Thursday

Miskin Sederhana Kaya Usaha Multi Sektor




Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Peralihan dan urusan tadbir urus Kg Kurnia Malaysia oleh Kepimpinan Melayu yang Bersatu dan rakan gandingan perikatan kaum lain yang prihatin dan penyayang telah melahirkan warga Kg Kurnia Malaysia dari keadaan miskin kepada satu keadaan yang sederhana dan mewah kaya fizikal dan spiritual.

Kemajuan yang dikecapi oleh warga Kg Kurnia sentiasa disyukuri dan dinikmati sebaiknya oleh warga yang tahu menilai dan melihat dengan mata hati dan akal akan perubahan ketara Kg Kurnia Malaysia dari era pokok getah, sawah, kawanan ombak laut China Selatan dan Selat Melaka, menjadi era industri, otomotif dan khidmat yang lebih kompetetif dan maju. Lihat sahaja di bandar dan pekan semua warga Kg Kurnia Malaysia bersantai, berehat dan menikmati hirupan air kopi bagi menzahirkan kenikmatan hidup di Kg Kurnia Malaysia tercinta.

Begitulah hakikat hidup di bumi bertuah Kg Kurnia Malaysia. Yang berusaha pasti berjaya berkat dimudah cara oleh kepimpinan Melayu Bersatu dan sahabat kaum. Prasarana, mudah tunai, modal disediakan pada setiap individu, kumpulan, syarikat, koperasi dan termasuk warga kg kurnia Sang Rang Bulan semuanya asalkan sahaja usaha gigih berjayalah akhirnya. Para pimpinan Melayu Bersatu khususnys Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin dan barisannya sedar akan hal ini.

Apa yang dibelit oleh Sang Pauh dan rakan adalah bila warga kg Kurnia miskin semua adalah salah wakil Melayu Islam Bersatu atau Barisan, sedangkan setiap tugas dan tunjuk cara memajukan warga Kg kurnia Malaysia mestilah dibuat secara multi sektor, atau dengan erti kata lain beban atau tugas tersebut terletak pada, sebagai contoh, individu itu sendiri, ketua masyarakat, ketua kg, ahli majlis, majikan, imam, bilal dan ikut mudah kata 'setiap orang' dalam Kg Kurnia Malaysia. Warga Kg kurnia Malaysia yang sedar akan perkara ini berkata pada teman, ungkapan keliru kesukaan Sang Pauh dan rakan-rakannya, "kalau rakyat miskin ini mesti sebab wakil rakyat Melayu Bersatu sebagai punca". Itulah yang di ulang-ulang. Sedangkan kerajaan sekarang dan terdahulu diakui pimpinan dunia adalah yang terbaik. Orang Kg pun tahu Sang Pauh sememangnya sedang menikmati kemajuan Kg Kurnia Malaysia sementara penyokong Sang Pauh termundar mandir ditengah terik mentari 'menikmati' kesusahan belitan Sang Pauh sendiri.

Sekian wassalam, selamat menikmati percutian sekolah.

Saturday

Bersatu Melayu Jambatan Kepimpinan Satu Malaysia




Salam ukhwah......

Jelas satu idea yang padat, merangkumi semua, sesuai, mudah difahami, nyata dan jelas. Ketua Kg Kurnia Malaysia bijaksana, Sdr Najib dengan gagasan dengan misi dan visi yang mudah yang fokus kepada rakyat dan warga Kg Kurnia Malaysia diyakini dapat membawa warganya kemercu gemilang mengharungi ketidakstabilan ekonomi. Pimpinan masyarakat Melayu dan kaum lain mengakui dan menyedari dengan Bersatunya Melayu, pendukung kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Malaysia akan menderaskan pemulihan niaga bisnis dari pasar malam, kedai runcit, pasar rabu, pasaraya dan pasaran saham Kg Kurnia Malaysia. Ini dapat jelas dilihat di seluruh Kg Kurnia Malaysia ekonomi perniagaan bangkit disana sini.

Paksi kemajuan Kg Kurnia Malaysia bermula dari Kesultanan Melayu Melaka, diikuti Sultan Pemerintah Melayu Islam lain seperti Johor, Selangor, Pahang, Perak dan semua negeri kesultanan Melayu Islam. Satu bukti jelas kebijaksanaan Pemerintah Melayu Islam yang berjalan seiring dengan pimpinan organisasi pecinta negara Melayu Bersatu dapat membawa dan mengekalkan kelajuan pusingan paksi kemajuan Kg Kurnia Malaysia. Ikatan padu warga kg ini mesti dikekalkan bagi memastikan keharmonian ekonomi dan jalin mesra penduduk semakin gemilang.

Pegangan kukuh prinsip urus tadbir Kg Kurnia Malaysia Johor sebagai contoh, warganya yang tidak mudah digoyah dek mainan Sang Pauh penjana demo jalan yang tidak menghormati pimpinan Melayu Bersatu Islam . Warga-warga ini sedar kepahitan jerih membangun Kg Kurnia sehingga gah perlu kepimpinan Melayu Bersatu yang bijaksana. Kesyukuran pada Yang Esa lahir dibumi bertuah Melayu Islam perlu ditanamkan kepada semua warganya muda dan dewasa tanpa mengira kaum. Jadikan perbezaaan kaum dan agama sebagai satu keunikan bukan bebanan.... Melayu Bersatu Satu Malaysia

Sekian, jumpa lagi wassalam.