Sunday

Sederhana, Sejahtera, Aman, Tenang, Islam 2011



Salam sejahtera saudaraku sekelian,

Firman Allah S.W.T dalam ayat 114 Surah Al-Baqarah bermaksud: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang daripada menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut / mengingati nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Warga Kg Kurnia Islam Tenang telah menunjukkan kematangan yang tinggi dalam memastikan Kg Kurnia Tenang terus ditadbir oleh warga Islam Melayu Bersatu yang bijaksana. Segala tindak-tanduk dan sokongan warganya memberi implikasi yang besar kepada bukan sahaja Kg Tenang tetapi kepada negara.

Kematangan ekonomi negara yang semakin baik sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang baik kepada ekonomi dan sosial negara. Kestabilan ekonomi ditunjukkan oleh kestabilan harga keperluan asas yang disyukuri oleh rakyat terbanyak, hasil pimpinan bijaksana Melayu Islam Bersatu Terbilang Sdr Najib dan Sdr Muhyiddin dan urus tadbir Kg Kurnia Malaysia gemilang.

Sistem pendidikan yang tersusun dan dipantau kualitinya telah menyebabkan kestabilan warganya bermesyuawarah dengan kos pendidikan yang sederhana. Rakyat hidup dalam aman akibat jenayah yang makin dapat dibendung. Dalam masa yang sama rasuah, penyelewengan wang rakyat berlaku semakin berkurangan hasil pelan strategi yang baik pimpinan Melayu Islam Bijaksana. Bagi penganut Islam tidak ada pemisahan agama daripada ilmu dan duniawi. Bahkan pimpinan Melayu Islam Bersatu telah dan sentiasa memastikan kelahiran profesional Melayu Islam.

Pendekatan Islam Hadhari adalah cara berorientasikan dengan pelaksanaan Islam secara menyeluruh termasuk ibadah dan tawakkal diri kepada Allah SWT. Pendekatan sederhana akan memastikan agenda Kg Kurnia Islam terus 'Bersih, Cekap dan Amanah' yang amanah itu adalah sifat nabi dan rasul.

Pimpinan Melayu Islam Bersatu Sdr Najib sentiasa memastikan pendidikan dan pelajaran dalam membangun keperibadian manusia yang disebut dengan pembangunan insan memenuhi naluri warganya. Sistem pendidikan bukan sahaja dapat memenuhi keperluan kerja lahir bagi keperluan hidup dan membina jati menghadapi cabaran hidup malah dapat membangun warganya sendiri.

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina.
Sekian, wassalam