu diatasi bagi mengelakkan disalah guna oleh Sang Penglipurlara yang buat masa ini didalangi oleh Sang Pauh dan Sang Lexus. Contoh yang jelas adalah kebolehan Tun membuat keputusan meminta Sang Pauh mengundur diri secara terhormat dari barisan kabinetnya.

Nyata Sang Pauh bukan seorang pemimpin ikhlas berjuang, kerana apabila kepentingan dirinya tidak dipenuhi, politik ‘sampai hati’ mencerca rakan karib semasa dalam kabinet sekarang menjadi falsafah politiknya. Yang paling menyayat hati adalah Sang Pauh, Sang Lexus dan Sang Pokok sanggup mencerca rakan karib Islam dalam setiap ucapan mereka demi meraih sokongan. Istigfarlah.
Kesimpulannya, bertautlah pimpinan Melayu, Islam berhemah. Keikhlasan berjuang untuk agama tercinta yang diperlihatkan oleh Melayu Bersatu perlu dibajai selalui agar akar tautannya bertambah kukuh.

Wassalam