Sunday
Perancang Tamadun Permudah Pelaksana Kg Kurnia Sejahtera
Assalamualikum dan Salam Sejahtera…
Tahniah atas Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin atas izin Allah berada dipersada urus tadbir Kg Kurnia Malaysia minggu lepas. Terserlah kebijaksanaan warga Kg Kurnia Melayu memilih pimpinan Kg Kurnia bumi bertuah dan makmur ini. Susun atur pimpinan Pemuda Muafakat Melayu Islam, Wanita Islam Bersatu Melayu, ‘United Malay’ dan semua wakil Kg Kurnia Islam cukup berhemah, adab susila disusun, perbahasan penuh makna dengan semua wakil warga Kg Kurnia silih berganti menyusun kata membawa pesan dari Kg Kurnia masing-masing. Pemilihan pimpinan dari kepelbagaian latarbelakang, profesionalisme, pengalaman dan ilmu dunia dan akhirat dikalangan warga Kg Kurnia Malaysia Melayu Muafakat dirahmati oleh Allah dan diterjemahkan kebijaksanaan dan keberkatan tersebut menjadikan keunikan pelan pembangunan warga dan Kg Kurnia dapat dicapai dengan berjaya bergemilang.
Setiap perancang ketamadunan Kg Kurnia Malaysia di permudahkan oleh pimpinan bijaksana terpilih Melayu bersama anak-anak watan bijak cerdik dilaksana dengan jayanya. Faktor - faktor penyebab kejayaan, faktor penggalak warga Kg Kurnia bekerja lebih keras dan faktor pemboleh jaya sesuatu pelan rancangan pembangunan memang sentiasa dan wajib diambil kira agar hasil dari sesuatu dasar dan pelan rancangan Kg Kurnia akhirnya menjadikan warga dan rakyat Kg Kurnia sejahtera. Dalam erti lain, sejahtera taraf hidup, pemikiran, budaya dan kualiti hidup seharian masyarakat bertambah baik dan sentiasa dirahmati Allah.
Sebagai warga Kg Kurnia Malaysia berhemah, kita perlulah bertindak secara berfikir dan menggunakan semua lima pancaindera kurniaan Allah ketika memilih pimpinan. Jauhi dari pimpinan Sang Pauh, Sang Bawah Pokok, Sang Kar, Sang Siang, Sang Gua dan Sang Rang Bulan yang tidak mengamalkan cara berfikir bertamadun dan cendiakawan, tetapi mengguna warga Kg Kurnia yang miskin segala segi untuk politik jalanan dan politik poket sendiri. Sang Pauh sebagai contoh hanya fikir bagaimana membelit fikiran pengikutnya yang memang miskin ilmu dan harta (ada pengikutnya jejak KLIA pun tak pernah akibat kekangan ekonomi/pendapatan). Walaupun ucapan Sang Pauh dan Sang Pokok seperti benar belaka, tetapi sebenarnya dalam benak fikiran mereka hanya terbayang hotel mewah luar negara yang akan dikunjungi saban bulan, sambil menikmati segelas air jus buah anggur berwarna biru coklat berais. Tentang makan minum pengikutnya, Sang Pauh dan Sang lain memang tidak peduli.
Sekian, bersyukurlah diatas kurnia Allah kepimpinan sejahtera Kg Kurnia Malaysia. Wassalam
Tuesday
Kekuatan Tiga Menteri Besar Unggul
Assalamualikum wbt,
Sdr Najib, Sdr Muhyiddin dan Sdr Dr Khir merupakan ‘Mitsubishi’ mengikut bahasa Jepun atau tiga permata Menteri Besar Kg Kurnia Pahang(P), Kg Kurnia Johor(J) dan Kg Kurnia Selangor(S). Mereka merupakan permata-permata yang melambangkan kualiti kepimpinan Melayu yang diakui kebolehannya dalam mentadbir Negara. Kualiti tadbir urus ketiga-tiga permata ini yang mempunyai pengalaman yang cukup luas, tenang menghadapi cabaran, yakin pada diri sendiri dan mempunyai nilai murni membangun warga Kg Kurnia Malaysia.
Keseimbangan pendekatan cara kerja saudara-saudara Islam kita ini diyakini akan dapat membawa jauh Malaysia ke mercu kejayaan yang gemilang. Bukti jelas didepan pancaindera warga Malaysia, ketiga-tiga negeri Kg Kurnia PJS ini amat menyerlah ketamadunannya berbanding dengan negeri Rang Bulan Mengambang.
Untuk warga Kg Kurnia Melayu Islam, kukuhkan dan kuatkan daya juang diri bersama Mitsubisi ini demi kemajuan Bangsa Melayu, Agama Islam dan Kg Kurnia Islam Malaysia.
Wassalam dan sejahtera sentiasa.
Sunday
Selesa Teratur Wibawa Melayu Muafakat
Kepimpinan Ketua Melayu Kampung Kurnia Malaysia akan berhimpun dengan Ketua Ketua Kg Kurnia seluruh Malaysia pada minggu hadapan. Pelepasan skrol urus tadbir dari Sdr Abdullah yang berhemah dan bijaksana kepada Sdr Najib yang taat setia, bertanggungjawab dan bervisi ketika menutur kata berkat dari didikan dan asuhan Yg Bhg Tun Razak yang amat bertumpu membela masyarakat Melayu Kg Kurnia Malaysia dizamannya, serta didokong Sdr Muhyiddin harus disyukuri dan disambut dengan doa ikhlas dari seluruh warga dan rakyat Kg Kurnia Malaysia. Pada hemat saya, peralihan urus tadbir ini sungguh bertamadun, penuh dengan aturan, selari dan seiring dengan sifat orang Melayu yang sayangkan pemimpin dan taat setia kepada Raja dan Sultan Pemerintah Islam.
Pertukaran yang berwibawa ini telah, dengan nyata dan jelas, terbentang didepan warga Kg Kurnia akan kemakmuran Kg Kurnia Malaysia. Seluruh warga Melayu dan kaum lain seiring dan bersama menikmati kebahagian hidup di bumi bertuah Kg Kurnia Malaysia. Kaum lain juga turut meraikan setiap kedatangan dan peralihan Ketua Kg Kurnia dengan sokongan kehadiran wakil kaum lain berhimpun bersama. Dengan berkat Allah jua akan bertambah makmur Kg Kurnia Malaysia tercinta ini.
Keberadaban peralihan ini sungguh cemerlang dan berbeza sekali dengan cara berpolitik Sang Pauh, Sang Pokok, Sang Siang dan Sang Kar. Sang Pauh dengan Sang Siang dengan putaran dongengnya telah pinta Sang Ikut di Pinang Pauh turun pangkat. Sungguh sedih melihat pengikut-pengikut Sang Pauh yang rata-rata Melayu dan kaum lain yang hidupnya kais pagi makan pagi di Kg Kurnia Pinang ditambah dengan ekonomi turun naik dan urus tadbir kelam kabut (chaos) akibat kepimpinan yang lemah, tidak berpengalaman, tidak yakin dan mementing kantung poket sendiri, maka makin sempit kehidupan pengikut dan warga Kg Kurnia Pinang. Perkara ini diakui secara spontan (sukarela bercerita) oleh warga-warga Pinang ketika jejak kaki ke utara baru-baru ini. Memang gaya Sang Pauh yang suka duduk senang di Hotel Mewah (hasil dari elaun wakil rakyat dan titik peluh pengikutnya) di luar negara menghirup Jus Oren manis lazat bagi menghilangkan sakit tekak membelit cerita kepada Sang pengikutnya. Itulah hakikatnya.Sedarlah.
Walau apa pun, syukur kehadrat Allah atas kurniaNya Kg Kurnia Malaysia sentiasa aman dan tenteram. Sudah tentu limpahan Kurnia Allah yang Maha Kaya dan Maha Mengasihani dan berkat kepimpinan Melayu Islam yang bijaksana, mudah dan praktikal. Kepada Sdr Najib, Muhyidin dan pimpinan lain selamat menerima tadbir urus Kg Kurnia Malaysia Tercinta moga sentiasa sihat sejahtera warga Malaysia.
Sekian. Selesa Teratur Wibawa Melayu Muafakat. Wassalam
Friday
Melayu Kg Kurnia Kekuatan Padu Malaysia
Assalamualaikum semua,
Ketua Kg Kurnia Malaysia, Sdr Abdullah akan melepaskan baton pimpinan kepada Ketua Kg Kurnia Malaysia yang memang sudah diakui kewibawaannya,Sdr Najib, hasil didikan Yg Berbahagia Tun Razak yang cukup ikhlas berjuang, bekerja, memikir dengan bijaksana, mengutamakan rakyat penduduk Kg Kurnia dalam segala segi supaya sejahtera aman sentiasa. Gaya penyampaian baton yang cukup berhemah ini melambangkan bahawa Melayu Kg Kurnia Malaysia telah mencapai tahap dan aras ketamadunan yang tinggi, berilmu, jatidiri kuat, urus tadbir Islam gemilang dan bervisi jelas dan praktikal. Kombinasi pimpinan Melayu dengan Sultan pemerintah Melayu Islam adil bijaksana berjiwa rakyat, akan berjaya dengan gagahnya membawa Kg Kurnia Islam Malaysia ketahap yang selesa serta dapat mengharungi ketidaktentuan ekonomi sejagat yang melanda masa kini.
Begitu juga dengan peralihan kepimpinan muda Melayu gemilang yang memang cerdik pandai anak-anak watan Kg Kurnia Malaysia lahir selepas merdeka yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih kepada pimpinan Melayu Islam terdahulu. Mereka juga mempunyai latar belakang urus tadbir Kg Kurnia yang setiap keputusan dibuat pertimbangan demi kesejahteraan hidup warganya. Sdr Khir, Khairy dan Mukriz memang diakui mempunyai kelebihan masing-masing dan saling melengkapi diantara satu sama lain dan jika andainya dibenarkan Kg Kurnia mempunyai lebih dari seorang, ketiga-tiga pimpinan ini dapat membawa Kg Kurnia Malaysia kearah yang lebih gemilang.
Bagi warga Kg Kurnia yang masih terikut-ikut Sang Lexus dan Sang Pauh, perlu memikir dengan aman, sejahtera, sedar dan berdasarkan bukti didepan mata bahawa kesenangan yang dikecapi bersama bukan datang secara semula jadi tetapi berkat Kurnia Allah, hasil kekuatan padu Malaysia. Jauhkan diri dari umang-umang Sang Pauh dan Sang-Sang lain yang saban tahun bercuti ke luar negara, bersenang lenang di Eropah, minum jus manis lazat di hotel mewah yang sudah tentu hasil elaun sebagai wakil rakyat pilihan rakyat yang dikelirukan oleh Sang dan rakan-rakannya, sementara penyokongnya yang kebanyakan miskin, berpendapatan cukup makan seperti kehilangan arah panduan, berdemo tidak sudah-sudah.
Yang sedihnya Ketua Kg Kurnia yang di ketuai Sdr Abdullah, Najib dan barisannya yang bekerja tanpa mengira masa dicemuh begitu sahaja oleh Sang Pauh dengan kata-kata yang tidak enak didengar.
Sekian, Melayu Islam Padu Malaysia Gemilang. Wassalam
Bajet Stimulus Kg Kurnia Sejahtera
Salam sejahtera semua warga Kg Kurnia Malaysia...
Bajet, belanjawan, rangsangan ekonomi berhemah penduduk sejahtera. Belanjawan bijaksana dari Ketua Kg Kurnia jelas akan memberi kesan sejahtera kepada warga penduduk semuanya. Bagi penduduk Kg Kurnia yang arif, berfikir, menilai dan menganalisa sesuatu perkara dengan sedar dan sentiasa yakin dengan rahmat Allah, mereka amat gembira kerana pemerintah Kg Kurnia masih mempunyai kewangan yang kukuh berkat dari kesungguhan semua warga Kg Kurnia bekerja dan mencari rezeki di bumi bertuah ini.
Persoalannya adalah siapa yang menyumbang, menyedia dan memberi buah fikiran bajet kg Kurnia Malaysia? Sudah pasti mereka adalah anak-anak Kg Kurnia sendiri yang terdiri daripada pakar-pakar ekonomi, bijak pandai anak Kg Kurnia Malaysia yang terhasil dari rancangan urus tadbir Kg kurnia. Warga Kg Kurnia telah maklum akan penghantaran anak-anak Kg Kurnia ke luar negara untuk menimba pelbagai ilmu urus tadbir yang akan diguna pakai oleh Kg Kurnia. Kebijaksanaan anak-anak bangsa kita itu, ditambah dengan kegigihan Ketua Kg Kurnia yang diteraju Sdr Abdullah dan Sdr Najib dan didokong oleh barisan bijaksana pelbagai parti dan kaum telah merumuskan bajet yang pada hemat saya bijaksana dan berimbang. Kebenaran ini harus dan wajib dijelaskan pada warga Kg Kurnia agar sentiasa memberi sokongan padu kepada Ketua Kg Kurnia Malaysia mengurus tadbir ekonomi. Dengan sokongan ini, secara sendirinya kita mengakui bijaksana, cerdik pandai anak bangsa kita sendiri.
Dalam banyak perkara kita mesti yakin dengan anak-anak kita sendiri yang merancang dan menyedia bajet tersebut. Janganlah seperti Sang Lipur yang hanya tahu menghiburkan warga Kg Kurnia dengan cerita yang tidak sahih dan berbelit tetapi dalam hati mereka penuh dengan sifat umang-umang, yang hanya memikir kantung poket mereka sendiri.
Sdr Najib dan pimpinan 'National Front' teruskan dan jayakan Bajet Bijaksana anak-anak bangsa sendiri semoga berjaya dengan gemilang menangani sebarang permasalahan ekonomi, kehidupan dan cabaran dari masa kesemasa. Amin
Jumpa lagi. Wassalam
Wednesday
Iktiraf Akreditasi Kampung Kurnia
Bismillah Sejahtera semua...
Pengiktirafan harus diberi kepada kepimpinan Kg Kurnia yang begitu berjaya memacu kecemerlangan Kg Kurnia Malaysia dalam masa yang singkat selepas merdeka, juga kredit (pujian) patut diberi kepada Raja Pemerintah Kg Kurnia Malaysia Islam yang begitu memahami hasrat rakyat jelata. Ikatan bagai aur dan tebing begitu kukuh, hinggakan ombak, badai dan hentakan kayu ke tebing tidak sesekali memusnahkan ikatan tersebut.Bagaimana ikatan antara penduduk, Ketua Kg dan Sultan Pemerintah boleh bertahan sekian lama. Jawapan yang mudah kerana semua lapisan penduduk sentiasa bersyukur atas kurniaan Allah. Begitu jelas dibacakan doa oleh Imam setiap Jumaat agar Jajahan Takluk Kg-Kg Kurnia Islam ini diberkati Allah sentiasa.
Atas Pengasih Allah penduduk Kg Kurnia telah dianugerahkan oleh Allah zuriat dan anak-anak yang bijaksana. Anak-anak inilah juga yang pada masa ini berada di pentadbiran kerajaan Kg Kurnia memikir, membentuk dasar, berdiskusi, menganalisa apa yang perlu dibuat perubahan demi kemajuan Kg Kurnia. Apa yang jelas adalah anak-anak muda Kg Kurnia menggunakan kaedah, cara dan model yang menjurus kepada faedah yang boleh didapati, dirasai dan dinikmati oleh penduduk atau rakyat (people focus), budaya menambahbaik kehidupan rakyat dan amalan yang terbaik.
Keunikan Kg Kurnia Malaysia mestilah dijaga, semai dan siram sepanjang masa. Janganlah terikut budaya Sang Pauh, Sang Lexus, Sang Pokok, Sang Bulan, Sang Siang dan Sang Gua. Mereka mempunyai nilai dan latar belakang yang berbeza antara satu sama lain, selfish dan suka 'lepas tangan'. Sang Pauh misalnya cukup suka ke luar negara duduk di hotel mewah, berhawa dingin, meneguk segelas jus buah-buahan manis dan lazat sementara pendukung mereka yang percaya cerita Sang-Sang Lipur, berbaring di atas jalan tar yang panas terik, berdebu, berteriak dan jerit dibawah separuh sedar yang mereka sendiri tidak tahu apa yang mereka lakukan bagi menghalang Raja Pemerintah yang ikhlas mentadbir jajahan takluknya kearah kecemerlangan Islam dan negara.
Sdr Najib, teruskan usaha murni dan kekalkan keunikan Kg Kurnia. Sdr Khir, Khairy dan Mukhriz kekalkan momentum bersama pimpinan Kg Kurnia yang lain.
Sekian, wassalam.
Saturday
Prihatin Akses Sesuai Berkesan Aman Tumpu Warga
Salam kepada Junjungan Nabi Muhammad dan Salam keamanan seluruh warga Kg Kurnia...
Bermula dengan prihatin yang berterusan selama 50 tahun, akses (kebolehan mendapat / mencapai sesuatu kemudahan) warga Kg Kurnia dan keboleh terimaan sesuatu pelan adalah diantara dasar, prinsip, 'standard' atau tahap tertinggi yang diamalkan bekas Ketua-Ketua Kg Kurnia Malaysia dan Raja Pemerintah dalam memastikan Kg Kurnia Malaysia menjadi negara dengan 'OA' Outstanding Achievement atau negara maju gemilang. Prinsip, dasar dan standard yang diamalkan kemudian ditumpukan, dipusatkan dan dikaitkan dengan warga penduduk Kg Kurnia Malaysia supaya pelan yang dilaksanakan akhirnya akan menjurus kepada kecemerlangan Bangsa Kg Kurnia (modal insan) sendiri yang terbit dari acuan Kg Kurnia.
Prinsip keseimbangan dalam urus tadbir Kg Kurnia telah terjalin dengan secara semulajadi atau natural. Hubungan erat antara Raja pemerintah dengan Ketua Kg Kurnia telah di akui oleh warga Kg Kurnia sendiri dan juga para penduduk Tokyo, London, USA dan OIC. Peluang bertemu, berbual dan mengiringi Duta-Duta OIC baru-baru ini mengiyakan pengiktirafan dari negara lain terhadap kepimpinan Ketua Kg Kurnia terdahulu dan sekarang. Teraju Tunku, Tun, Sdr Abdullah, Sdr Najib, Sdr Hisham dan Sdr Khir membuktikan Kg Kurnia Malaysia cukup stabil berdiri megah di angkasa.
Peranan Sang Pauh, Lexus, Sang Pokok, Sang Kar, Sang Kit dan Sang Bulan hanya memporak-peranda keseimbangan urus tadbir. Bak kata sahabat saya dari Kg Kurnia Mersing, Sang-Sang tersebut umpama umang-umang atau 'krustasia dekapod' yang sebaik sahaja bertumbuh besar, mencari cangkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan yang lama.
Sekian untuk renungan.
Wassalam.
Kampungku Kurnia Sultan Islam Jiwa
Salam sejahtera semua dan selamat menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW esok 12 Rabiul Awal 1430 Hijrah ...
Syukur, benar dan nyata umat Nabi Muhammad Kg Kurnia dibawah jajah takluk Raja dan Sultan Islam yang kaya dengan jiwa keislaman. Penduduk Melayu Islam saling menghormati sesama sendiri. Kg-Kg Kurnia cukup stabil dan semakin mantap.
Pada hemat seluruh penduduk Kg Kurnia, kenapa kebenaran ini perlu dipersoal. Jati diri segelintir penduduk perlu dipertingkat. Amalkan menganalisa sesuatu berita, cerita manis dari Sang Pauh dan rakan-rakannya yang hakikatnya pada hemat saya, cerita dan lipur lara Sang Pauh penuh dengan khayalan, kosong, tidak berprinsip dan penuh dendam. Lihatlah sekitar Sang Lexus umpamanya yang hidupnya mewah hasil kejayaan pelan Rancangan Kg Kurnia Malaysia yang dipantau, disemak, ditambah baik perlaksanaanya setiap 5 tahun oleh anak-anak bijak pandai Kg Kurnia sendiri. Yang menyedihkan, Sang Lexus dan Sang Pauh telah lupa pada jasa pimpinan Kg Kurnia lepas. Politik huru hara pula yang diturunkan pada penduduk Kg Kurnia yang miskin harta benda dan pengetahuan, diajak menapak di jalanraya, meminum air kosong, sementara Sang Pauh sibuk ke luar negara merehatkan diri, duduk di hotel mewah meminum jus oren berais. Insaflah
Sdr Najib dan barisannya nyata jelas dalam susun atur kata akal fikirannya. Moga keberkatan Maulidur Rasul Kg Kurnia aman, tenteram dan sejahtera
Wassalam. Selamat berehat..
Monday
Kampung Kurnia Johor Resam Adat Budaya
Salam sejahtera semua, semoga dikurniakan rahmat dan ketenangan diri...
Kampung Kurnia Johor merupakan kampung yang paling unik, mesra, aman dan teratur. Itulah gaya, teras, pegangan, jati diri dan resam adat budaya penduduknya. Kg Kurnia Johor juga sinonim dengan masyarakatnya yang sentiasa bersyukur, siap siaga hadapi dugaan dan cabaran. Penduduknya begitu matang dan sentiasa terbuka fikiran kepada idea-idea baru. Yang paling indah adalah prinsip pimpinan, penduduk dan Ketua Kg Kurnia yang tidak mudah goyah dengan cerita Sang Pauh, Sang Kar, Sang Siang, Sang Lexus, Sang Lipur dan Sang Demo. Penduduknya masak benar dengan tabiat Sang Pauh yang 'pakar' memusing gasing dongengannya yang penuh dengan cerita khayalan. Ini bertitik tolak kerana jasa pimpinan 'National Front'yang memang sentiasa memberi panduan cara hidup harmoni dan selesa. Jelas berbeza di setengah kg yang ditadbir oleh Rang Bulan (yang saya lawati) yang nyata terkebelakang dari segi fasiliti dan kualiti hidup.
Untuk warga Kg Kurnia Johor, Kekalkan usaha membawa Kg Kurnia Johor di bawah pimpinan Sdr A Ghani dan rakan-rakan kemercu kejayaan, gemilang dan unggul.
Amin Ya Rabbaalamin
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)