Thursday

Islam Kg Kurnia Harmoni Tenang


Salam sejahtera semua semoga dirahmati Allah ...
Budaya berbahasa kasar Sang Lipur dan Sang Demo semalam ke atas pemuda Melayu Kg Kurnia mengesahkan sikap sebenar Sang Lipur, Sang Demo dan Sang Pauh. Itulah bahasa yang diguna oleh Sang Pauh semasa muda, dewasa dan 'tua'. Yang menyedihkan penduduk Kg Kurnia yang rata-rata miskin serba-serbi terikut-ikut dengan kebiadapan Sang Pauh. Memang itulah yang dinyatakan oleh Sang Lexus kepada penduduk Kg Kurnia semasa berbicara dengan rakan bukan Melayu bahawa semua Melayu sekarang lemah. Ini menjadikan Sang Kar lebih berani mengeluarkan kata kesat kepada pemuda Kg Kurnia. Saya menghalusi jiwa para pemimpin Kg Kurnia Malaysia khususnya Sdr Najib, Sdr Hisham dan Khir yang sentiasa harmoni dan tenang walaupun di asak dari pelbagai sudut oleh Sang Pauh dan pengikutnya.

Mudah-mudahan semua pemuda Melayu Kurnia yang bersama pimpinan Sdr Najib sentiasa tenang, tabah dan harmoni. Amin. Wassalam

Tuesday

Ringkas Mudah Berlapang Fikir Syukur


Salam sejahtera semua... Itulah sebenarnya ciri-ciri ketua Kampung Kurnia Selangor yang lepas. Dari Khir di Universiti Malaya, Dr Khir dan sekarang Dato Seri Dr Khir sikap dan tertibnya ringkas dan sentiasa berlapang dada dan fikiran menerima apa jua pendapat dan idea yang diberi oleh rakan, orang Kg Kurnia Selangor dan Sultan Pemerintah. Rakan di universiti masih bersama sehingga sekarang dan malah bertambah rapat. Sebenarnya sikap inilah yang perlu ditanam dalam sanubari anak muda Kg Kurnia. Kurniaan dari Allah wajib kita jaga dengan sebaik yang mungkin agar sikap-sikap positif sentiasa menjadi cara hidup kurnia anak kita.
Saya juga tertarik dengan sikap dan tertib Sdr Najib yang jarang sekali menggunakan bahasa kasar yang biasa diguna oleh Sang Demo dan Sang Lipur. Itulah keperibadian yang ditanam dan dibaja oleh Tun Razak yang unggul dan prihatin kepada bangsa Melayu dan penduduk Kg Kurnia Malaysia. Jumpa lagi

Wassalam

Friday

Sejahtera Rumah Ilmu 'National Front'


Salam Sejahtera..,
Pimpinan-pimpinan Kg Kurnia Malaysia dahulu dan sekarang termasuklah Ketua-ketua Kg Kurnia sungguh serius dan bersungguh meningkatkan status penduduk Melayu yang serba daif kepada serba berada ditahun 2009. Kaum lain dalam Kg Kurnia dibawa seiring dan tidak ditinggalkan. Pimpinan merdeka Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussein, Tun Mahathir, DS Abdullah dan Pimpinan muda Sdr Najib, Sdr Muhyiddin, Sdr Dr Khir, Sdr Khairy dan Sdr Muhkriz cukup memahami keperluan, asas dan sumber kecemerlangan Bangsa Malaysia adalah Kg Kurnia Malaysia yang penduduknya sejahtera, ada tempat berlindung yang selesa dan ILMU pendidikan sempurna (Agama dan Teknologi). Ketiga-tiga faktor ini memang diserap dalam teras strategi Pelan pembangunan Kg Kurnia Malaysia yang dilaksana, pantau dan dikaji secara berkala lima tahun. Aliran kepimpinan merdeka yang melepaskan baton kepada pimpinan muda selepasnya begitu sempurna, jelas dan teratur dan hasilnya ada didepan penduduk Kg Kurnia Malaysia yang tercinta ini.
Kelicinan pertukaran ini perlu di teruskan agar penduduk Kg Kurnia akan lebih mantap, sejahtera dan berpendidikan. Jadi pada hemat saya, kita tidak sewajarnya menyerah baton kepada Sang Jalanan, Sang Lipur dan Sang Demonstrasi yang mementingkan diri sendiri (selfish) sebagaimana yang berlaku di Kg Kurnia Perak. Yang menyedihkan, Sang Lexus di Kg Kurnia Selangor pula mengguna wang rakyat sesuka hati membaiki Lexusnya, sedangkan ada lagi penduduk di kawasannya yang kurang bernasib baik, menaiki bas, erl, teksi dan menapak kaki ke tempat kerja, cukup-cukup makan pendapatannya yang sudah pasti mengguna wangnya sendiri secara berhemah.....

Marilah kita bertindak secara bertanggungjawab dan berdasar kepada bukti depan mata, bukan dengar cerita Sang Lipur.

Sekian --- Peace, Shelter and Knowledge--
Jumpa lagi. Wassalam

Wednesday

Piagam, Dasar Kampung Kurnia

Piagam Kg Kurnia telah dimeterai dan digubal dengan begitu teliti sekali oleh Ketua Kg Kurnia bersama penduduk dan pemimpin warisan dari 'National Front'. Piagam ini dijadikan panduan oleh semua Ketua Kg Kurnia diseluruh Malaysia bagi memudahkan tadbir urus Kg masing-masing. Prinsip-prinsip dari piagam ini perlu diambil kira bagi memastikan pembangunan yang holistik atau menyeluruh dapat dinikmati dan berjaya mencapai sasaran yang diinginkan semasa peringkat perancangan.
Saudara Dr Khir semasa memimpin Kg Kurnia Selangor telah melaksanakan prinsip-prinsip berkaitan, di era pimpinannya yang sungguh dinamik. Salah satu prinsip dalam piagam tersebut ialah menyediakan satu dasar atau polisi yang sihat, fokus kepada kesejahteraan, bina sahsiah dan rohani (berlandaskan ajaran Islam), memudahkan atau 'facilitate' rakyat hidup sejahtera dan ketahanan atau 'ability to sustain'. Alangkah ruginya Kg Kurnia kerana tidak meneruskan pimpinan Sdr Khir yang fokus dan tahu tuju arah Kg Kurnia Selangor 100 tahun akan datang.

Berbeza ketua Kg Kurnia dari Sang Lipur dan Sang Demo Jalanan yang tidak fokus, lemah, lesu, 'malaise', dan bekerja sekadar melepas batuk ditangga.

Kesimpulannnya, rasanya tidak terlambat untuk menukar pimpinan Sang Lipur Jalanan.

Pimpinan muda Kg Kurnia 'National Front' Dr Zambry, Sdr Khir, Khairy dan Mukriz perlu dicontohi dan dikekalkan bagi memastikan piagam dan urus tadbir Kg Kurnia Malaysia dan Kg Kurnia Selangor, Perak berjaya. InsyaAllah.
Wassalam

Tuesday

Kredential, Pimpinan dan Keutuhan


Sejahtera semua,
Kredential Ketua Kampung atau mengiktiraf pimpinan boleh ditakrifkan sebagai langkah-langkah pengiktirafan pemimpin dengan melihat kriteria-krteria yang pimpinan yang dimiliki oleh pemimpin tersebut. Selain dari latarbelakang pendidikan yang dimiliki oleh pimpinan, pendedahan kepada urus tadbir, kemas kini isu semasa dan prinsip jati diri kepimpinan adalah kriteria-kriteria yang mesti di ambilkira oleh penduduk Kg Kurnia apabila memilih pemimpin. Ini dapat membantu rakyat membuat pemilihan yang tepat semasa pemilihan Ketua Kg Kurnia.
Selain dari kriteria tersebut, gandingan (blended) muda dan yang berpengalaman ketua-ketua masyarakat dapat memperkuatkan lagi urus tadbir Kg Kurnia. Syukur pada Allah Gandingan Merdeka atau 'National Front' sentiasa mengamalkan prinsip ini dan adalah bijak jika kredential ini dihebahkan secara formal dan dijadikan budaya memilih pimpinan Kg Kurnia agar keutuhan tadbir urus stabil sepanjang masa.
Sebagai ringkasan, Ketua Kg Kurnia perlu memandang serius sebab dan punca setengah penduduk memilih Sang Lipur dan Sang Jalanan yang mempunyai kredential tahap terendah dan lemah.
Pada hemat saya Saudara Najib Tun Razak, dan pimpinan Kg Kurnia terdahulu, mematuhi kredential ini sementara pimpinan-pimpinan muda seperti Saudara Khir, Sdr Mukriz dan Saudara Khairy wajar diberi pengiktirafan.
Jumpa lagi. Wassalam

Monday

Islam, Kg Kurnia, Malaysia

Salam semua.
Peluang, masa, kemampuan dan ruang untuk setiap penduduk Kg Kurnia merantau Ke Luar Negara terbatas. Kemampuan sebahagian besar penduduk Kg Kurnia melihat dengan pancaindera sendiri keadaan negara-negara Islam dan negara lain juga amat terhad. Malah untuk melawat Kg di negara sendiri biasanya tidak kesampaian akibat sibuk dengan kerja selain memperuntukkan pendapatan bulanan untuk pendidikan anak-anak.
Jika mereka yang disebutkan tadi melawat negara-negara Islam lain, pasti mereka akan berkata 'syukurnya saya hidup di Kg Kurnia Malaysia'. Dari surau yang indah, masjid yang selesa, Pusat Pengajian Islam dimana ceruk kampung, hingga Universiti Islam yang gah semua ada di Malaysia. Perbezaan yang cukup jelas akan ketamadunan Negara Islam Malaysia berbanding dengan negara lain sudah pasti tidak datang dengan sendirinya. Ini diakui oleh Sang Lipur dan Sang Demo, kerana kebanyakan mereka memang berkemampuan untuk ke luar negara(hingga tak perlu guna kenderaan kerajaan - Lexusnya cukup canggih) dari segi material hasil dari kesuburan ekonomi Kg Kurnia Malaysia.
Rumusan yang boleh dibuat adalah Sang Lipur cukup berjaya menipu rakyat Kg Kurnia dan mereka mengambi kesempatan ini dengan cukup licik dan licin agar tidak dapat dihidu oleh sebahagian penduduk Kg Kurnia yang kurang bernasib baik, yang sudah pasti mereka akan hidup lebih melarat dan perit akibat ketidaktentuan politik, sementara Sang Lipur dan Sang Jalanan sekadar lepas tangan kerana itulah sikap mereka sebenar.
Moga-moga Allah memberi petunjuk. Amin

Saturday

Pimpinan Responsif - Kg Kurnia, Negara, Sejahtera


Salam pada semua...
Pimpinan responsif bermaksud sentiasa peka kepada kehendak masyarakat dan bertindak dengan segera mengatasi kekalutan dan permasalahan jika benar-benar ujud tetapi setiap pelan tindakan yang dirancang perlu dibuat penilaian mendalam agar penyelesaian yang akan terhasil dapat mendatangkan kebaikan kepada masyarakat dan penduduk dikemudian hari. Prinsip pimpinan inilah yang sentiasa dipegang oleh Ketua Kg Kurnia terdahulu sehingga kini. Contoh bukti yang jelas adalah keresahan penduduk bumiputra Kg Kurnia setengah abad yang lalu dimana mereka tertinggal dalam segala aspek merangkumi ekonomi, pendidikan, prasarana, kemudahan asas, perniagaan, akses kepada ilmu, akses kepada air bersih, kesihatan, pengangkutan dan ilmu agama. Ketua Kg Kurnia bersama ketua-ketua masyarakat dalam Kg Kurnia sentiasa bermesyuarah, berbincang dan berbahas dalam memastikan pelan tindakan dan teras strategi benar-benar tercapai.
Ternyata selepas 50 tahun, didepan mata warga Kg Kurnia sekarang , segalanya ada, walaupun tidak disemua kampung, akibat faktor-faktor tertentu misalnya keadaan geografi yang menyukarkan perhubungan. Yang sahih, dari minum air sungai, telaga, perigi, air hujan dan air parit, rata-rata penduduk Kg Kurnia sekarang , Alhamdulilah mempunyai akses kepada air bersih, air paip malah ada yang mampu minum air mineral setiap hari. Syukur juga, tempat ibadah seperti Masjid dan surau sungguh selesa kerana ada penghawa dingin yang pada suatu masa dulu hanya bangsawan sahaja yang merasainya. Keselesaan tidak datang sekelip mata tetapi perlu teras strategi-strategi dan pimpinan yang baik yang sememangnya telah dibukti didepan mata berkat pimpinan terbilang. Syabas di ucapkan kepada Ketua-Ketua Kg Kurnia terbaik sejak merdeka dan mengekalkan ‘Gandingan Kemerdekaan’ ini demi kemakmuran Malaysia.
Sang Lipur dan Sang Jalanan sedar dan mengakui selama 50 tahun pimpinan yang ada sungguh responsif. Tetapi kenapa Sang-Sang lipur tersebut sentiasa mengolah kebenaran ini dan sanggup menipu rakyat? Kerana gila kuasa, balas dendam atau Sang Lipur terikut-ikut ‘ketua’ pimpinan Sang Lipur sekarang?. ‘Ketua’ yang memang pandai bermuka-muka dan tabiat serta sikapnya dari dulu mengguna ‘jalanan dan demo’ menarik simpati penduduk Kg Kurnia.
Semoga Allah meredhai pimpinan ‘Gandingan Merdeka’ terdahulu dan sekarang. Syabas kepada Saudara Najib yang akan memimpin Kg Kurnia dan mengetuai Gandingan Merdeka. Kekalkan pimpinan responsif. Wassalam

Friday

Kg Kurnia Islam Sejahtera


Berkat kepimpinan berhemah oleh pimpinan Ketua Kg Kurnia serta berpayungkan Sultan dan Pemerintah Islam yang bijaksana telah menjadikan negara Malaysia dikurniakan kesejahteraan dan keberkatan sepanjang masa. Sejahtera inilah yang menjadi idaman setiap insan di Kg Kurnia. Peliharalah keamanan ini dan jauhkan diri dari Ketua Sang Lipur dan Sang Jalanan yang telah terang melakukan kebiadapan kepada Sultan dan Pemerintah Islam di Kg Kurnia Perak khususnya dan seluruh Kg Kurnia amnya.
Salam...

Mudah Seimbang Sesuai Diterima


Kg Kurnia Selangor telah diterajui oleh Ketua-Ketua Kg terdahulu dengan begitu cemerlang, tersusun, mudah, seimbang dan berintegriti. Pembangunan yang dilaksana begitu seimbang dengan pembangunan insan. Ini dapat dilihat dari kepelbagaian penduduknya yang terdiri daripada anak-anak muda, keluarga dan bijak pandai berasal dari Kampung-kampung Kurnia diseluruh negara 'Perlis sampai ke Sabah' yang berpusu-pusu mencari rezeki di bumi bertuah Kg Kurnia Selangor.
Alhamdulilah Ketua Kampung Kurnia Selangor sedar akan limpah Kurnia Allah kepada Jajahan Pemerintah Selangor, dan kesedaran inilah telah menjadikan 'landskap' Kg Kurnia berubah pesat setanding dengan bandar maju dunia. Apa yang pasti, kemudahan seperti rumah, air dan pendidikan diutamakan agar anak-anak yang akan mewarisi pimpinan dibekalkan dengan ilmu secukupnya.
Fakta ini diakui sendiri oleh penduduk Tokyo dan Hakata yang rata-rata melahirkan kekaguman prasarana Kg kurnia Selangor. Salah seorang Ketua Kg Kurnia yang saya kenali secara dekat di Kampus Universiti Malaya adalah Saudara Dr Mohamad Khir yang pada hemat saya beliau merupakan Ketua Kampung yang paling mudah diajak berbincang, seimbang bila membuat keputusan yang melibatkan penduduk kg, sentiasa memastikan samada sesuatu dasar dan strategi pembangunan insan dan fizikal di kg kurnia serasi dan sesuai dengan masyarakat dan sekitar.
Atas`sebab itulah Saudara Dr Khir mudah diterima bukan sahaja oleh Pemerintah malah oleh semua lapisan umur di kampungnya. Kesederhanaan beliau dalam mentadbir, bagaimanapun telah diambil kesempatan oleh Sang-Sang lipur jalanan yang bijak bermuka-muka dan memutar belit fakta sehingga ada warga Kg Kurnia Selangor yang 'berilmu' terpengaruh dengan dendangan Sang Lipur Jalanan.
Menukar ketua kampung kurnia kepada Si Sang Lipur jalanan adalah pilihan yang tidak patut dibuat kerana diantara contoh yang jelas dan mudah (tanpa perlu memikir secara mendalam), Sang Lipur lebih mementingkan Lexusnya daripada Perdana buatan anak-anak Kg Kurnia Selangor. Kepada Saudara Dr Khir, teruskan perjuangan. Mudah-mudahan diberkati Allah .... bersambung

Tuesday

Integriti Beramanah Berwibawa


Menilai integriti dan wibawa Ketua Kampung Kurnia mesti berlandaskan kepada fakta, bukti yang jelas dan pencapaian semasa. Inilah antara ciri-ciri, kehendak dan penilaian yang perlu ditanam dalam pemikiran setiap insan dan penduduk di kampung kurnia. Walaubagaimanpun kriteria atau ciri-ciri ini tidak diambilkira oleh segelintir penduduk semasa memilih Ketua Kg, mereka lebih gemar mendengar cerita Sang Lipur yang cukup mahir mendendangkan dongengan yang jika sekali pandang atau dengar seperti cerita benar tetapi hakikatnya hanya penipuan untuk yang tujuannya untuk memperlihatkan pimpinan kini dan terdahulu penuh dengan kepincangan. Sebagai contoh seperti dalam tulisan yang lepas berkaitan pembelian kelengkapan untuk perwira kita, di olah ceritanya oleh Sang Lipur seolah-olah ianya seperti tidak berwibawa, sedangkan setiap tender yang dibuat dalam pentadbiran kg kurnia mempunyai kawal selia yang cukup berhati-hati, dibuat keputusan melalui berbagai jawatankuasa penilaian sebelum diluluskan.
Membuat keputusan berdasarkan bukti serta memikirkan sejenak samada dongengan Sang Lipur benar atau tidak seharusnya menjadi amalan penduduk Kg Kurnia. Ini kerana berfikir dengan sejenak dengan hati yang ikhlas, dengan izin Allah, kebenaran akan menjelma. Keputusan sebahagian penduduk memilih Sang-Sang Lipur, yang mempunyai rekod dipenjara, berdemonstrasi dan menghasut pengikutnya supaya melawan dan menyaman Pemerintah, menjadi 'ketua' mesti dihentikan dan perlu dicegah agar masyarakat kg Kurnia hidup lebih harmoni. Semoga warga Kg Kurnia sentiasa berfikir sejenak (evidence-based thinking)buruk baik sesuatu perkara sebelum membuat sesuatu keputusan. Syabas Exco-Exco Kg Kurnia Perak yang baru dilantik semoga sentiasa diberkati Allah. Selamat Maju Jaya. Amin

Sunday

Tatasusila, Pegangan Hidup dan Keikhlasan


Keengganan Sang Lipur berundur sebagai Ketua Kg Kurnia Perak dengan jelas mengesahkan bahawa beliau seorang yang tidak menghormati penduduk Kg Kurnia. Sepatutnya sebagai penduduk yang tinggal di jajahan pemerintah wajib akur dengan titah Pemerintah Kg Kurnia. Jika dipandang dari sudut 'rasional'atau dengan kata hukum akal, adalah tidak manis, tidak wajar dan tidak beradab bagi seseorang yang tinggal di jajahan takluk pemerintah, menyanggah pemerintah untuk terus melakukan kerja yang telah diberikan kepada orang lain. Dalam erti kata lain, Sang Lipur boleh juga disamakan, mengikut bahasa pasar, 'kurang ajar'.
Semua penduduk di Kg Kurnia sedar atas limpah kurnia pemerintah Kg Kurnia Perak sejahtera dan aman sentiasa.
Sokongan yang penuh patut diberi kepada Ketua Kg Kurnia Perak yang berasal dari Pangkor yang pegangan hidup sederhana, ikhlas dalam membela nasib penduduk kampungnya dan sentiasa mendengar nasihat dari pemerintah.

Friday

Hala Tuju Kg Kurnia


Ketua Kg Kurnia bersama pemimpin masyarakat setempat sentiasa menganalisa, mempertimbang dan memperhalusi setiap pelan strategi yang akan dilaksana bagi pembangunan masyarakat dan infrastruktur Kg Kurnia. Analisa dan pertimbangan didasarkan kepada input penduduk, hasil kajian setempat dan antarabangsa serta membuat perbandingan dengan negara-negara lain yang telah melaksana sesuatu dasar dengan berjaya. Sistem tadbir ini telah berjalan dengan licin tanpa gangguan yang boleh merencat pembangunan. Buktinya, majoriti anak muda Kg Kurnia telah berjaya dalam pendidikan dan menikmati kehidupan yang mewah.
Ketua Kg memang sedar oportunis dan Sang-Sang Lipur akan sentiasa cuba mengubah landskap pembangunan yang baik ini. Yang terbaru, Sang Lipur cuba pula mengganggu-gugat Sistem Beraja di Kg Kurnia yang memang diakui berdaulat dan sepanjang zaman melindungi semua penduduk termasuk Sang-Sang Lipur sendiri. Sang-Sang Lipur mengakui kehebatan dasar dan pelan yang dirancang cukup baik untuk penduduk, malah ramai Sang Lipur hidup mewah, tetapi dek ketamakan kuasa, mereka sentiasa hilang arah dan peranan dan cuma berminat membuat huru-hara dan lepas tangan jika sesuatu perkara buruk berlaku.
Kepada penduduk Kg Kurnia, teruskan perjuangan. Biarkanlah Sang Lipur dengan dongengan mereka.
Salam

Ketokohan Ketua Kampung Kurnia Pangkor


Perlantikan Ketua Kampung Kurnia Pangkor sebagai Ketua Kampung Kurnia Perak yang baru membuktikan salah satu dasar yang dibentuk dan digubal oleh Ketua Kg Kurnia terdahulu berjaya. Ketua Kg Kurnia Pangkor sesungguhnya menyedari perit jerih pemimpin terdahulu mengatur strategi membangunkan Kg Kurnia Pangkor. Pembangunan selari diantara kemudahan dan Modal Insan telah menyedarkan Ketua Kg Perak yang baru ini akan ketelusan pemimpin terdahulu membangunkan semua Kg Kurnia di seluruh negara sehingga setanding dengan Tokyo, Yokohama dan Hakata. Hayatilah dan renungkanlah perkara yang hakikat. Jangan terikut Sang-Sang Lipur yang hanya mementingkan diri sendiri... bersambung.

Tahniah Ketua Kg Pangkor atas lantikan. Mudah-mudahan sentiasa diberkati Allah.

Thursday

Kampung Kurnia Perak


Teryata kebijaksanaan Ketua Kampung Kurnia Perak terserlah pada hari ini. Ini dapat dilihat hasil dari perancangan, perlaksanaan tadbir urus kawasan yang telus, berhemah dan menjunjung tinggi Sultan dan Raja yang sentiasa memberi perlindungan, panduan, bimbingan, galakan dan jati diri kepada penduduk Kg Kurnia. Kg Kurnia Perak telah kembali tenang sekarang berkat kurnia Allah kepada sekelian penduduk, Raja yang bijaksana dan Ketua Kg yang berwawasan.
Ketidakupayaan dan kelemahan Penglipurlara mentadbir Kg Kurnia telah terbukti. Ketidak ikhlasan Sang Penglipur dengan tidak mahu turun dari 'takhtanya' jelas menunjukkan Penglipur tidak rasional dan tidak berpijak dibumi nyata dan mementingkan diri sendiri (selfish).

Tahniah kepada semua warga Kg Kurnia Perak.