Thursday
Miskin Sederhana Kaya Usaha Multi Sektor
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Peralihan dan urusan tadbir urus Kg Kurnia Malaysia oleh Kepimpinan Melayu yang Bersatu dan rakan gandingan perikatan kaum lain yang prihatin dan penyayang telah melahirkan warga Kg Kurnia Malaysia dari keadaan miskin kepada satu keadaan yang sederhana dan mewah kaya fizikal dan spiritual.
Kemajuan yang dikecapi oleh warga Kg Kurnia sentiasa disyukuri dan dinikmati sebaiknya oleh warga yang tahu menilai dan melihat dengan mata hati dan akal akan perubahan ketara Kg Kurnia Malaysia dari era pokok getah, sawah, kawanan ombak laut China Selatan dan Selat Melaka, menjadi era industri, otomotif dan khidmat yang lebih kompetetif dan maju. Lihat sahaja di bandar dan pekan semua warga Kg Kurnia Malaysia bersantai, berehat dan menikmati hirupan air kopi bagi menzahirkan kenikmatan hidup di Kg Kurnia Malaysia tercinta.
Begitulah hakikat hidup di bumi bertuah Kg Kurnia Malaysia. Yang berusaha pasti berjaya berkat dimudah cara oleh kepimpinan Melayu Bersatu dan sahabat kaum. Prasarana, mudah tunai, modal disediakan pada setiap individu, kumpulan, syarikat, koperasi dan termasuk warga kg kurnia Sang Rang Bulan semuanya asalkan sahaja usaha gigih berjayalah akhirnya. Para pimpinan Melayu Bersatu khususnys Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin dan barisannya sedar akan hal ini.
Apa yang dibelit oleh Sang Pauh dan rakan adalah bila warga kg Kurnia miskin semua adalah salah wakil Melayu Islam Bersatu atau Barisan, sedangkan setiap tugas dan tunjuk cara memajukan warga Kg kurnia Malaysia mestilah dibuat secara multi sektor, atau dengan erti kata lain beban atau tugas tersebut terletak pada, sebagai contoh, individu itu sendiri, ketua masyarakat, ketua kg, ahli majlis, majikan, imam, bilal dan ikut mudah kata 'setiap orang' dalam Kg Kurnia Malaysia. Warga Kg kurnia Malaysia yang sedar akan perkara ini berkata pada teman, ungkapan keliru kesukaan Sang Pauh dan rakan-rakannya, "kalau rakyat miskin ini mesti sebab wakil rakyat Melayu Bersatu sebagai punca". Itulah yang di ulang-ulang. Sedangkan kerajaan sekarang dan terdahulu diakui pimpinan dunia adalah yang terbaik. Orang Kg pun tahu Sang Pauh sememangnya sedang menikmati kemajuan Kg Kurnia Malaysia sementara penyokong Sang Pauh termundar mandir ditengah terik mentari 'menikmati' kesusahan belitan Sang Pauh sendiri.
Sekian wassalam, selamat menikmati percutian sekolah.