Saturday
Ulama’-Umara’ Islam Melayu Bersatu Ummah Sejahtera
Saudara-saudariku Yang Dirahmati Allah,
Rasulullah SAW bersabda:
صِنْفَانِ مِنَ النَّاسِ إِذَا صَلَحَا صَلَحَ النَّاسُ وَإِذَا فَسَدَا فَسَدَ النَّاسُ: العُلَمَاءُ وَالأُمَرَاءُ
Mafhumnya: “Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat akan jadi baik, dan jika kedua-duanya rosak, maka masyarakat akan rosak, mereka itu ialah ulama’ dan umara’”.
Jelas setelah setengah abad teraju Kg Kurnia Islam Malaysia di selaras pandu oleh pimpinan Melayu Islam Bijaksana, dengan penyatuan bijak pandai Ulama dan Umara yang berintegriti, telah dapat membawa gemilang umat Islam Kg kurnia Islam Malaysia ke arah yang lebih baik dari sesetengah negera dimana Islam mula bertapak didunia.
Jelas dan nyata, peranan ulama dan umara baik dihadapan atau dibelakang teraju urus tadbir, amat ikhlas mengimbangi peranan masing-masing hinggalah semua anak, cucu, cicit, angah, atuk, along, tok kenali, pak teh, pak tam dan semua warga kg kurnia syukur menikmati udara ketenangan hidup di Kg Kurnia Islam Malaysia.
Baton urus tadbir di pastikan beralih dengan baik dan sopan bagi mengekalkan integriti ulama dan umara terus berjaya dengan pelan cita Kg Kurnia Islam Malaysia. Terima kasih mempunyai organisasi terancang tersusun sebegini. Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin kekalkan momentum integriti penyatuan ini.
Sekian, wassalam
Monday
Maulidur Rasul Melayu Islam Bersatu Sejahtera
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين وبه نستعين
والصلاة والسلام على سيّدنا محمد
وعلى اله وصحبه ومن اتبع هداه الى يوم الدين
Salam sejahtera saudara saudari ku,
Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat dari Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini,sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'.
(Al-Anbiya’:107) Sebagai seorang Rasul yang diutuskan,darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu,arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini,tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.
Syukur Warga Kg Kurnia Islam Melayu Bersatu atas kejayaan dan kebijaksanaan atas teraju kepimpinan Islam Melayu Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin membawa Kg Kurnia Islam Malaysia kearah yang lebih cemerlang dan gemilang.
Sekian, wassalam
Sunday
Syukur Siswa Siswi Islam Sejahtera
Assalamualaikum saudara saudari sekelian,
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali"…
Warga Kg Kurnia Islam Malaysia tidak henti-henti mengucapkan syukur kepada Allah atas kurniaNya dapat kembali semua anak watan warga Kg Kurnia yang berjihad menuntut ilmu di Mesir (Egypt) yang terkenal dengan Universiti AlAzhar terulung.
Ketua Kg Kurnia Islam Melayu Bersatu Sdr Mohd Najib dan pimpinan mudanya yang bijaksana lagi berpandangan jauh melalui pelan tindakan yang tersusun lagi rapi telah dapat memastikan semua siswa siswi yang sedang berjihad menuntut ilmu selamat sampai menjejak kaki ke Kg Kurnia Islam Malaysia.
“Terima kasih dan kami hargai Jasa Baik Pemimpin Bijaksana Kg kurnia Islam Malaysia…Khususnya Sdr Mohd Najib dan Sdr Muhyiddin. Pimpinan Islam sederhana beginilah yang kami inginkan, Ikhlas dan telus” kata hati dan mulut siswa siswi kita.
Sekian, wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)