Friday

INOVASI ISLAM MAJU BERJAYA SATU




Salam sejahtera semua,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Kita merasa bangga warga Kg Kurnia Islam Malaysia hari ini diiktiraf sebagai umat yang inovatif, kreatif dan produktif dimana atas usaha ini setiap inci bumi Kg Kurnia Islam Malaysia akan mendapat rahmat Allah SWT . Rasulullah bersabda dalam hadithnya:

Maksudnya : Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang bermanafaat kepada orang lain.”(Riwayat at-Tabarani)

Jelas sekali Kg Kurnia Islam sungguh bertuah atas kurnia Allah dipimpin oleh pimpinan Kepimpinan Melayu Bersatu yang diteraju oleh Pimpinan hebat Tunku… hinggalah masa kini Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin yang memimpin Negara Kg Kurnia Islam dengan idea-idea kreatif dan pemikiran yang fokus dan sentiasa berinovasi. Agenda meningkatkan dan meninggikan syiar Islam sentiasa dalam agenda utama pimpinan Melayu Bersatu yang diterjemahkan melalui sumbangan dan pelan dan dana pembangunan yang berorientasikan Islam. Warga Kg Kurnia sendiri dapat melihat pembangunan dakwah Islamiah dan infrastuktur dan kemudahan asas warga Islam yang hebat di Kg Kurnia masing-masing.

Sekian

Wasalam

Ibadah Gemilang OIC G7 Islam Gemilang



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Salam sejahtera semua dan Selamat Hari Raya Korban

Firman Allah SWT yang bermaksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah Ali Imran, ayat 185)

Pada hari agung kepada umat Islam ini, ketika mana Allah menjadikan manusia dari pelbagai bangsa dan warna kulit berkumpul di tempat letaknya kiblat umat Islam, kita Kg Kurnia Islam Malaysia dipersatukan dengan Islam yang menjadi panduan hidup manusia warga Kg Kurnia Islam sehinggalah ke hari kiamat. Islam yang dimiliki oleh umat manusia inilah yang memperikatkan manusia dari pelbagai rupa bangsa di pelusuk dunia dan ceruk kg Kurnia, semuanya adalah bersaudara di antara satu sama lain.

Dari sisi yang lain, haji ialah adalah ibadah yang diperintahkan untuk kita mengingati dua Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam dan Nabi Muhammad SAW. Di dalam duduk tahiyyat ketika solat, kita menyebut nama kedua-dua nabi ini manakala di dalam ibadah haji, kita menjadikan amalan yang dimulakan oleh Nabi Ibrahim dan disahkan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai amalan haji.

Kenapa kedua-dua nabi ini begitu dominan dalam ibadat solat dan haji? Antaranya ialah kerana sejarah kedua-duanya yang begitu gemilang dengan pengorbanan di dalam melaksanakan perintah Allah SWT dan tadbir urus Negara sehingga warga Kg Kurnia Islam Malaysia mengecapi kenikmatan menyebut nama Allah dan Nabi Muhammmad dan Nabi Ibrahim dalam solat. Jelas sekali, kedua-duanya merupakan contoh yang sangat baik dan praktikal untuk dijadikan ikutan di dalam hidup sebagai seorang mukmin.

Mengambil iktibar sirah dan sejarah Islam, urus tadbir Kg Kurnia Islam Malaysia yang diteraju oleh Melayu Bersatu sejak 50 tahun lepas sentiasa bertambah cemerlang kesederhanaan Islam warganya yang memang di akui oleh pimpinan OIC, G7, APEC dan EU. Baton urus tadbir Sdr Najib yang di dokong penuh tertib oleh warganya Sdr Muhyiddin, Sdr Hisham, Sdr Khairy, Sdr Khir dan Puteri Islam bijaksana lagi berhemah meyakinkan semua warga Kg Kurnia bahawa mereka akan membawa Kg Kurnia Islam Malaysia ke aras yang tertinggi, lebih tinggi dari Menara Dubai, KLCC dan Warisan.

Memang lumrah, di mana-mana Negara, Sang Umang-umang akan sentiasa mengambil kesempatan. Jelas sekali Sang Umang dan Sang Pauh bersama Sang Rang Bulan Mengambang hanya mengajar pendengarnya yang keliru dan bermasalah menjadi lebih khayal, hanya berfikir untuk goyang kaki dan menunggu subsidi.

Doakanlah agar pemergian ke Rumah Allah warga Kg Kurnia pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya diberkati oleh Allah SWT dengan pemergian dan kepulangan yang aman sejahtera, Insya-Allah. Hajjun Mabrur wa Sa’yun masykur.

Sekian, wassalam

Monday

Damai Tawakal Ibadah Ekonomi Jana Islam



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Salam sejahtera semua dan Selamat Hari Raya Aidil Adha,

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya: “Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah.” (Al-Anfaal: 61)

Ketua Kampung Kurnia Melayu Islam Sdr Najib yang bijaksana lagi terpelajar, cenderung kepada perpaduan dan perdamaian, sentiasa mengajak semua warga Kg Kurnia Islam Melayu Bersatu di bawah barisan sedia ada, yang selari dengan saranan pesanan dan ingatan saudara Khatib semasa berkhutbah setiap kali Jumaat di seluruh masjid yang indah dan selesa tenteram aman dan damai. Inilah satu pentadbiran Islam sederhana berwawasan dan sentiasa berlandaskan fakta, sebenar dan fokus kepada keperluan warga Kg Kurnia indah tercinta.

Usaha murni membawa pasaran ekonomi negara ke persada dunia adalah wawasan setiap pimpinan Islam yang di buktikan dengan urus tadbir dan ketelusan Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin membawa ekonomi Kg Kurnia Malaysia Islam menjadi lebih kompetetif dan berdaya saing.

Enjin pengimbang persekitaran yang telus dan ikhlas dan pelaksanaan projek pembangunan ekonomi semakin meningkat dari aspek kualiti dan pencapaian yang gemilang. Barisan pemuda Melayu Islam Kg Kurnia Islam Melayu yang berwibawa dan konsisten pimpinan Sdr Khairy dan Dr Khir menjadi pemacu terbesar yang kekal jayanya sejak puluhan tahun pimpinan Melayu Bersatu berkhidmat untuk rakyat dan warganya.

Professor Dr Shafiq dari Universiti Iskandariah kagum dengan pencapaian, taraf hidup, prasarana dan keselesaan umat Islam di Kg Kurnia menjalankan ibadah dan syariat Islam tanpa kerisauan dan was-was walau sekecil zarah atom. Why do you want to change the United Malay leadership and administration? I don’t believe Sang Bulan and Sang Pauh can do better than United Malays Muslim…. Tambah Professor Dr Shafiq dengan yakin.

Sekian, wassalam, jazakallah