Saturday
Pimpinan Responsif - Kg Kurnia, Negara, Sejahtera
Salam pada semua...
Pimpinan responsif bermaksud sentiasa peka kepada kehendak masyarakat dan bertindak dengan segera mengatasi kekalutan dan permasalahan jika benar-benar ujud tetapi setiap pelan tindakan yang dirancang perlu dibuat penilaian mendalam agar penyelesaian yang akan terhasil dapat mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan penduduk dikemudian hari. Prinsip pimpinan inilah yang sentiasa dipegang oleh Ketua Kg Kurnia terdahulu sehingga kini. Contoh bukti yang jelas adalah keresahan penduduk bumiputra Kg Kurnia setengah abad yang lalu dimana mereka tertinggal dalam segala aspek merangkumi ekonomi, pendidikan, prasarana, kemudahan asas, perniagaan, akses kepada ilmu, akses kepada air bersih, kesihatan, pengangkutan dan ilmu agama. Ketua Kg Kurnia bersama ketua-ketua masyarakat dalam Kg Kurnia sentiasa bermesyuarah, berbincang dan berbahas dalam memastikan pelan tindakan dan teras strategi benar-benar tercapai.
Ternyata selepas 50 tahun, didepan mata warga Kg Kurnia sekarang , segalanya ada, walaupun tidak disemua kampung, akibat faktor-faktor tertentu misalnya keadaan geografi yang menyukarkan perhubungan. Yang sahih, dari minum air sungai, telaga, perigi, air hujan dan air parit, rata-rata penduduk Kg Kurnia sekarang , Alhamdulilah mempunyai akses kepada air bersih, air paip malah ada yang mampu minum air mineral setiap hari. Syukur juga, tempat ibadah seperti Masjid dan surau sungguh selesa kerana ada penghawa dingin yang pada suatu masa dulu hanya bangsawan sahaja yang merasainya. Keselesaan tidak datang sekelip mata tetapi perlu teras strategi-strategi dan pimpinan yang baik yang sememangnya telah dibukti didepan mata berkat pimpinan terbilang. Syabas di ucapkan kepada Ketua-Ketua Kg Kurnia terbaik sejak merdeka dan mengekalkan ‘Gandingan Kemerdekaan’ ini demi kemakmuran Malaysia.
Sang Lipur dan Sang Jalanan sedar dan mengakui selama 50 tahun pimpinan yang ada sungguh responsif. Tetapi kenapa Sang-Sang lipur tersebut sentiasa mengolah kebenaran ini dan sanggup menipu rakyat? Kerana gila kuasa, balas dendam atau Sang Lipur terikut-ikut ‘ketua’ pimpinan Sang Lipur sekarang?. ‘Ketua’ yang memang pandai bermuka-muka dan tabiat serta sikapnya dari dulu mengguna ‘jalanan dan demo’ menarik simpati penduduk Kg Kurnia.
Semoga Allah meredhai pimpinan ‘Gandingan Merdeka’ terdahulu dan sekarang. Syabas kepada Saudara Najib yang akan memimpin Kg Kurnia dan mengetuai Gandingan Merdeka. Kekalkan pimpinan responsif. Wassalam