Saturday
Mahir Boleh Kompeten Melayu Bersatu Islam Malaysia
Salam sejahtera,
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi).
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah at-Taubah, ayat 105)
Inilah pedoman yang sentiasa diamalkan oleh pimpinan cerdik pandai Melayu Bersatu. Jelas, nyata dan terserlah didepan mata kegemilangan lima bintang kemudahan prasarana, menara-menara gading, taman perumahan dan masjid indah di seluruh Kg Kurnia Islam Malaysia hasil usaha gigih, tumpu pimpinan Melayu Bersatu bekerja dengan penuh yakin. Pendukung Melayu Bersatu Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin yang cukup berpengetahuan meneraju dengan licin dan lancar Kg Kurnia Islam terus memacu ke arah kegemilangan.
Prof Dwan dari Stockholm, Sweden yang ditemui baru-baru ini berkata “ Malaysia has the most talented and innovative people in the world ”… yang sudah pasti berakar umbi dari pimpinan Melayu Bersatu Islam budiman dan bijaksana.
Sekian, wassalam
Thursday
Padu Yakin Melayu Islam Bersatu
Salam sejahtera,
Hadis ....
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan.
-Hadis riwayat Muslim-
-Bab Wajib Mentaati Pemimpin Dalam Perkara Yang Tidak Maksiat Dan Haram Mentaati Pemimpin Dalam Perkara Maksiat.
Alhamdulilah, syukur kehadrat Allah atas limpah kurnia menitipkan pimpinan-pimpinan Melayu Islam bijaksana, berkaliber membawa Kg Kurnia lebih gemilang. Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin sungguh jelas arah tuju kearah membawa Kg kurnia Islam Malaysia lebih cemerlang. "Semakin ramai warga Kg Kurnia Islam Malaysia sedar mainan Sang Kar dan Sang Pauh", celah Prof Wan dari salah sebuah universiti di utara.
Semua Warga Kg kurnia Islam Malaysia baik petani, penoreh getah, pekerja ladang, pemandu teksi dan ERL, Guru-Guru bijaksana, Pembantu Tadbir, KSU dan semua warga pekerja khidmat Awam dan swasta begitu jelas fikiran, yakin dengan bukti, teguh pendirian bahawa kini Sang Pauh memang pakar dalam maksiat. Ujar Pak Din Penang “Wajib kita taati Allah dan pimpinan Melayu Bersatu Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin”, haram berketua Sang Pauh dan Sang Rang Bulan.
Wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)