LONDON 12 Jun - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan melakukan sesuatu yang boleh merosakkan UMNO, jauh sekali daripada menghancurkan parti itu hanya demi kepentingan untuk memegang kuasa.
Menurutnya, beliau percaya peralihan kuasa UMNO perlu dilakukan menerusi tradisi konvensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak yang akan menyebabkan parti lemah serta tidak berupaya menghadapi cabaran pilihan raya.
Menjawab soalan seorang peserta pada syarahan umum anjuran kumpulan pemikir hal ehwal antarabangsa United Kingdom di Chatam House, di sini, Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, ia merupakan cara terbaik untuk memastikan parti kekal kukuh.
"Saya datang daripada keluarga di mana ayahanda saya (Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein) membantu menubuhkan parti dan saya bukannya anak yang memusnahkan parti. Saya mahu terus menyambung membangunkan parti ini," katanya. Utusan Malaysia
Komen: Saya dari kampung kurnia dan akan ingat budi yang telah saya terima