Monday

Maulidur Rasul Melayu Islam Bersatu Sejahtera


بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين
والصلاة والسلام على سيّدنا محمد
وعلى اله وصحبه ومن اتبع هداه الى يوم الدين

Salam sejahtera saudara saudari ku,

Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat dari Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini,sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'.
(Al-Anbiya’:107) Sebagai seorang Rasul yang diutuskan,darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu,arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini,tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.

Syukur Warga Kg Kurnia Islam Melayu Bersatu atas kejayaan dan kebijaksanaan atas teraju kepimpinan Islam Melayu Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin membawa Kg Kurnia Islam Malaysia kearah yang lebih cemerlang dan gemilang.

Sekian, wassalam