Saturday

Ekonomi Islam Hakikat Raya Korban


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Salam sejahtera semua,

“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah. Keadaan yang menakutkan bertukar menjadi keamanan. Mereka itu mengabdikan diri kepada Aku yakni Allah, dan mereka tidak menyengutui Aku yakni Allah dengan sesuatu yang lain. Dan sesiapa yang kufur selepas itu mereka itulah orang-orang yang fasiq.

Bajet 2011 yang dibentangkan oleh pimpinan berwibawa lagi bijaksana Sdr Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, selaku Menteri yang Menjaga Perbendaharaan Kg Kurnia Islam Malaysia pada tanggal 15 Oktober 2010 telah menjelaskan lagi bahawa agenda ekonomi dan transformasi yang dibawa oleh para pemimpin dan cadangan bernas dari Ketua Kampung Melayu Bersatu dari Kg Kurnia Perlis hinggalah Ke Kg Kurnia Sabah akan membawa Kg Kurnia dan warganya, Khususnya Melayu Bersatu Islam berdiri gagah menempuh arus perdana dan arus ekonomi dunia yang masih dikuasai oleh Kumpulan G7 yang tidak diwakili oleh mana-mana Negara Islam. Bukti jelas Sdr Najib dengan sokongan padu Melayu Bersatu dan kaum lain yang ada di bumi bertuah Kg Kurnia Malaysia Islam. Jelas pelan dan tindakan gandingan Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin sungguh menumpu dan mengarah kemana Kg Kurnia Malaysia akan di bawa kearah kesejahteraan, aman, sihat, memudah rakyat, moden, sederhana dan yang akhir sekali menambah kekuatan Melayu Islam Kg Kurnia yang akan menikmati tanaman pemimpin Kg Kurnia.

Komen Profesor Akhbar dari University of London yang pernah berkunjung ke Kg Kurnia Islam Malaysia berkaitan Kg Sang Rang Bulan Mengambang dan Kg Sang Pauh sebenarnya masih berpusing di takuk lama dan tidak berinisiatif. Tambah Prof Akhbar, Sang Niki dan Sang Had suka menaburkan kata-kata yang indah-indah bersifat kosmetik, dengan membelitkan apa saja idea dan pelan saudara Islam Melayu yang ikhlas membina modal insan yang akan menjadi enjin melaksanakan agenda perubahan ekonomi Islam Melayu. Jelas sekali, akibat dari sistem pemerintahan yang tidak mempunyai hala tuju di Kg Rang Bulan, maka kesejahteraan rakyat tentunya akan berada di takuk lama. Inilah yang nyata bahawa asas terbesar ialah bahawa kerajaan yang dipacu oleh Rang Bulan gagal dalam mencapai matlamat Kg Kurnia Melayu maju dan sejahtera setelah diberi peluang memerintah selama lebih 20 tahun, bagaimana mungkin kerajaan Rang Bulan Mengambang dan Sang Pauh boleh melakukan perubahan dengan satu dasar lain pula sedangkan sistem pemerintahan dan politik sandi dan wara terhadap rakyat di luar bandar terus berleluasa?

Jelas pimpinan Melayu Islam Bersatu menekankan peningkatan taraf hidup rakyat miskin melalui fasa di mana cadangan dan maklumbalas rakyat teramai ini menjadi sebahagian dari enjin aktiviti ekonomi bahkan mereka juga menjadi pemain dalam memperkasakan pembangunan negara.

Semoga kita semua memperoleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Hari Raya Korban 10 Zulhijjah 1431
Wasalam

Tuesday

Rohani Jasmani Warisan Melayu Bersatu Puncak Menara


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh warga Kg Kurnia Malaysia

Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang;
Allah SWT menegaskan, “Kitab (al-Quran) ini tidak syak lagi memberi Petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa”. Dan hanya orang-orang yang bertaqwa yang menjadikan al-Quran Karim sebagai Petunjuk. Marilah kita mempelajari daripada menafsirkan al-Quran Karim secara praktikal atau amali yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Jelas, gandingan pimpinan Melayu Bersatu Islam Sdr Najib, Sdr Muhyiddin dan Warga Muslimah Melayu Bersatu begitu terserlah praktikal dan amali membina syiar Islam dan tadbir urus, sederhana dalam pendekatan membangun Islam dan negara, pentadbiran yang cekap dan baik walaupun berdepan dengan sandiwara Sang Pauh, Sang Rang Bulan Mengambang dan Sang Kar.
Jelas, mudah, berobjektif, sederhana, fokus rakyat dan pelan strategik yang mantap dan meyakinkan…………… ujar Professor Nasrudin dari Nilam Puri dan Professor Madya Hakimin dari Bukit Kayu Hitam. Begitu indah kehidupan di Galas dan Batu Sapi seindah prasarana Menara Warisan Kg Kurnia Islam di Kuala Lumpur yang di reka bentuk oleh warga Melayu Islam Bersatu kreatif dan inovatif.

“Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Allah yang menjadikan mereka itu golongan yang berkuasa, dan memerintah negara di atas muka bumi ini sebagaimana dikurniakan kepada umat yang terdahulu dan Allah menjadikan keadaan yang berubah, agama yang diredha ialah Islam ini berkuasa memerintah.

Sdr Najib...Teruskan usaha secara sederhana dan bijaksana……

Sekian.
Salam Hormat,

Saturday

Bersatu Melayu Muslim Muafakat




Assalamualaikum wbt semua warga saudara Melayu Islamku

Allah SWT menyeru agar hubungan seumpama ini sentiasa dibentuk sebagaimana firman Nya dalam Surah al Hujuraat ayat 13 yang bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”

Selamat Hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia.

Syukur kehadrat Allah berkat kurniaNya, sekali lagi pimpinan Melayu Kg Kurnia Islam Malaysia berhimpun di persada Bangunan Putra Pusat Perniagaan persisir sungai Lembah Kelang yang airnya mengalir membelah Kg Kurnia Kuala Lumpur. Taat setia tidak berbelah lagi pimpinan Melayu bersatu kepada Sultan Pemerintah Islam Kg Kurnia begitu meyakinkan dengan membawa Kg Kurnia kemercu puncak dunia. Model kepemimpinan sederhana ini berjaya membawa kegemilangan Kg Kurnia ke mata dunia dan menjadi sebutan warga kota Hakata dan Manchester.

Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin begitu menyerlah menyusun kata dan fikiran bersama meneliti dan menganalisa setiap rintihan pimpinan Kg Kurnia dari pelusuk Negara bagi memastikan setiap saranan bijak dari pimpinan Kg Kurnia diberi perhatian sewajarnya. Sdr Khairy juga telah memberi buah fikiran yang matang dan bernas lagi bijaksana bagi memastikan kesinambungan pimpinan Melayu terus gah memimpin Negara tercinta.

Semua warga Melayu Islam Kg Kurnia cukup berbangga dengan kebijaksanaan Sdr Najib dan pimpinan pemuda, pemudi tiang Negara. Kehebatan pimpinan Melayu bersatu ini ini diakui sendiri oleh Sang Rang Bulan dan Sang Had. Begitu juga Sang Niki yang tidak ketinggalan mengikuti himpunan warga Melayu Kg Kurnia Islam Malaysia. Sang Had dan Sang Niki sebenarnya mengakui kekuatan Sdr Najib yang tegas, tepat dan bijak serta mahir benar mengurus Negara Kg Kurnia Islam Malaysia.

Sang Niki dan Sang Pauh mengakui pelik dengan sesetengah warga Kg Kurnia Melayu Islam yang mudah di belit mereka melalui ceramah mingguan. Pengikutnya sering bertindak tidak rasional akibat percaya cerita dongeng Sang Niki yang jelas tiada apa-apa yang manafaat. Sang Niki memaklum pada Sang Pauh bahawa Rang Bulan tidak berbuat apa-apa di Kg Bulan Mengambang, tetapi menambah dan menyukarkan kehidupan warga Kg Kurnia amat ternyata. ‘Kawe tidak mahir mengurus tadbir Kg Kurnia kawe’ ujarnya.


Marilah sama-sama kita kukuhkan bersama Pimpinan Melayu Bersatu, Sdr Najib keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang warga Melayu Islam, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Semua pimpinan Melayu Bersatu meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinan. Pimpinan Melayu bersatu benar dan ikhlas mengujudkan sebuah kerajaan yang komited mengamalkan dan memastikan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya di laksana.

Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat bersidang dan bermesyuarah saudara-saudaraku.

Sdr Najib, Sdr Muhyiddin, Sdr Khairy dan Sdr Khir, teruskan perjuangan ikhlas dan bersih kalian….. fokus pada warga Kg Kurnia tercinta. Biarkan pimpinan Sang Pauh yang sabit dengan masalah moralnya.


Sekian,


Wasalam