Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh saudara saudariku,
Salam Ramadan Ahad 19 Ramadan 1434 / 28 Julai 2013
Ibn Umar (radiyallahu ta’ala ‘anhu) reported that: The Prophet (salallahu ‘alahi wasallam) said, “It is obligatory upon a Muslim to listen (to the ruler) and obey whether he likes it or not, except when he is ordered to do a sinful thing; in such case, there is no obligation to listen or to obey.”
(Bukhari, Muslim)
Syukur kepada Allah warga Kg Kurnia Islam Malaysia dapat menyambut Ramadan tahun ini dengan aman dan damai berkat pimpinan Melayu Islam United Malay (Islam) National Organisation teraju DS Mohd Najib, TS Muhyiddin & Mr Khairy. Moga pimpinan kota dan desa sentiasa diberkati Allah. Syukur juga dan tahniah warga Kuala Besut Terengganu menyokong penuh pimpinan Melayu Islam yang ikhlas. Pimpinan Islam Gemilang.
Bijak pandai Islam seluruh dunia menyatakan kekaguman pada ciri-ciri pimpinan Melayu Islam. Antaranya :
1. Seorang pimpinan mestilah sentiasa mengharapkan akhirat dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Mempunyai hati yang bersih, jauh dari segala penyakit jiwa yang akan meruntuhkan amal dan usahanya seperti riya’, gila kuasa, cinta pangkat kebesaran dan pengaruh atau terpedaya dirinya dan lain-lain penyakit jiwa yang merosakkan pimpinan.
2. Mempunyai akal yang kuat, hikmah, cerdik cendiakawan dan arif bijaksana, berpengalaman, mempunyai pandangan yang tajam, pembacaan yang luas, mampu mengetahui pelbagai perkara dari berbagai sudut.
3. Mestilah berakhlak dengan sifat “Al-Hilm” (tidak mudah marah), penyantun,pengasih dan lemah lembut.
4. Berani, bermaruah, tidak penakut dan tidak membabi buta.
5. Mempunyai sifat “As-Siddiq” (benar di dalam segala kata-kata, sikap dan perbuatan).
6. Tawadhu’ (merendah diri), tidak membanggakan diri kepada menusia.
7. Mempunyai sifat pemaaf, menahan kemarahan dan ihsan kepada oerang bawahan yang berbuat jahat terhadapnya.
8. Menepati janji dan memenuhi sumpah setia.
9. Mempunyai sifat sabar yang tinggi
10. Bersifat “Al-‘Iffah”(suci hati,jiwa dan amal) dan “Al-Kiram” (bersifat pemurah dan tidak bakhil).
11. Warak dan zuhud
12. Jauh dari sifat “Al-Mannu” (mengungkit) dan memperkatakan kebaikkan diri sendiri.
13. Memelihara perkara-perkara yang dimuliakan Allah (Hurumatillah).
14. Kesejahteraan hati, tidak melayani orang yang mengumpat dan mengadu domba antara sesame manusia.
15. Keazaman, tawakal dan tidak ragu.
16. Bersederhana di dalam segala perkara
17. Menjauhi sikap putus asa
Terima kasih Melayu Bersatu
Sekian, wassalam