Saturday

Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak


Bismillah

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 17 Julai 2013 telah membincangkan Hukum Shisha Menurut Pandangan Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:


Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudharatan besar yang dihadapi akibat daripada shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi pada masa akan datang, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram. Oleh itu, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan shisha.

Muzakarah menegaskan bahawa pengharaman Shisha ini adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan Hadith serta Kaedah Fiqhiyyah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari’yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara sepertimana tuntutan syarak, kerana Shisha jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji, berdasarkan nas-nas berikut:
Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 :

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157;

“ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

Kaedah Usul Fiqh:


سد الذريعة - iaitu “Menutup pintu kerosakkan”

درء المفاسد مقدم على جلب المصالح – iaitu “menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”.


Keterangan/Hujah:
Huraian:

i. Shisha (juga dikenali dengan pelbagai nama yang lain) adalah sejenis alat yang digunakan untuk mengeluarkan asap (smoking) menggunakan penuras air dan haba secara tidak langsung. Ia boleh digunakan bagi menghisap berbagai bahan seperti herba buah, tembakau, dan ganja.

ii. Shisha turut dikenali dengan nama yang berbagai seperti paip panjang, nargeela, nargile, narghile, nargileh, argeela, arghileh, shisha, sheesha, okka, kalian, hookah, ghelyoon, atau ghelyan. Bergantung kepada perbezaan geografi. Nama-nama ini berasal dari perkataan Arab, India, Turki, Uzbekistan, dan juga Parsi. Narghile (نا جيله) berasal dari perkataan Parsi ‘nargil’ bermakna kelapa dan dalam bahasa Sanskrit; paip yang asal, datang dari India dan diperbuat daripada kulit kelapa.

iii. Manakal shisha (شيشية) pula berasal dari perkataan Parsi (maknanya gelas, bukan botol). Hashish (حشيش) pula adalah perkataan Arab yang membawa makna ‘rumput’, yang diistilahkan sebagai satu panggilan kepada tembakau.

iv. Terdapat sumber lain menyatakan, dalam teks awal Arab, perkataan ‘hashish’ tidak hanya merujuk kepada cannabis resin (damar ganja) tetapi juga bermakna daun kering atau bunga dan manisan yang dicampur dengannya.

v. Hookah (Arab = (معسل) pula pada dasarnya adalah perkataan Arab yang bererti kotak kecil, pasu ataupun jag. Perkataan narghile banyak digunakan di Turki, Lubnan, Syria, Iraq, Jordan, Greece, Cyprus, Albania, Palestine, Israel dan Romania. Namun kita akan dapati huruf pertama ‘n’ dalam perkataan narghile selalunya tidak dibunyikan di Negara-negara Arab. Seterusnya shisha pula lebih diguna pakai di Egypt, Morocco, Tunisia, Arab Saudi dan Somalia. Di Iran ia dikenali sebagai ghalyon atau qalyan (قلىان) dan di Pakistan juga India ia dipanggil ‘huqqa’. Walau bagaimanapun, perkataan hookah lebih banyak digunakan dalam Bahasa Inggeris memandangkan India sebagai Negara asal aktiviti ini mempunyai ramai penduduk yang boleh berbahasa Inggeris.

vi. Secara umunya alat shisha terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu:

a. Bahagian kepala (head), yang merupakan sebiji mangkuk (yang diperbuat daripada tanah liat) untuk meletakkan tembakau dan arang.

b. Bahagian badan atau tengah (body), merupakan penghubung antara bahagian kepala dan bahagian bawah dan kebiasaannya ia diperbuat daripada bahan logam ataupun kayu.

c. Bahagian bawah yang merupakan sebiji mangkuk air (water bowl/ water chamber). Biasanya ia diisikan dengan air tetapi kadang kala ia juga boleh diisikan dengan susu, jus buah-buahan ataupun wain. Bekas air selalunya diperbuat daripada kaca.

d. Hos dan alat penyedut (mouthpiece) yang digunakan untuk menyedut asap keluar daripada alat shisha tersebut. Namun begitu terdapat juga beberapa perbezaan dalam reka bentuk shisha ini mengukit tempat serta adat penduduk yang menggunakannya. Sebagai contoh, ada yang mempunyai hos dan alat penyedut yang lebih adri satu dan boleh dikongsi berdua atau lebih dan juga perbezaan pada bentuk dan saiz bahagian kepala atau bekas airnya.

vii. Kaedah penggunaan shisha:

a. Apabila seseorang menyedut udara dari tiub, satu tekanan berbeza atau memaksa udara dalam ruang asap arang, memanaskan tembakau, dan menghasilkan asap;

b. Asap itu kemudiannya ditarik ke bawah dari tembakau, menyebabkan proses pembuihan dalam air (seperti menggelegak) dan keluar ke permukaan udara dalam ruang asap; dan

c. Seterusnya ditarik melalui penyedut dan masuk ke tubuh penyedut. Tembakau yang digunakan (dikenali juga dengan tobamel atau ma’asal) diperbuat daripada siasatan tembakau dan dicampur dengan pemanis seperti madu dan halwa atau buah separuh kering.

viii. Terdapat dua jenis tembakau shisha iaitu yang dipanggil mu’assal (معسل) dan ‘ajami (عجمي). Tembakau mu’assal terdiri daripada campuran tembakau, buah-buahan dan bahan manisan seperti sirap daripada tebu ataupun madu. Ia juga ditambah dengan glycerin, bahan perisa serta pewarna yang lain. Tembakau mu’assal ini basah dan melekit dan apabila digunakan akan mengeluarkan bau yang manis dan nyaman seperti bau buah-buahan dan kebanyakan pengguna lebih suka menggunakan tembakau jenis ini. Tembakau ‘ajami pula selalunya tidak berperisa, kering dan lebih asli. Sebelum digunakan ia perlu dicampurkan dengan air sehingga ia boleh dicanai atau dibentuk dan harganya lebih mahal.

ix. Perasa tembakau buah yang popular pada hari ini bermula pada akhir 1980, apabila syarikat tembakau Mesir mencubanya sebagai satu cara untuk menjual produk mereka kepada golongan wanita. Pembuatan kontemporari pula telah mula menggunakan gliserin (sejenis cecair likat dan manis yang digunakan dalam perubatan) sebagai bahan utama pemanis memandangkan faktor kualiti pelembap dan pemanis, menjadikan tembakau mempunyai perisa yang pelbagai.

x. Pada hari ini tembakau shisha boleh didapati dalam perisa buah, ekstrak bahan neutral, dan perasa-perasa lain. Antara perisa tersebut: epal, strawberi, ros, manga, cappuccino, vanilla, kelapa, ceri, anggur, pisang, kiwi, bluberry, kopi arab, campuran buah-buahan, tembikai, oren, dan banyak lagi.

xi. Perbuatan menghisap shisha dianggap sebagai satu trend abru kepada masyarakat Malaysia khususnya golongan muda di Bandar-bandar. Restoran-restoran makanan arab banyak menyediakan perkhidmatan menghisap shisha ini.

xii. Menurut dokumen yang bertajuk “Tobacco: Deadly In Any Form or Disguise” yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2006, tembakau walau dalam bentuk apa pun tetap boleh mendatangkan bahaya dan mudharat kepada penggunanya, termasuklah shisha.

xiii. Ini kerana satu sesi penggunaan shisha (lebih kurang 20-80 minit) akan mendedahkan penggunaannya kepada asap yang lebih banyak dalam masa yang lebih lama berbanding daripada sebatang rokok (lebih kurang 5-7 minit), dan asap yang terhasil dari shisha tersebut mengandungi bermacam-macam bahan toksikyang diketahui boleh menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan berbagai jenis penyakit lain.

xiv. Manakala asap daripada shisha (yang terhasil dari pembakaran tembakau dan arang) mengandungi gas berbahaya seperti karbon monoksida. Selain itu juga mengandungi hidrokarbon (benzene dan benzo-pyrene) yang merupakan bahan penyebab kanser dan leukemia.

xv. Dari hasil penyelidikan yang dijalankan, penggunaan shisha juga dikaitkan dengan berbagai penyakit serius seperti penyakit jantung koronari, atherosclerosis, penyakit system pernafasan yang kronik, kanser mulut, kanser pundi kencing dan juga saluran darah tersumbat (clogges arteries). Selain itu penggunaan shisha juga dikaitkan dengan beberapa jenis penyakit berjangkit yang menular melalui air liur akibat daripada perkongsian paip seperti turberculosis (tibi), hepatitis, herpes, jangkitan virus di bahagian pernafasan dan bahkan juga HIV.

xvi. Berdasarkan kesimpulan yang telah dibuat pihak WHO dan disokong oleh data saintifik, telah menyatakan:

a. Menggunakan shisha untuk menghisap tembakau boleh menyebabkan bahaya kesihatan yang serius kepada perokok dan juga orang lain yang terdedah kepada asap tembakau tersebut.

b. Apa yang jelas menurut hasil kajian dan data yang ada mengatakan bahawa shisha boleh membawa risiko dan bahaya yang sama seperti rokok dan ia bukanlah satu alternative yang selamat bagi rokok.

c. Hakikatnya, walaupun dalam bentuk dan cara yang berbeza, menghisap shisha adalah menghisap tembakau dan kajian sains telah membuktikan bahawa tembakau dan pendedahan kepada asapnya boleh menyebabkan bermacam-macam penyakit, bahkan boleh membawa maut.

xvii. Kementerian Kesihatan telah menjalankan analisa terhadap bahan shisha yang diperolehi di pasaran tempatan dan kedai shisha pada tahun 2011 iaitu sampel yang dikilang (factory made) dan sampel buatan sendiri (home made), dan keputusan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia telah mengesahkan bahawa KESEMUA sampel-sampel tersebut mengandungi tembakau. Ini jelas membuktikan bahawa semua bahan yang digunakan untuk menghisap shisha mengandungi tembakau. Dakwaan yang mengatakan bahawa shisha yang menggunakan perisa buah-buahan tidak mengandungi tembakau adalah tidak benar.

xviii. Sesi Shisha mendedahkan perokok kepada asap rokok yang berlebihan jika berbanding dengan seorang perokok yang menghisap rokok biasa. Seorang perokok biasanya mengambil sebanyak 8-12, 40-75 ml hembusan asap rokok selama 5 hingga 7 minin dan menyedut sebanyak 0.5 hingga 0.6 liter asap. Secara perbandingan satu sesi Shisha biasanya adalah selama 20 hingga 80 minit, di mana seseorang perokok mengambil sebanyak 50 hingga 200 hembusan asap dalam julat 0.15 hingga 1 liter setiap sesi. Oleh yang demikian, seseorang perokok Shisha menyedut asap yang berlebihan melalui satu sesi, sepertimana, secara perbandingannya, seseorang perokok yang menghisap asap rokok tembakau sebanyak 100 atau lebih batang rokok.

xix. Terdapat kajian menunjukkan penaspisan air pada alat Shisha hanya dapat menapis sejumlah kecil kandungan karbon monoksida, nikotin, tar dan logam berat yang terdapat di dalam asap Shisha. Kurang daripada 5% daripada nikotin sahaja ditapis keluar ke dalam kandungan air tersebut. Pengurangan nominal nikotina yang ditapis keluar selalunya diimbangi dengan kecenderungan seseorang penghisap Shisha untuk menyedut asap Shisha dengan lebih mendalam atau lebih kerap untuk menggantikan ketagihan nikotina yan dikehendaki.

xx. Oleh kerana Shisha mengandungi tembakau maka ia didefinasikan sebagai hasil tembakau di bawah konteks Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004. Sehubungan itu, semua peruntukan undang-undang yang terpaki kepada rokok adalah terpakai untuk Shisha, contohnya, larangan jualan dan penggunaan oleh orang belum dewasa, larangan pengiklanan, promosi dan tajaan, larangan menghisap Shisha di tempat-tempat yang dilarang merokok dan sebagainya.

Pelbagai risiko kesihatan akan dihadapi oleh penghisap shisha, seperti:

a. Ancaman Kanser
Arang yang digunakan untuk tembakau haba dalam paip meningkatkan risiko kesihatan dengan menghasilkan tahap karbon monoksida, logam, dan bahan kimia penyebab kanser. Walaupun selepas ia telah melalui air, asap yang dihasilkan oleh paip yang mengandungi tahap bahan toksik, termasuk karbon monoksida, logam berat dan bahan kimia penyebab kanser. Tembakau paip dan asap mengandungi banyak bahan-bahan toksik yang diketahui boleh menyebabkan paru-paru, pundi kencing dan kanser mulut.

Rangsangan ke mulut daripada pendedahan kepada jus tembakau meningkatkan risiko mendapat kanser mulut. Kerengsaan dengan produk jus tembakau mungkin lebih tinggi di kalangan perokok paip daripada kalangan paip atau cerut perokok kerana merokok paip biasanya diamalkan (dengan atau tanpa sedutan) lebih kerap untuk tempoh yang lebih lama.

b. Penyakit Jantung
Tembakau paip dan asap mengandungi banyak bahan-bahan toksik yang diketahui menyebabkan arteri tersumbat dan penyakit jantung

c. Selesema
Perkongsian paip merokok meningkatkan risiko batuk kering dan selesema.

d. Asap Rokok
Asap rokok daripada shisha menimbulkan risiko yang serius untuk bukan perokok, terutama kerana ia mengandungi bukan sahaja asap daripada tembakau tetapi juga dari sumber haba (contohnya, arang) yang digunakan dalam paip.

xxi. Menghisap shisha akan membawa risiko kesihatan yang sama seperti merokok atau penggunaan produk tembakau yang lain, malah lebih banyak bahayanya daripaa rokok. Asap tembakau yang keluar dari baling air shisha sebenarnya mengandungi toksin-toksin yang diketahui menyebabkan penyakit paru-paru, penyakit jantung dan berbagai lagi penyakit berbahaya yang lain.

xxii. Kedudukan hokum shisha dalam Islam dapat diistinbatkan daripada Al-Quran, Hadith dan Qias.

Al-Quran:

1. Gesaan Pengambilan Sesuatu Yang Baik
Islam menyuruh umatnya agar setiap seseorang itu mengambil
sesuatu yang baik lagi berkhasiat untuk keperluan diri, keluarga dan sebagainya.

Maksudnya: Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya. (Surah Al-Baqarah: ayat 172)

Pengambilan shisha yang mengandungi komposisi yang negative tidak menepati seruan firman Allah S.W.T. ini.

2. Larangan Membinasakan Diri
Islam melarang umatnya membiarkan diri sendiri terdedah dengan berbagai-bagai bahaya dan kemudharatan. Ini sebagaimana firman Allah S.W.T:

Maksudnya: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah Al-Baqarah:ayat 195)


Menghisap shisha, rokok dan sebagainya adalah termasuk dalam kategori membinasakan diri dengan melakukan kemudharatan, sama ada jangka pendek atau jangka panjang. Perkara ini amat ditegah dalam Islam, kerana agama Islam amat mementingkan penjagaan lima perkara asas bagi manusia, iaitu: menjaga agama, akal, jiwa, keturunan, dan harta benda.

Dalam ayat lain Allah menegaskan:

Maksudnya: Wahai orang yang beriman, janganlah kamu makan harta-harta sesame kamu dengan jalan salah, kecuali dengan jaln perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antaramu, dan janganlah kamu erbunuh-bunuhan sesame sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihi Kamu, yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah Al-Nisa’:ayat 29)

Menghisap shisha adalah dianggap seperti membunuh diri sendiri secara perlahan dan tidak langsung tanpa diketahui oleh pengamalnya. Dalam ayat ini yang mengatakan berbunuhan, bukanlah bermakna membunuh menggunakan senjata tajam sahaja, malah ia merangkumi pembunuhan secara senyap yang boleh mendatangkan mudharat yang besar kepada manusia.

3. Larangan Melakukan Pembaziran
Membelanjakan wang terhadap perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan sebagainya amatlah ditegah dalam Islam. Perbuatan sedemikian boleh mendatangkan keburukan dan membawa kepada pembaziran harta, masa, tenaga dan sebagainya. Islam melarang setiap pembaziran seperti firman Allah S.W.T:

Maksudnya: …dan janganlah kamu berbelanjakan dengan sangat boros. (Surah Al-Isra’:ayat 26)

Hadith Nabi S.A.W:

Larangan menghisap shisha ini bertepatan dengan hadith Nabi S.A.W.:

Maksudnya: Tidak boleh mudharatkan (diri sendiri) dan memberi kemudharatan (kepada orang lain)

Qiyas:

1. Hukum menghisap shisha diqiaskan kepada hadith:
Setiap sesuatu yang memudharatkan adalah haram. Ini kerana,
shisha dan rokok mempunyai persamaan umum dari sudut komposisinya seperti sedutan asap yang terhasil daripada tembakau. Malah, kajian WHO menunjukkan asap yang terhasil daripada shisha lebih banyak terhasil berbanding rokok sebanyak 100-200 batang rokok pada satu-satu sesi.
2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal
Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam dan telah memutuskan bahawa “merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan”.

3. Ini adalah kerana shisha mendatangkan kemudharatan
Yang besar pada kesihatan diri seseorang dan hartanya. Kajian WHO terhadap penghisap shisha di Mesir menunjukkan ia memberi kesan terhadap system pernafasan, kardiovaskular, pendedahan kepada penyakit berjangkit, gangguan system imunisasi dan hormone darah dan sebagainya.

4. Hukum ini juga boleh diqiaskan hukum merokok yang
dikeluarkan oleh Fatwa Mesir, Ulama Mesir, Dr. Abd AL-Jalil Shalabiy mengatakan merokok adalah haramkerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

5. Ia turut diqiaskan kepada Fatwa Arab Saudi yang dikeluarkan
Oleh Kerajaan Arab Saudi yang menyatakan bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah haram kerana padanya ada kemudharatan.

Kaedah Fiqh:

Maksudnya: Menutup pintu kerosakan.

Ini bermakna menyekat sesuatu yang boleh membahayakan diri seseorang adalah perlu dijauhi. Bagi isu shisha ini, ia amat merbahaya kepada kesihatan individu yang mengamalkannya. Perkara seumpama ini amat ditegah dalam Islam.

Menurut pendapat Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, pengambilan sesuatu yang memudharatkan adalah dilarang. Oleh yang demikian, pengambilan shisha adalah haram.

Maksudnya: Setiap sesuatu yang memudharatkan, maka hokum memakannya atau meminumnya adalah haram.

Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz seorang ulama menjelaskan shisha dan rokok merupakan antara perkara yang diharamkan memandangkan ia mempunyai keburukan yang besar berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan pakar-pakar perubatan. Allah S.W.T. mengharamkan ke atas setiap orang Islam sesuatu perkara yang mempunyai kemudharatan.

Fatwa Negara-negara Islam Lain

Maksudnya: “Oleh kerana itu diharamkan merokok dengan cara arjilah-shisha-…”

Darul Ifta’ Al-Misriyyah Mesir, Arab Saudi dan Mufti Brunei Darussalam juga telah mengeluarkan fatwa mengharamkan shisha.



Source:
http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-shisha-menurut-pandangan-syarak

Wednesday

Percukaian Menurut Pandangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) • Muamalat/Ekonomi

Percukaian Menurut Pandangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
• Muamalat/Ekonomi
Tarikh Keputusan: 25 Feb, 2015

Keputusan:
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2015-1436H yang bersidang pada 25 Februari 2015 bersamaan 06 Jumada al-Ula 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-106 berkenaan Percukaian Menurut Pandangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan sighah seperti berikut :
1) Hasil pembentangan, Mesyuarat menerima pendapat bahawa :
i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar’iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.
ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhimaslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.
iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi’i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.
iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:
الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم
“Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka”.

2) Mesyuarat juga berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.
3) Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:
i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-terhadap-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst

HIJRAH SUMBER KEKUATAN UMAT


Penghijrahan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah adalah merupakan satu dimensi baru kepada dakwah Islamiah dan seterusnya penghayatan kepada ajaran Islam yang sebenar. Penghijrahan umat Islam dari suasana yang lama iaitu Mekah kepada satu suasana baru iaitu Madinah adalah detik terpenting kepada pembaharuan sistem nilai dan hidup manusia.

Penghijrahan yang merupakan proses kematangan penyebaran risalah Allah s.w.t ini tidak mungkin berjaya jika tidak diiringi perubahan sikap dan prinsip umat Islam dalam berhadapan suasana baru.

Sejarah telah menukilkan bagaimana Rasulullah s.a.w menanamkan benih-benih perpaduan, persaudaraan, tolong menolong, pengorbanan, kesungguhan, kecintaan dan ketakwaan di dalam sanubari umat Islam ketika itu iaitu antara golongan Muhajirin dan Ansar. Itulah unsur-unsur terpenting bagi umat Islam ketika itu sebagai persediaan menghadapi cabaran dan ujian yang datangnya sama ada dari kaum Musyrikin Quraisy, golongan munafik, tipu daya iblis atau dari nafsu di dalam diri mereka sendiri.

Demikianlah keadaan kita umat Islam masa kini. Perubahan zaman, tamadun, budaya dan teknologi manusia hari ini yang begitu pantas sebenarnya menghambat umat Islam melakukan persediaan dan persiapan yang jitu lagi mantap bagi menghadapi perubahan dan kejutan tersebut. Ini penting bagi memastikan dakwah Islamiah dan perjuangan menegakkan Syiar Islam sentiasa lancar, maju dan efisien di tengah-tengah arus perubahan dunia.

Perubahan teknologi dan kemajuan manusia yang begitu pesat benar-benar meletakkan umat Islam berada dalam keadaan tiada pilihan selain dari menyiapkan barisan pelapis generasi muda bukan setakat menghadapi ledakan perubahan bahkan meneruskan perjuangan memartabatkan Islam sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Merujuk kepada ciri-ciri hijrah bentuk baru yang perlu ditampilkan, penghijrahan nilai, etika dan peradaban hidup perlu diberi perhatian khusus dalam membentuk sebuah negara menuju alaf baru dan sejahtera. Tiada gunanya kita maju ke hadapan dalam bidang teknologi dan kecanggihan maklumat, tetapi jiwa kita kering kontang dan senang dibawa arus hawa nafsu yang dikepalai oleh iblis dan syaitan. Kita perlu wujudkan keseimbangan kemajuan di sudut rohani dan jasmani.

Dunia tanpa sempadan, perdagangan elektronik, era digital, teknologi maklumat, jenayah siber, perlumbaan ilmu, kuasa ekonomi, kekuatan teknologi dan banyak lagi adalah cabaran yang hanya mampu diharungi oleh generasi umat yang bersedia dari segi mental, fizikal dan spiritual dalam melangkah menuju ke alaf baru. Penghayatan kepada pengajaran di sebalik peristiwa hijrah dan bersesuaian dengan fenomena sekarang, maka umat Islam perlu kepada kekuatan yang berupa keyakinan, kematangan, ilmu, kecekalan, kesungguhan dan kesatuan. Inilah unsur-unsur yang perlu dimiliki dan dibentuk kepada generasi umat Islam sekarang dalam meneruskan perjuangan risalah Islam dalam arus perubahan alaf baru.

Perjuangan meneruskan misi Rasulullah s.a.w di muka bumi ini iaitu meninggikan kalimah Allah sehingga menjadi rahmat kepada sekalian alam, memerlukan keyakinan yang tinggi dan mantap. Generasi ummah perlu yakin bahawa berbekalkan keimanan, semangat jihad dan panduan berasaskan al-Quran dan as-Sunnah maka sudah pasti perjuangan menyampaikan risalah Islam akan berjaya dan mendapatkan pertolongan serta inayah daripada Allah s.w.t. Keyakinan yang bertitik tolak dari kefahaman Islam yang sebenar berteraskan akidah tauhid adalah sumber kekuatan menempuh pelbagai perubahan hidup dan sistem masyarakat dunia. Bahkan dengan keyakinan ini juga, generasi pelapis akan melihat perubahan-perubahan yang pesat berlaku itu bukanlah halangan yang membantutkan perjuangan, akan tetapi merupakan peluang yang m

Oleh itu, maka generasi muda umat ini perlulah memantapkan kefahaman mereka menerusi akidah tauhid menerusi mendalami ilmu agama, penghayatan al-Quran, mengkaji sejarah dan perjuangan Rasulullah s.a.w, perbincangan ilmiah sesama para cendekiawan Islam dan yang lebih penting menguatkan hubungan dengan Allah dengan membanyakkan solat, doa, dan ibadat-ibadat sunat.

Jika generasi Islam ini mempunyai keyakinan, pasti jalan-jalan menuju kejayaan akan terbentang. Penghijrahan minda umat ini perlu dilakukan agar berani menghadapi cabaran terutama dengan kewujudan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang memerlukan tenaga mahir dalam bidang teknologi maklumat. Amat menyedihkan jika MSC dipenuhi dengan wajah-wajah orang asing yang mengaut keuntungan sedangkan bangsa kita terpinggir. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'

Hijrah juga mengajarkan kita betapa pentingnya sikap cekal di dalam diri. Kecekalan kaum Muhajirin ketika berhijrah dengan merasai ranjau kepayahan, penderitaan, kehilangan harta dan keluarga serta penyeksaan merupakan aset pengajaran yang amat penting dalam membentuk jiwa yang kental kepada generasi muda masa kini. Kecekalan mereka yang berteraskan keyakinan bahawa janji kemenangan dan pertolongan Allah s.w.t pasti benar akhirnya berjaya merobek keangkuhan jahiliah dan menjadikan kebatilan tersungkur hina. Berbekalkan penghayatan nilai kecekalan inilah maka barisan pelapis umat ini berupaya cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran alaf baru. Kecanggihan teknologi dan kelicikan tipu daya musuh Islam serta golongan munafik, tidak akan mampu menahan generasi ummah bangun mempertahankan Isl

Untuk menuju ke alaf baru, generasi Islam khususnya perlu dibekalkan dengan ilmu. Ilmu dan pengetahuan adalah dua perkara yang saling kait-mengait. Orang-orang yang berilmu semestinya adalah seorang yang berpengetahuan. Ilmu dan pengetahuan tidak diperolehi dengan hanya bergoyang kaki dan berbual kosong, tetapi ilmu yang jitu dan mantap hanya diperolehi dengan pembacaan, pengkajian dan pembelajaran.

Umat yang tinggi tamadunnya adalah umat yang berilmu. Sesuatu bangsa atau umat tidak mungkin mampu menerajui dunia dan menjadi contoh kepada umat-umat yang lain tanpa memiliki kekuatan ilmu. Sejarah telah membuktikan bahawa ketika zaman kegemilangan Islam, umat Islam telah menjuarai bidang keilmuan. Siapa yang tidak mengenali Ibnu Sina, tokoh perubatan terulung dunia. Buku beliau 'Al-Qanun Fit-Tib' meliputi semua cabang ilmu perubatan sehingga diulang cetak lebih 16 kali sepanjang 30 tahun dan Eropah menjadikannya sebagai mata pelajaran di universiti dan fakulti perubatan sehingga abad ke-17. Beliau dikenali di Dunia Barat sebagai Avicenna.

Begitu juga Abu Hamid Muhammad al-Ghazali atau Imam Ghazali, tokoh filosof terulung yang mengarang lebih 69 buah kitab dan yang paling terkenal kitab ‘Ihya’ Ulumuddin'. Eropah memanggil beliau Algazel. Tidak lupa juga Abu Bakar Muhammad ibn Yahya atau Ibnu Bajah, tokoh dalam falsafah Islam, ilmu kedoktoran, ilmu falak dan muzik. Buku beliau berjudul ‘Majmu’’ tersimpan di Berlin (edisi Jerman) dan Oxford (edisi Inggeris). Beliau dikenali Barat sebagai Avenrace.

Demikian juga Ar-Razi (Barat memanggil beliau Rhazes) adalah tokoh perubatan yang mengarang lebih 200 buku. Dr. Max Meyerhof menggelarkan beliau tokoh fizik terunggul sepanjang abad. Dalam ilmu bedah pula, tiada siapa dapat menandingi Abul Kasim Khalaf ibn Abbas yang mempelopori ilmu bedah. Beliau dikenali sebagai Abulcasis. Dan siapa yang tidak mengenali tokoh ilmu kimia termasyhur Islam iaitu Abu Musa Jabir ibn Hayyan. Barat yang memanggil beliau Geber menggelarnya sebagai bapa ilmu kimia moden.

Begitu juga pakar astronomi Islam, Muhammad ibn Jabir yang terkenal di dunia barat dengan nama Albategnius. Demikianlah segelintir tokoh ilmuan Islam yang terunggul di dunia dan diiktiraf benua Eropah dan dunia Barat.

Pencapaian umat Islam yang begitu gemilang dalam bidang keilmuan sehingga mampu mencorak dunia disiplin ilmu, tidak mungkin datang secara tiba-tiba dan kebetulan tanpa usaha yang benar-benar gigih dan semangat jihad yang tertanam kuat di dalam jiwa. Generasi pelapis umat ini perlu memiliki daya tahan yang tinggi dalam melangkah ke alaf baru iaitu era cabaran ilmu dan persaingan ilmu pengetahuan. Sesungguhnya daya juang yang tinggi ini dapat dikutip dari generasi hijrah yang pertama menerusi pengajaran peristiwa hijrah. Kegemilangan umat pasti akan kembali jika mereka celik sejarah dan mengambil pengajaran daripadanya. Jika tidak umat Islam akan kekal dihina dan tertinggal jauh ke belakang dan akhirnya teraba-raba dalam terang.

Ilmu juga diperolehi melalui pengalaman apabila seseorang itu mengalami sendiri perkara-perkara atau peristiwa yang memberi pengajaran kepadanya. Ilmu melalui pengkajian juga dapat diperolehi melalui sejarah para nabi terdahulu. Sejarah mendewasakan kita dan sejarah juga mengajar manusia supaya berilmu. Sejarah kehancuran umat Nabi Nuh a.s , kaum Lut dan sejarah Nabi Ibrahim a.s , Nabi Musa a.s dan lain-lain, memberi kita pengajaran dan ilmu melalui pengalaman sejarah Islam. Sejarah juga telah menunjukkan kepada kita bahawa perkara utama yang dibawa oleh Rasulullah kepada masyarakatnya ialah ilmu pengetahuan yang boleh menyedarkan mereka untuk mengenali diri, mengenal Tuhannya seterusnya melaksanakan tanggungjawab yang dipikulkan kepada mereka.

Umat Islam perlu merenung dan berfikir tentang keruntuhan dan kemusnahan kaum-kaum terdahulu agar dapat memperkukuhkan jiwanya untuk menghadapi alaf baru. Justeru, generasi Islam sekarang perlu mencedok sebanyak mungkin ilmu pengetahuan kemudian diseratkan ke dalam jiwa mereka sebati-batinya, agar alaf baru nanti tidak tandus dari para ilmuan terutamanya ilmuan Islam kerana merekalah yang dapat mengseimbangkan situasi yang semakin condong kepada kemungkaran. Mereka perlu mempersiapkan diri dengan sebaik-baiknya untuk menghadapi abad baru yang bakal menjelang.

Hijrah juga mengajar kita bersikap matang dalam mengambil sesuatu keputusan atau tindakan. Melangkah ke alaf baru yang serba-serbi pantas dan ringkas memerlukan generasi umat Islam yang memiliki kematangan yang tinggi dalam berfikir dan merancang. Kematangan tidak mungkin tercapai tanpa kewarasan dan ketenangan. Unsur-unsur ini sememangnya tersemat di dada umat Islam yang bertunjangkan ajaran Allah s.w.t. Islam sebagai satu cara hidup semestinya telah membentuk sistem nilai yang tersendiri kepada umatnya. Segala sesuatu yang bercanggah dengan ajaran Islam sekalipun baik pada pandangan mata manusia, tetap akan tertolak dan begitulah sebaliknya.

Prinsip ini yang mematangkan umat Islam dalam manilai sesuatu yang datangnya dari Barat. Bukan semua yang datang dari Barat itu baik atau ‘maju’. Bersekedudukan, homoseksual, perkahwinan sesama jenis, pelacuran berlesen, pemujaan artis, filem dan majalah lucah dan sebagainya adalah lebih meruntuhkan dari membangunkan tamadun manusia. Sistem nilai yang berteraskan Islam perlu dimiliki oleh generasi umat bagi mengembalikan keagungan Islam di alaf baru. Kewarasan bertunjangkan syariat dan ketenangan bertunjangkan iman dan takwa yang melahirkan kematangan, perlu disemai dan disemat ke dalam jiwa umat Islam di zaman siber ini.

Kebelakangan ini kita dikejutkan dengan pelbagai peristiwa yang menggemparkan seluruh negara. Kecanggihan era siber yang berteknologi tinggi didorong oleh ‘kecanggihan’ akal fikiran manusia, menjadikan operasi fitnah-memfitnah dan khabar angin berjalan dengan lancar sekali. Berita yang semata-mata gimik, berunsur fitnah, propaganda dan untuk mempengaruhi orang ramai, diterajui oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan peribadi dan matlamat tertentu. Generasi umat tidak seharusnya menerima berita-berita ini dengan membuta tuli tanpa terlebih dahulu mengkaji nilai kebenarannya. Mereka seharusnya berfikir dengan matang agar segala yang diterima masuk ke dalam akal tidak bercanggah dengan ketatasusilaan akhlak dan ajaran Islam. Oleh yang demikian, wajarlah barisan pelapis

Kematangan dalam bertindak berpandukan batas-batas yang ditentukan oleh syarak adalah amat penting kerana tindakan yang hanya berlandaskan akal dan nafsu boleh menyebabkan negara dan ummah rosak dan binasa. Kita tidak boleh meletakkan kebenaran atas suara ramai. Justeru, perlu kita berpegang atas prinsip yang berlandaskan al-Quran dan Al-Hadith. Ingatlah ketika Rasulullah s.a.w ditawarkan harta, pangkat dan wanita supaya meninggalkan seruan Islam, baginda bersabda:

'Sekiranya diletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku supaya aku meninggalkan pekerjaan ini, tidak sekali-kali aku tinggalkan sama ada aku berjaya atau menemui ajal.'

Akhir sekali, kesatuan dan perpaduan adalah aset terpenting sebagai bekalan umat ke alaf baru. Perpecahan sekalipun sedikit dan kecil, lambat laun pasti akan merebak dan seterusnya menyentap perjuangan umat Islam dari puncak kejayaan. Peristiwa hijrah telah membuktikan betapa perpaduan umat Islam antara Muhajirin dan Ansar adalah intipati kejayaan hijrah dan perjuangan Islam. Memasuki alaf baru yang serba serbi global dan universal tidak memungkinkan kita hidup dalam keadaan terasing dan bersendiri. Dunia tanpa sempadan dan kemajuan yang mempersatukan pelbagai bangsa dan negara adalah cabaran yang berhajatkan umat Islam bersatu padu. Percanggahan pada perkara-perkara pokok mesti dielakkan manakala perselisihan pada masalah cabang atau furu’ pula memerlukan sikap keterbukaan dan berlapang

'Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka’.

Pada hari ini, jelas kelihatan betapa masyarakat Islam semakin tidak bersatu-padu, sekalipun mereka mengetahui bahawa kehidupan begitu adalah sifat masyarakat Jahiliyah. Keadaan masyarakat yang kebanyakannya hidup dengan mempertahankan dan mementingkan diri sendiri boleh melemahkan ummah dan negara. Kini ramai generasi Islam yang terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang merosakkan agama dan bangsa seperti terlibat dengan kumpulan samseng, seks bebas, penagihan dadah dan sebagainya yang seterusnya melemahkan institusi kemasyarakatan. Justeru, kesatuan amat penting untuk membentuk ummah yang teguh di alaf baru. Generasi alaf baru tidak sepatutnya bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Sikap individualistik tidak sepatutnya dicernakan dalam pemikiran remaja genera

Apa yang perlu ditekankan di sini ialah kita telah mencapai penghijrahan material dengan jayanya dari zaman kemelesetan ekonomi pada era 80-an. Oleh yang demikian, di samping penghijrahan teknologi ke negara ini maka penghijrahan pemikiran, ketamadunan dan nilai-nilai perlu diberi perhatian yang sama pentingnya bagi barisan pelapis umat ini.

Sejarah membuktikan bagaimana umat Islam di serata tempat dan di sebarang zaman, lantaran perpecahan di kalangan mereka maka mereka menjadi mangsa kekejaman, pembunuhan dan permainan musuh Islam. Umat Islam sanggup bermusuhan dan berbunuh-bunuhan tanpa menyedari puak kuffar adalah dalang di sebalik pembunuhan sesama mereka. Inilah yang perlu dielakkan oleh generasi Islam alaf baru dengan mengambil iktibar dan pengajaran dari sejarah manusia dan peristiwa hijrah. Sesungguhnya keyakinan, kecekalan, kesungguhan, ilmu, kematangan dan kesatuan umat Islam adalah lahir dari semangat hijrah. Sememangnya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a adalah merupakan sumber bekalan dan kekuatan umat yang kini kian dilupakan.

Oleh: Salina binti Musa

Panel Penulis JAKIM

http://www.islam.gov.my/en/hijrah-sumber-kekuatan-umat

Tuesday

Malam Kemuliaan Kepastian Al-Quran Al-Qadr


Salam Ramadhan 27, 1436

Di Bulan Ramadan Al Mubarak, umat Islam akan menemui satu malam yang tinggi nilai dan banyak keutamaan. Jika beramal di malam ini, akan mendapat kebaikan melebihi kebaikan seribu bulan. Malam itu disebut “Lailatul Qadr”.
Gambaran tentang malam yang dinamakan Malam Kemuliaan atau Kepastian dapat ditemukan dalam Al-Quran di surat Al-Qadr, yang ertinya sebagai berikut:


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam itu lebih baik dari seribu bulan.” (Q, 97: 1-3)

Muhammad Quraish Shihab, penulis buku “Wawasan Al-Quran,” mengatakan, Lailatul Qadr memiliki tiga makna.
Pertama: penetapan dan pengaturan.
Penetapan bermakna sebagai malam penetapan bagi perjalanan hidup manusia. Sedangkan pengaturan, malam di mana Allah mengatur turunnya Al-Quran dan menuntun Nabi Muhammad untuk mengajak umat manusia menuju jalan Allah.

Kedua: kemuliaan.
Iaitu malam yang menjadi tititk tolak dari segala kemuliaan yang dapat diraih manusia.

Ketiga: bermakna malam yang sempit.
Kerana menjelaskan ringkasnya waktu malaikat yang turun ke bumi untuk menebar rahmat Allah.
Malam Lailatul Qadr berbeza dengan malam lain. Keutamaan malam ini, selain hanya ada pada bulan Ramadan, Allah akan melipatgandakan pahala bagi hamba yang beribadah di malam itu. Itulah sebabnya, kedatangan Lailatul Qadar sangat dinanti-nantikan oleh umat Islam yang sedang menjalankan ibadah puasa.

Menurut sebahagian ulama,
Sebagaimana ditulis Nurcholish Madjid dalam “30 Sajian Ruhani,” Lailatul Qadr jatuh bertepatan dengan malam ke-17 Ramadan. Padangan semacam itu terkait dengan terjadinya Perang Badar. Perang pertama yang terjadi dalam sejarah Islam itu oleh Al-Quran dinamakan “Perang Pembeza”, yakni pembeza antara pasukan Muhammad dan golongan musyrik dan kafir.
Ada pula yang menyebut kedatangannya pada 10 hari terakhir di bulan Ramadan, terhitung pada malam ke-21-29 Ramadan.
Penetapan ini terakit dengan makna bahwa 10 hari terakhir di bulan Ramadan merupakan hari-hari dibebaskannya hamba Allah dari api neraka (‘itqun min al-nâr).

Malam Lailatul Qadr yang memiliki nilai seribu bulan, sebenarnya lebih tepat difahami berkait rapat dengan kesediaan ruhani untuk melakukan apa saja atau berkorban. Di antaranya, dengan menjalankan ibadah puasa secara ikhlas telus dan benar.
Kemudian, menjelang datangnya Lailatul Qadar, seperti saranan Rasulullah SAW, hendaknya memperbanyak shalat malam, berzikir, menghiasi diri dengan akhlak mulia, berbuat aneka kebajikan sosial.

Seperti disabdakan dalam sebuah hadis yang berbunyi: “Barang siapa berpuasa kerana keimanan kepada Allah dan melakukan perhitungan kepada diri sendiri, maka diampuni dosa-dosanya yang lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Hadis di atas menjelaskan, penilaian atau muhasabah diri menjadi pertimbangan utama bagi kualiti keperibadian serta jiwa seseorang. Tanpa muhasabah, sukar rasanya keajaiban Allah datang, kerana orang yang tidak mahu membetulkan diri adalah petunjuk hati yang tertutup oleh kesombongan diri. Sombong kerana merasa dirinya paling benar dan suci.
Di sinilah kiranya, menantikan datangnya Lailatul Qadr dapat dihubungkan dengan sikap taubat atas dosa dan kesalahan yang telah diperbuat. Di dalamnya harus ada kerendahan hati dan ketulusan. Biasanya, cara yang ditempuh untuk mengikisnya melalui iktikaf di malam hari: meluangkan waktu untuk bermuhasabah dan merenungi kelemahan diri.

ALHAMDULILAH

Berkat pimpinan Islam UMNO, Malaysia aman dan damai sentiasa.

Saturday

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Agihan Kekayaan Di Tengah Masyarakat (Tauzi'ul Tsarwah Tayna An-Naas)


Bismillah
Salam sejahtera semua,

Agihan harta kekayaan Negara dengan saksama dan menyeluruh amat penting dalam Islam. Mekanisme agihan harta kekayaan wujud dalam hukum syara’ yang dapat menjamin faedah yang maksimum bagi setiap warga sesebuah negara. Oleh kerana itu, syara' melarang agihan kekayaan hanya di antara orang-orang kaya tetapi wajib merangkumi semua warga tidak mengira status.

Allah SWT berfirman :"Supaya harta itu jangan hanya beredar di antara orang-orang kaya saja di antara kamu." (QS. Al-Hasyr : 7)

Alhamdulilah, pimpinan bijaksana Islam Melayu UMNO teraju PM DS Najib Razak sentiasa memastikan agihan adil kepada rakyat yang layak. “Syukur kepada Allah atas agihan BR1M. Moga pimpinan UMNO sentiasa diberkati Allah” ujar warga kota Kuala Lumpur, Gua Musang, Ledang dan Balik Pulau.


Once Hadhrat Umar (Radhiyallaho Anho), during his caliphate, was going on his usual rounds towards Harrah (a suburb of Madinah) with his slave Aslam, when he saw a distant fire in the desert. He said, "There seems to be a camp. Perhaps, it is a caravan that could not enter the town due to night fall. Let's go and look after them and arrange for their protection during the night."

When he reached there, he found a woman and some children. The children were crying. The woman had a pan of water over the fire. Hadhrat Umar (Radhiyallaho Anho) greeted her with salaam and, with her permission, went near her. (The woman didn't recognize that it was Umar).
Umar, "Why are these children crying?"
The Woman, "Because they are hungry."
Umar, "What is in the pan?"

The Woman, "Only water to soothe the children, so that they may go to sleep in the belief that food is being prepared for them. Ah! Allah will judge between Umar (Radhiyallaho Anho) and me, on the Day of Judgment, for neglecting me in my distress."

Umar (weeping), "May Allah have mercy on you! How can Umar know of your distress?"
The Woman, "When he is our Amir, he must keep himself informed about us."
Hadhrat Umar (Radhiyallaho Anho) returned to the town and straight away went to the Baitul Mal (House of Charity) to fill a sack with flour, dates, fat, and clothes, and also drew some money. When the sack was ready, he said to Aslam, "Now put this sack on my back, Aslam."
Aslam, "No please, Amir-ul-Momineen! I shall carry this sack."
Umar refused to listen to Aslam, even on his persistent requests to allow him to carry the sack, and remarked, "What! Will you carry my load on the Day of Judgment? I must carry this bag, for it is I who would be questioned (in the Hereafter) about this woman."

Aslam most reluctantly placed the bag on Umar's (Radhiyallaho Anho) back, who carried it with a swift pace right to the woman's tent. Aslam followed at his heels. He put a little flour and some dates and fat in the pan and began to stir. He blew (with his mouth) into the fire to kindle it.
Aslam says, "I saw the smoke passing through his thick beard."

After some time, the pottage was ready. He himself served it to the family. When they had eaten to their fill, he made over to them the little that was left for their next meal. The children were very happy after their meal and began to play about merrily.

The woman felt very grateful and remarked, "May Allah reward you for your kindness! In fact you deserve to take the place of Khalifah instead of Umar."
Umar consoled her and said, "When you come to see the Khalifah, you will find me there."

He sat for a while at a place close by and kept on watching the children. He then returned to Madinah. On his way back, he said to Aslam, "Do you know why I sat there, Aslam? I had seen them weeping in distress. I liked to see them laughing and happy for some time."

Source: From the book "Stories of the Sahaba" by Shaikh Muhammad Zakariyya Kandhalvi.

Wednesday

Kajian Terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)



Percukaian Menurut Pandangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
• Muamalat/Ekonomi
Tarikh Keputusan:
25 Feb, 2015
Keputusan:
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2015-1436H yang bersidang pada 25 Februari 2015 bersamaan 06 Jumada al-Ula 1436H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-106 berkenaan Percukaian Menurut Pandangan Islam: Kajian Terhadap Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dengan sighah seperti berikut :
1) Hasil pembentangan, Mesyuarat menerima pendapat bahawa :
i. Sumber pendapatan negara yang dikutip daripada rakyat dibahagikan kepada dua iaitu zakat dan cukai. Isu cukai adalah isu siyasah syar'iyah yang bergantung kepada maslahah yang berbeza-beza antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan maslahah pada sesuatu zaman berbanding zaman yang lain.
ii. Cukai yang tidak berasaskan maslahah yang dibenarkan oleh Syarak adalah diharamkan. Oleh itu, jika Kerajaan sesebuah pemerintahan mengutip cukai bagi memenuhimaslahah daruriyat dan hajiyat rakyat, seperti untuk memenuhi tanggungjawab sosial dan kepentingan rakyat serta untuk keperluan jihad fi sabilillah, maka ia adalah dibenarkan.
iii. Sebahagian ulama iaitu Ibn Hazm, Ibn Taimiyah, Ibn al-Musili al-Syafi'i, al-Syatibi, Ibn Khaldun, ulama semasa Mahmud Syaltut dan Ahmad al-Raysuni membenarkan Kerajaan untuk mengenakan cukai kepada rakyat sekadar untuk memenuhi maslahat umum pentadbiran negara.
iv. Majoriti para ulama berpandangan Kerajaan haram mengutip cukai daripada rakyat. Namun jika terdapat keperluan yang mendesak, maka Kerajaan dibenarkan mengenakan cukai bagi memenuhi maslahah umum rakyat berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah:
الشريعة وضعت لمصالح العباد ودرء المفاسد عنهم
"Syariat itu dibina atas dasar memenuhi maslahah manusia dan menjauhkan mafsadah daripada mereka".

2) Mesyuarat juga berpandangan bahawa apabila Kerajaan mengutip cukai daripada rakyat, wujud kemudharatan khusus iaitu harta milik rakyat akan berkurangan. Namun, jika cukai tidak dikutip, banyak maslahah umum tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan. Oleh itu, berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah يُتَحَمَّلُ الضَّرَرُ الْخَاصُّ؛ لِأَجْلِ دَفْعِ ضَرَرِ الْعَامِّ (Ditanggung kemudaratan khusus untuk mengelakkan berlakunya kemudaratan umum), Kerajaan dibenarkan untuk mengutip cukai demi untuk memenuhi maslahah umum.
3) Sehubungan itu, Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa Islam mengharuskan pemerintah atau Ulil Amri untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia selagimana terdapat keperluan dan maslahah untuk negara dan rakyat, dan pelaksanaannya hendaklah berpandukan parameter syarak seperti berikut:
i. Kerajaan Komited Melaksanakan Syariat Islam;
ii. Kerajaan Memerlukan Sumber Kewangan;
iii. Cukai Yang Dikutip Hanya Untuk Memenuhi Maslahah Dharuriyat dan Hajiyat;
iv. Bebanan Cukai Dikutip Secara Adil;
v. Cukai Dibelanjakan Untuk Maslahah Ummah Bukan Untuk Maksiat;
vi. Agihan Cukai Hendaklah Bertepatan Dengan Ijtihad Ulama Semasa dan Setempat;




http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-terhadap-cukai-barangan-dan-perkhidmatan-gst