Monday

Islam, Kg Kurnia, Malaysia

Salam semua.
Peluang, masa, kemampuan dan ruang untuk setiap penduduk Kg Kurnia merantau Ke Luar Negara terbatas. Kemampuan sebahagian besar penduduk Kg Kurnia melihat dengan pancaindera sendiri keadaan negara-negara Islam dan negara lain juga amat terhad. Malah untuk melawat Kg di negara sendiri biasanya tidak kesampaian akibat sibuk dengan kerja selain memperuntukkan pendapatan bulanan untuk pendidikan anak-anak.
Jika mereka yang disebutkan tadi melawat negara-negara Islam lain, pasti mereka akan berkata 'syukurnya saya hidup di Kg Kurnia Malaysia'. Dari surau yang indah, masjid yang selesa, Pusat Pengajian Islam dimana ceruk kampung, hingga Universiti Islam yang gah semua ada di Malaysia. Perbezaan yang cukup jelas akan ketamadunan Negara Islam Malaysia berbanding dengan negara lain sudah pasti tidak datang dengan sendirinya. Ini diakui oleh Sang Lipur dan Sang Demo, kerana kebanyakan mereka memang berkemampuan untuk ke luar negara(hingga tak perlu guna kenderaan kerajaan - Lexusnya cukup canggih) dari segi material hasil dari kesuburan ekonomi Kg Kurnia Malaysia.
Rumusan yang boleh dibuat adalah Sang Lipur cukup berjaya menipu rakyat Kg Kurnia dan mereka mengambi kesempatan ini dengan cukup licik dan licin agar tidak dapat dihidu oleh sebahagian penduduk Kg Kurnia yang kurang bernasib baik, yang sudah pasti mereka akan hidup lebih melarat dan perit akibat ketidaktentuan politik, sementara Sang Lipur dan Sang Jalanan sekadar lepas tangan kerana itulah sikap mereka sebenar.
Moga-moga Allah memberi petunjuk. Amin