Thursday

Nilai Nyawa Perwira Kita di Permain Pembangkang


Adakah kita mahu ramai lagi perwira kita terkorban dek angkara NURI. .... Pada hemat saya, biarlah perwira naik Lamborghini dan pembangkang naik kancil. Isu disini ialah keselamatan dan bukannya pembaziran.

Tuesday

Majikan Contoh dan Pekerja Asing


Sejak di bangku sekolah rendah kita semua diasuh oleh ibubapa, orang sekeliling, guru-guru, cikgu untuk berdikari, bekerjasama dan patuh kepada peraturan sekolah. Didikan dari aspek pembawaan diri, kebersihan dan cintakan sekolah dan persekitaran. Asuhan ini berterusan hingga ke sekolah menengah. Budaya berdikari sentiasa tersemat di hati setiap murid sekolah dan terbawa ke rumah dan pergaulan dalam masyarakat. Dengan kata lain, salah satu falsafah pendidikan negara di peringkat sekolah rendah tercapai.

Budaya positif tersebut bagaimanapun tidak dibawa ke Menara Gading. Mahasiswa tidak diajak membersih sekolah pengajian, fakulti dan kampus. Aktiviti kecintaan kepada persekitaran amat kurang dan tidak semua kampus menjalankan jika sebaliknya. Apa yang menyedihkan ialah apabila semangat dan didikan tersebut langsung tidak diamalkan di tempat kerja. Majoriti ketua jabatan di sektor awam tidak mengamalkan budaya positif warisan dari sekolah rendah.

Contoh yang paling mudah adalah hampir tiada langsung aktiviti kebersihan dan kecintaan alam sekitar, sedangkan aktiviti ini amat mudah. Kenapa tidak disetiap jabatan menyediakan tempat pembuangan bahan kitar semula seperti kertas. Semua anggota termasuk ketua jabatan menghantar sendiri sampah mereka ketempat pengumpulan. Jika perkara ini di amalkan kita tidak perlu lagi menggaji pekerja asing yang saya lihat sekarang bebas bergerak di Kompleks Pejabat Kerajaan khususnya di Putrajaya.