Sunday
Melayu Islam Ulama Bersatu
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Kekuatan Melayu Islam masakini dan 100 tahun akan datang akan ditentukan oleh warga Kg Kurnia Melayu sendiri. Kunjungan saya ke Manchester baru-baru ini memperlihatkan akan ketamadunan warga Manchester mengatur pelan kemajuan warganya dalam 50 tahun akan datang. Bandar Manchester begitu teratur dan warganya amat tertib dan terbuka fikiran. Yang uniknya warganya begitu bersatu dan menghormati hak majoriti warga asalnya. University Manchester umpamanya telah ujud hampir 200 tahun sejak 1824, membekalkan warga UK dengan ilmu tadbir urus negara. Mereka begitu tekun bekerja dan sentiasa bersatu terutama melibatkan kepentingan masyarakat. Warga Kg Kurnia Malaysia Melayu pula sewajibnya melihat perkara ini dengan teliti dan fokus. Dengan umur kemerdekaan baru setahun jagung warga Melayu harus fokus kepada memajukan diri dengan ilmu, agar bangsa dan anak watan lebih terdidik. Biarlah urus tadbir di jalankan oleh bijak pandai warga Melayu Islam sebagaimana kemajuan yang telah dicapai setakat ini. Jika paduan ini tidak diikat dengan ukhwah yang kuat, Melayu Islam akan pupus dalam 50 tahun lagi.
Janganlah terpedaya dengan keinginan politik Sang Pauh yang memang jelas dan nyata membelah pecah warga Melayu, malah ditakuti menderaikan Islam sehalus kaca yang akhirnya hilang dibawa angin lalu. Contohilah majoriti penduduk Manchester yang sedar akan keperluan berpadu. Ulama Islam Melayu harus memikir bagaimana merapatkan barisan dan ukhwah persaudaraaan sesama Melayu Islam agar lebih kukuh dalam seratus tahun akan datang. Mereka perlu sedar pencapaian Melayu Islam masih terlalu 'superficial' atau kecil dan tidak kukuh. Tidak perlu ulama Islam menjadi ahli politik yang hebat atau bercita-cita menerajui negara. Lihatlah negara Islam lain yang kebanyakan ditadbir oleh bukan 'tok guru' namun masih gagah melandaskan kemurnian Islam dijalan yang betul. Ahli bijak agama Islam Melayu patut fokuskan perpaduan sesama Islam dan bukan membawa budaya menolak Islam Melayu yang lain. Lihatlah dengan fikiran terbuka keikhlasan pimpinan Melayu Islam bersatu Sdr Najib dan Muhyiddin yang ikhlas bekerja dan sentiasa menekankan kepentingan berpadu dan saban hari tidak lekang untuk mengajak warga Melayu dan warga Malaysia berpadu demi kesejahteraan Kg Kurnia Islam Malaysia. Sesungguhnya bakti sekecil zarah atom akan diberkati oleh Allah yang Maha Bijaksana.
Sekiam, wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)